CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Nov 29, 2010

Erul's Wedding, 271110

Antara flower girls n boys, Nana is not ready yet. Xnak pakai baju tu katanya gatal2. Haiyer?

Mak2 Andam flower girl. Me xjoin, dh melepasi zaman hehe :)

Pasangan pengantin

Anak beranak Hj Shahuddin. Hujung thn + lg sorang pompuan, yeay!! (Missing in d pic: Hubby - outstation. Saya yg menurut perintah)

Jumaat lepas i cuti, balik kg Bt Pahat cos my cousin, Erul kawen. Nikah dh sebulan kt Segamat, majlis sambut menantu wat kt umah nenek i @ Kg Baru Peserai. Dh lama xde majlis kawen kt umah nenek ni. Last 2004 dulu ms abg si Erul ni kawen. Meriah sgt2, mlm b4 majlis tu ada joget lambak, lepasla gian kejap (mentang2 hubby outstation hehe. Tp kalau hubby ada pun pe salahnye?) Joget adik beradik n sedara mara je.. Tema majlis kawen purple. Fira jd flower girl sekali dgn aunty2 n uncle2 nye yg cilik, anak2 my cousin n Nana (her 1st cousin). Ramai gak jemputan, i xboleh nak bergerak ke mana pun? Duduk je depan pelamin tgk org datang. Airel lgsg xnak letak, nak berdukung jer.. Bl dia tdo baru dpt berjln jupe sedara mara n tgk flower girl bersiap kt umah persinggahan. Selamat pengantin baru to my dearest cousin, Erul n his wife June. Semoga berbahagia hingga ke syurga :)

Nov 25, 2010

Persediaan 5S

Dr pintu masuk, ni kedudukan ruang kerja i

Sette ni dr zaman YB Menteri lama, lawa o... tmpt i merehatkan diri hari Jumaat :)

Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009, Alhamdulillah :)

Cerita ceriti ceritu zaman i sebagai S/Usaha Akhbar seorang YB Menteri suatu ketika dahulu. Ms ni keding lg, muda belia baru 22 thn :)

Papan kenyataan byk gambar anak2 je

Lagi gambar koleksi peribadi

Ofc i kt aras 7, boleh nampak pemandangan Tasik Putrajaya. Nice view kan?

Harini ada lawatan audit 5S oleh MPC yg dimulakan di Bahagian Majlis Anti Pemerdagangan Orang (AP), Aras 8 dan seterusnya ke Aras 7 (Bahagian PK, AB, NKRA dan PG). Lawatan bermula pukul 10.00 pagi. So td semua penyelia kawasan di Zon Hotspot (ofc i) bersedia di kawasan seliaan masing-masing untuk menjawab sebarang pertanyaan dari wakil MPC.

Kalau semua tempat mcm ruang kerja i kt atas tu, insya-Allah kita dapat pensijilan 5S :) (sapa lg nak puji kalau bukan diri sendiri?) Cheers!!

Nov 24, 2010

Fira's Birthday Gift

Baju Snow White Fira, a gift from mummy Cute2, bought in Jakarta

Bicycle from Ayah

Magic English books n CDs set from Grolier, a gift from Ummi

Others: Teddy by Mr Bean from Mak Tok, Barbie Doll from Mummy Ai Chek, Disney Princess comforter set from Opah n singing doll from Ayah Dude. Last but not least a bracelet from Abah

Ni antara gift yg Fira dapat ms birthday dia hari tu. Gambar gelang xboleh disiarkan atas sebab2 keselamatan hehe :P TQ all 4 coming n memeriahkan majlis.

Fira is 4

1 happy family at home :)

Adik pun nak menempel kek kakak :P

Simple backdrop i decorate utk Fira. Atas tu gambar ms konvo DPA 3/3/2009. Airel baru 26 hari, so gambaran dgn Ayah n Fira je

Opah yg bela Fira sejak lahir. TQ Opah, luv u!!

Barbie doll cake Fira from http://sweetcuppies4u.blogspot.com

211106 - Dh 3x sejak lepas Subuh Dr check bukaan i tp hingga after lunch masih 3cm so Dr decided nk tolak i masuk labour room. Fira was due 11/11/2006 tp dh overdue 10 hr pulak dah. Masuk labour room, hubby teman sampai masuk waktu Asar. Then Dr masuk n check CTG jantung kata graf dh xcantik so dia panggil my gynea cum my cousin masuk. Ms gynea suh hubby kuar, so hubby kata dia p solat Asarlah kejap. Bl my gynea kata kena operate i due to fetal distress, dan2 tu dada i berdebar kencang, takottnye nk kena operate?? Nurse pun buat persiapan n dr bius dtg nk inject epidural. Sakitnye hadoi kena cucuk kt tulang belakang. Menggigil i terkejut.

Ms my gynea nk dapatkan persetujuan hubby utk operate i tu, dia try call hubby xdapat2 (kan hubby tgh solat Asar?) Then diorg try pulak call my mum tanya kot2 dia tau mana hubby pergi? (ms tu my mum dlm ERL nak dtg hosp PTJ) Ler? Lagilah my mum panik, dgn hujan lebatnya ms tu, kilat sabung menyabung lg, dia ingat something bad had happened to me. So dlm pada dok berdebar2 tu, i pun selamat dibedah n lahirlah Fira seberat 2.85kg. Sepet je mata dia tp jari pjg2 mcm jari hubby. Xtau nak gambarkan perasaan ms tu mcm mana? Gembira ada, sedih pun ada jugak cos mcm xpercaya dah ada anak sendiri. Bl hubby msg my mum kata i dh selamat bersalin, melompat2 my sis yg ikut my mum sekali. Dia jugak yg tlg tukarkan pampers Fira yg uk uk 1 jam lepas Fira kuar.

Sakit rupanya C-section ni, i ingat dulu ms my bff kena C-section n xboleh gelak cos dia kata sakit kalau gelak. I pun heran, sakit sgt ker? Mak ai bl dh kena btg hidung sdiri baru tau cemana? Bl i tgk youtube gambar org bersalin via C-section, dr akan potong 7 lapisan kulit sblm nak kuarkan baby. Hadoi, rasa perut disiat2. 3 hari 2 mlm i kat hosp then balik ke TUDM Subang, kuarters ms tu utk berpantangla kononnya tp last2 balik ke Setiawangsa, senang ada ramai org boleh tgk2 kan i :)

Kehadiran Fira memang membawa rezeki. I sat 4 PTD xm ms mengandung Fira 3bln, p PAC ms Fira 7bln, itVU PTD ms 8 bln n dilantik sbg PTD ms dlm pantang. I p PTD Unggul pun ms Fira 26 hari. Berpayung n berbengkung ms tu takut bentan. Elok je i masuk keje, habis tempoh pantang 44 hari. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan :)

211110 - Harini Fira genap 4thn. Dh pandai melawa, menyanyi, menari (ikut perangai sapa ek?) *wink, wink* Diapun sayang sgt Adik dia w/pun kekadang Adik buli Kakak. Anak yg mendengar kata w/pun bl Opah dia ada dia jadik terlebih mengada. Hubby dh plan nak masak soto ms bday celeb Fira. I dh tempah kek awal2 dgn roti jala n kari ayam from jiran my officemate kt Balakong. MIL bawak home-made karipap dia, my sista bawak fruit cocktail. Simple yet mengenyangkan. I hanya ajak adik beradik, sedara terdekat n PIL je. Insya-Allah ada rezeki lebih kita buat makan2 dgn jemputan yg lebih ramai. Semoga Fira menjadi anak yg membahagiakan Ummi n Ayah. Amin

Nov 21, 2010

Suatu pencarian

Kedai basikal @ Bt Caves

Antara pilihan basikal kt sini.. ada yg letak hon binatang

Lebih pilihan..

Ni basikal yg kakak berkenan, harga RM150 lepas diskaun. Cantik, tiffany blue tp xsesuai dgn kakak sbb kaki kakak panjang. Utk budak 2thn bolehla..

Ni basikal yg Ayah pilih utk kakak, campuran hitam n shocking pink (i like).. Harga: RM160

Cewah tgk tajuk mcm apa je? hehe Sebenarnya hubby carikan kakak basikal. Harini kakak genap 4thn. Happy birthday sayang!! So ms otw balik dr bengkel kereta kat Kepong ptg smlm, singgah ke 1 kedai basikal di Bt Caves ni. Sblm tu ms pergi beli brg dapur di Alamanda dh survey tgk harga basikal tp mcm mahal :( Tu yg bl dpt je diskaun kedai kt Bt Caves tu, hubby terus sambar. Nt i akan buat N3 khas hadiah2 yg kakak dpt sempena birthday dia (but make sure tetamu yg dtg tu bawak hadiahla hehe)

Enrolment 2011

Yuran utk 2 beradik ni. Hubby dh bayar 1k, balance bayar b4 15 dec 2010. Yuran masuk UiTM pun xriban2 :P

Anak beranak Ultraman sume ada jd hiasan kt depan bilik pejabat

Kaunter masuk tadika

Pintu masuk tadika

Bakal bersekolah di sini thn depan :)

Lepas siap kemas umah smlm, dlm jam 12 t/hari kitorg ke Tadika Ilham Putra, Presint 9 nk buat site visit n bayar booking 4 enrolment 2011. Jumaat lepas kt ofc i dh berFB dgn owner tadika tu tny pasal availability n fees so dia ajak jupe utk tgk tmpt b4 buat bayaran. Tadika ni berupa sebuah banglo 2 tgkt yg dh diubah suai, sgt strategik lokasinya. Dlm 10 minit jugak dr umah i nk ke sini. Bukan xnak continue school sekarang tp playschool sampai umur 4thn je. Nx year kakak dh 5thn so kena carik proper school utk dia. I terasa mcm masuk boarding school pulak smlm, ada mcm2 bilik yg dikhaskan mengikut usia kanak2.

Antara sebab i pilih tadika tu ialah:
1. Suasana pembelajaran yg cosy, stp kelas hanya ada 15 kanak2 shj, drpd usia baby sampailah 6thn, so that tumpuan khusus dpt diberikan.
2. Modul pembelajaran mengikut sukatan MOE.
3. Tadika berdaftar dgn JKM (sgt penting!!)
4. Hiasan dalaman sgt memikat. Dr luar pun nampak bersih & x messy.
5. Layanan pengurusan yg mesra :)
6. Kebersihan sentiasa dititikberatkan. Stp sudut ada hand sanitizer. Stp Jumaat pekerja akan mop seluruh bilik darjah n basuh toilet. Monday morning akan bentang balik puzzle yg jd alas bilik darjah diorg tu.
8. Tadika ni dipantau oleh CCTV. Keselamatan pelajar sgt diberikan perhatian.
9. Yuran berpatutan (gulp!), sesuai dgn servis yg ditawarkan. Maybe mahal sikit utk sesetengah org, yg penting ini permulaan ms depan anak2 yg cemerlang :)
10. Lokasi pun xberapa jauh dr rumah n pejabat i.

So nx year kakak n adik akan jadi pelajar baru di sini. Selamat belajar sayang :)

p/s: Teringat Tadika Manja, tadika i ms umur 4 & 6 thn. Pengetuanya Mdm Ma sgt cantik n peramah. Cikgu kelas i, Pn Jamaliah pun sgt baik :)

Swimming

Kakak nak cover her private part :)

Adik pun pose yg ala2 cover his coocoobird. Pandai korang yea?

Seronok mandi-manda

Pg smlm ms i tgh bfast cornflakes sambil nonton buletin pg (ms tu baru 7.30 pg), turunlah 2 beradik ni dr atas. Punyelah happy dgr diorg ni menyanyi2, selalu kena kejut bangun pg nk pegi school mst merengek nk mengelat (gaknye diorg tau smlm cuti xpayah g school tu yg happy semacam). Bl i jeling kt cermin dpn tangga tu, tgk msg2 tersengih2 kerang turun tangga sambil bwk nyet n moo (teddy bear) msg2. Nota: "Nyet" kakak ialah seekor monyet yg dh luruh bulunya, tinggal kulit je sebab dikelek sejak dia umur setahun lebih, now that she's 4 already so nyet tu sampai dh kurus n xde bulu dh. "Moo" adik pulak ialah seekor lembu yg comel berwarna putih bertompok hitam.

Baik betul bdk2 ni dtg dekat i peluk2 :) then kakak mintak izin nk mandi swimming pool (hadiah Cik Ira bg adik ms birthday adik setahun haritu) so oklah since dh lama xmandi pool (diorg demam lama hari tu so i xbg mandi takut melarat). Sambil i jemur kain layanlah budak2 ni bermandi-manda...

Nov 19, 2010

Aidil Adha 2010

Candid pose. Missing in the pic - Abah, Aisy, Ayah, Airel, Ayah Dude, Achu n Cokelat (belum rasmi jadik family member. Nx year baru boleh)

Aidil Adha thn ni Ummi n Ayah tema oren. Anak2 tema pink

Terliur x tgk lontong ni? Aduh... ngiler!!

My sweetheart yg kuat majuk

Kembar berlainan kulit :)

Salam Aidil Adha semua!!

Apakah pengorbanan yg telah anda lakukan demi org2 tersayang? Ucapan terima kasih x terhingga kepada ibunda tercinta yg telah memberikan segala2nya kpd anakanda. She's always in my heart. Hargailah ibu bapa anda sementara mereka masih ada. W/pun x merasa meneran bersalin normal, bersalin cara pembedahan pun seksa.. Bl dah jadik Ummi baru tau betapa besar pengorbanan seorang ibu. Golongan suami di luar sana pun perlu menghargai pengorbanan isteri msg2. Badan berparut n xcantik macam model porno pun sebab nak melahirkan anak2 anda yea. Terima kasih kepada Ayah anak2ku kerana mengerti pengorbanan seorang isteri...

Well, raya haji thn ni i bawak anak2 balik Setiawangsa Selasa ptg cos i cuti raya sehari je, nak simpan cuti pergi umrah thn depan insya-Allah (dh sampai seru sgt2 ni, terasa Kaabah memanggil2 especially semenjak 2 menjak ni). Hubby x balik cos pg raya ada korban kt Jugra, ptg pulak ada hi tea kt umah Mak Ila (Aunty hubby @ Kg Malaysia Tambahan, Sg. Besi) so we thot that jupe PIL kt umah Mak Ila jelah, xpayah balik Rawang. Tp FIL pulak lepak sebab jadik tukang sembelih lembu pg tu, so xdapatla jupe. Jupe sedara mara hubby yg lain je. Ada jugak pre-birthday celebration utk Fira n Qaisara (anak cousin hubby, Nani). They share the same birthdate cuma tahun je lain. Insya-Allah kalau Nani upload pic dlm FB dia, i buat en3 lain yea. I tetinggal kamera kt Setiawangsa b4 balik Putrajaya petang raya haji tu.

Pagi raya lepas bersiap2 kitorg tgu golongan lelaki balik solat sunat raya then salam-salaman pastu gambar-gambaran. Then makan-makanan hehe. Ma masak my fav dish ever, lontong n sambal tumis ikan bilis campur petai. Mak ai, bau jepun dh ngiler, belum makan lg :) Dlm kul 2 camtu bergerak pulang ke Putrajaya. Sebelah tgn pegang stereng, sebelah tgn pangku Airel yg tgh mamai nk tdo. Seb baik keta xbyk n i ikut MEX. 20 minit dh sampai. Kakakpun tdo kt belakang kepenatan.

Dora's Wedding @ Hulu Langat, 131110

Fira pose dpn kek 3 tingkat

Pengantin pose ala style dolu2, xpandang camera :)

Yellow dress Fira by Anakku

Alunan Gamelan Irama Melayu

Pose dgn MIL, tema majlis: kuning

Antara hantaran yg diterima oleh pengantin perempuan

Buah hati Ummi n Ayah :)

Salam 1 Malaysia!!

Wah, dh ramai yg tanya nape blog i menyepi tanpa berita? Sesapa yg belum jadik follower tu jadikla follower i.. up lah sket my no of followers hehe

Ok ni short en3 je cos ms xmengizinkan w/pun ada byk cite sebenarnya. 131110 cousin hubby, Dora buat majlis resepsi di Hulu Langat. Dia anak bongsu kepada Uncle Lan n Aunty Lin. Uncle Lan abag kpd my FIL. Tema: kuning diraja. Cantik!! I melaram baju Ma n tudung hijabmysuri. Fira i belikan dress kembang kaler kuning from Anakku Alamanda. Airel dh ada kemeja Osh Kosh kuning so xpayah beli baru. Hubby pun ada baju Melayu kuning zaman sebelum bertunang so boleh recycle, xperlu membazir :) I belikan Dora n pasangan hadiah sepasang wedding towel from Aussino, cantik sgt!! I tulis kt kad tu - "Enjoy ur shower moments together", wah gitu hehe

PIL n Dayah dtg umah Jumaat mlm, overnite semalam then pg tu lepas makan bfast (i goreng bihun) kitorg gerak ke Hulu Langat naik 2 kereta. Tiba sana jam 11.45 pagi. Tiba rumah jam 5 ptg. Penat tp layan... esp Alunan Gamelan Irama Melayu. Insya-Allah kalau available i nak book utk wedding my sis in Jan nx year. More pics in my FB yea

Nov 2, 2010

Demam Urat

I demam sejak smlm, rasanya demam urat. Definisi demam urat? Sakit2 sendi n rasa bisa2. Last i berurut bln 5 lepas, p spa Azzahra @ Bandar Baru Bangi. Semenjak Bibik Minah balik Indon, dh xde org nk urut i. Kalau x, sebulan sekali mst i mintak dia urut nk lancarkan perjalanan darah dan hilangkan lenguh2 badan. Mlm td p klinik dr bg MC 1 hari. Harini bebudak p school, i surf internet carik ada x tukang urut yg boleh dtg umah urut i? Carik punye carik, terjumpela nama kakak ni. Dulu dia dok Presint 8 je, now dh moved BB Bangi. Sejam urut dia charge RM40, bcos anak dia anta dia td, dia charge lg RM10 duit minyak. Alhamdulillah rasa ringan sket badan. Byk betul angin dlm badan i. Dia betulkan jugak peranakan i yg kata dia dh "ke tepi". Hadoila sakitnya, kena jaga nafas n ringankan badan ms dia sengkak tu huhuhu. Yelah dh 2x bersalin, mana ada pernah org urut i kt "situ" cos i had C-section. So td Kak Saniah tu repairla tmpt tu. Dah tau ada tukang urut ni, senangla kalau dalam pantang nt...
*bukan sekarang, i planned 2012, ms tu kakak dh 6thn, adik dh 3thn, insya-Allah :)*