CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label .:Facts:.. Show all posts
Showing posts with label .:Facts:.. Show all posts

Mar 23, 2012

Wanita Solehah

I terbaca ni dlm FB pg tadi, saje share dgn follower utk kebaikan bersama insy-Allah :)

‎1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.

Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.”

Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Alhamdulillah banyak kelebihan seorang wanita ni, hanya diri sendiri yg mampu berubah utk menjadi lebih baik :)

Mar 4, 2012

Bye2 Februari, Hello March!





Ni suma gambar2 ms bercuti di GH haritu.

Salam semua, sebulan jugak xhapdet blog, dlm hati tu teringin nak redeco itu ini tp tulah ms xmengizinkan. Siang penat keje, mlm hal rumah tangga pulak. Nilah kehidupan namanya, tp puas hatilah sebab semua diuruskan sendiri dgn bantuan hubby n family. I nak cerita benda2 best yg berlaku sepanjang bln Februari since xsempat nk berblog kan. Ada
juga cerita yg menyedihkan. Nk tau apa? Stay tuned :-)

Yg best:
1. Alhamdulillah i sambut ulang tahun perkahwinan yg ke-6 tahun pd 4hb, punyelah byk dugaan spjg 6 thn berkahwin ni, kalau takat dugaan kewangan tu i boleh tahan lg, koreklah sini sana nk topup. Plg xtahan kalau melibatkan org ke-3, fuh boleh tergugat iman dbuatnya. Nt i letak gambar org ke-3 yg dimaksudkan eh, jeng3 mst sume xsabar nak tau kan. N kalau ada info menarik yg u all tau pasal dia ni, bolehlah pm i, gitu. Bukan apa, i xnak benda yg sama berlaku pd org lain. Kesian anak2 yg xberdosa.
2. My handsome boy Syafrel Amzar dh mencecah 3thn pd 6hb, we all buat majlis kecil2an mengumpulkan adik beradik. Hubby masak sup tulang, pergh memang teangkatlah, diakan pakar masak sup :-P I tempahkan kek Cars by Bakers Cottage, sedap sgt! Macam2 hadiah dia dpt, motosikal besar warna merah Opah n Mami Ai Cek bg, kereta control Ferrari Abah Tok bg, standing microfon Ayah Dud bg, pistol besar Didi bg n Abah bg duit. Ummi bg apa? Hahaha tiap2 hari balik dr school mst nak pau Ummi mainan kt Petronas, plg murah bawah RM10, plg mahal bawah RM30. So kalau kira2 balik dh berapa? Memang meriah rumah haritu bl 6 org cucu berkumpul :-)
3. I dilantik sbg AJK Sukan BAKAT Rejimen TUDM Jugra 2012. Alhamdulillah AJKK i semuanya rajin n komited nk tolong i laksanakan perancangan aktiviti sukan tahun ni. Antara yg sdg berjalan ialah Senamrobik setiap Isnin n Khamis. Next week i try to join, nt i buat special n3 ye.
4. My TSUB is back!! Yeay, lega ahkak :-) betapa susahnya mengetuai sebuah unit, xmenang tgn dibuatnya. Cuti dibekukan sebab menanggung keje xleh amik cuti selama 28hari. So sakit2 pun kene keje uhuk2
5. Oh yes percutian pertama thn ni di Genting Highlands, overnite semalam n spend time together with my loved ones. Best3! Plg seronok of course anak2 sebab main n main n main. Bl penat mintak dukung aduyai patah pingang Ummi.
6. Penutup kegembiraan bln ni ialah hadiah Galaxy Tab 7.0 from hubby, belated anniversary kot? Ntah, dh lama xdpt hadiah hahaha. Selalu tu beli hadiah utk diri sdri je :-P benda ni menyenangkan i kalau nak taip minit or buat report sementara menunggu flight ke etc. Nway tqvm abang :-)

Manakala yg xbest i rasa ada 1 je, iaitu pulangnya ke rahmatullah makcik i belah ayah yg kitorg panggil Wancu pd tanggal 4 feb, iaitu sama tarikh dgn anniversary i. Tahun 2008 tarikh yg sama Opah i juga pergi meninggalkan kami. Memang tekejut bl dpt info ni, bergegas kitorg ke Hosp Putrajaya nak menziarahi jenazah. Rupanya ms i sampai kt bilik mandi jenazah, arwah baru je diturunkan dr wad so i ambil peluang mandikan jenazah sekali. Seumur hidup i xpernah terlibat dr mula jenazah dimandi n dikafankan. Ms arwah nenek i meninggal pun i xmerasa mandikan sebab 1 kampung dh kerumun nak menolong. So bl dpt peluang ni i betul2 gunakan sebaiknya. Sgt menginsafkan bl kita kenang dosa2 kita yg msh bernyawa ni. Selalu tu kita mandi wajib sendiri tp bl nyawa dh ditarik, kita perlukan bantuan otg lain pulak utk mandikan kita. I terkenang kalau nyawa ditarik tatkala rambut ada pewarna, kuku pun berwarna, macammana ek? Isy nauzubillahiminzalik! Alhamdulillah proses mandi dan kafan arwah sgt mudah, muka arwah pun bersih sgt macam tgh tdo. Itu bahagian arwah, bahagian kita xtau macam mana? Mudah2an kita semua sentiasa dilindungi dan memperolehi rahmat-Nya, Insya-Allah. Kepada sepupuku Kak Ena n family, semoga tabah menghadapi ujian ini ye.

Jan 29, 2012

Get Well Soon Dearest!!

Sejak balik bercuti rehat dr PD sempena CNY haritu, Kakak n Adik demam. Since Wednesday i bawak Kakak ke ofc. Otw back from a clinic in Precinct 15, we had an accident. Nasib baik xcedera, cuma bumper depan crack sikit. Kereta Wira Aeroback yg i tersondol tu kemeklah bumper dia. Melayang RM350, tupun seb baik hubby yg setelkan dgn owner. Kalau i yg naif (gitu) ni, mau terbang RM1300!! Adik ikut Ayah ke school naik scooter, seronokla dia dpt angin pegi n balik school. However Khamis ptg tu teacher Adik called up kata Adik pun demam so Jumaat haritu both Kakak n Adik i angkut sekali ke ofc. TQ big boss kerana sgt memahami :) Riuh rendah ofc dibuatnya. Nak cuti xboleh sebab i tanggung keje my boss. Dh lama diorg xdemam ni, since Oct last year. Esok Ummi outstation 2hari, harap2 diorg cepat sembuh, insya-Allah.

Jan 3, 2012

Salam Tahun Baru 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia (ni pembuka kata standard kalau nak hantar emel rasmi hehehe). Diam xdiam kita dh menjengah ke thn baru 2012. Alhamdulillah syukur dgn segala nikmat rezeki, kesihatan, kebahagiaan yg Allah kurniakan. Setelah lebih 6bln xbersiaran, kini i kembali... Bukan xnak update n masukkan n3 baru tp kekangan keje xmengizinkan padahal i memang suka menulis. Pantang ada ms terluang memang menulislah kejenya. Tu pasal amik mass comm majoring in journalism. Kalau xjadik ptd gaknya skang dh jadik wartawan senior dah, nak2 ruangan gosip siti jarum ke, joyah sport ke kan? Memang sesuai :P

Ms bercuti ke utara 2 minggu lepas, hubby ada cakap suh activatekan blog ni semula. Wah rupanya ramai silent followers ek? Oklah insya-Allah kalau berkelapangan i isikan ms dgn ber'blog' :)

Harini nak share pencapaian suka duka thn 2011, jeng3 hehehe

Antara yg manis ialah:

1. Dari segi kerjaya - I dah disahkan gred M44 atau kalau ikut SBPA skang ni gred dia M1-2 (macam Mission Impossible lak) sejak 31 Disember 2010. Alhamdulillah rezeki anak2. Amanah dan tanggungjawab kian besar maka itu haruslah dilaksanakan sebaik mungkin insya-Allah. Gaji naik bape? ooo ada gak yg bertanya dlm hati ek? Alahai still xleh challenge private gaji org gomen ni, bl makin besar periuk nasiknya makin besarlah keraknya. Yg penting jaminan ms depan tu ada...

2. Dari segi leisure - Bercuti ke luar negara. Mana? Eropah? Australia? Xlah timah, takat Jakarta & Singapura je... tp yg penting kita sekeluarga dpt spend time sama2, Alhamdulillah. Thn ni ada perancangan ke Hong Kong Disneyland (perancangan dr 2010 lg hehehe). Kalau ada rezeki insya-Allah sampailah kami ke sana. Bercuti dlm negara byk juga - Taiping tmpt wajib, Penang, Bukit Tinggi Colmar Tropicale, Genting Highlands, PD, Melaka, Langkawi.

3. Dari segi akademik - Kakak dapat straight As dalam final exam pelajar Alam Ria Kids Thn 5, siap dpt Anugerah Pelajar Kelakuan Terbaik Perempuan lagi, keep it up sayang.

I posed dgn Fira & Airel, hubby xde, ke Gong Kedak bawa budak2 terjun

Ni rombongan yg menghadiri Konsert Akhir Tahun Alam Ria Kids @ Tmn Wetland Putrajaya. Kakak performed tarian Wonder Girls, masuk dikir barat, jadik mak dlm teater muzikal Kalau Berpacaran n jadik model fashion show.

4. Dari segi keluarga - My baby sista melahirkan Mikhael pd tanggal 19 Ogos 2011, so cucu Opah Fuziah bertambah menjadi 6 org, 3 perempuan, 3 lelaki. Rezeki lagi Alhamdulillah.

5. Dari segi perhubungan - My bff belanja Tony Romas ms Krismas haritu di Pavilion KL, siap bagi hadiah body shop lg sbg tanda penghargaan sebuah persahabatan. Terharunya i, tq buddy :) Dahla jupe 2thn sekali. Dia di Terengganu, kami di KL. Insya-Allah bl dia habis belajar dptlah kami berjumpa selalu.

Tu antara yg i dpt fikirkan sekarang. Nt kalau ada lg i add ya.

Antara yg pahit pulak:

1. Dari segi akademik - i xberjaya dapat Hadiah Latihan Persekutuan utk sambung ijazah sarjana. Dulu dh elok2 sambung xboleh commit pulak. Xpelah xde rezeki, Insya-Allah nt i sambung guna duit sdri, eh duit hubby hehehe

2. Dari segi keluarga - i kehilangan arwah nenek sebelah ibu yang dipanggil mak pada 30 November 2011, meninggal setelah bertarung nyawa melawan sakit kanser paru2 tahap 4. Al-Fatihah semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beriman. Amin.

3. Dari segi harta - mak ai macam byk sgt hartanya? Emm adalah tragedi yg berlaku di Bangsar pd suatu ketika dahulu, xmau dikenang2 balik. Yg penting i dh selamat.

4. Dari segi perhubungan - fuh yg ni kalau cerita, novel Ombak Rindu pun kalah. Penuh drama dan air mata. Memang ada kaitan jugak dgn novel ni, penangannya sungguh hebat. Sesiapa yg terlibat tu i harap xkan ulangi lg kesilapan sblmni. Mudah2an Allah tetapkan iman, teguhkan hati dan lindungi kita semua serta dapat menjalani kehidupan yg penuh ujian dan dugaan ni dgn sabar dan tabah. Ingatlah bahawa doa org yg teraniaya tu sekejap je Allah makbulkan. Amin.....!!!!

Sekian dulu buat masa ini. Nt kita sambung lg. Salam :)

May 31, 2011

Passport SA





Syafira Adlyna dan Syafrel Amzar dah ada passport antarabangsa sekarang. I cuti semalam renewing my passport n buat passport anak2. My mum pun renew passport dia yg nak expire lg 6bln. So we all ke JIM Tmn Sri Rampai. Punyelah sesak. Cuti sekolah katakan. Org beratur sampai ke luar. Elok je dh sampai turn i, pegawai tu kata xboleh guna mykid pulak, nak ori birth certs. Alamak, dlm website xpulak kata kena bawak ori birth certs? So lepas setel urusan my mum, kitorg balik Putrajaya, beli nasik bungkus then singgah solat n amik dokumen berkaitan. Terus ke Presint 15 Pejabat Passport Putrajaya. Sangatlah cosy tempat tu, lancar segala urusan Alhamdulillah. 5.30ptg kitorg dh sampai Setiawangsa semula. Untung anak2 zaman sekarang kecik2 dah ada passport. I dulu 22 thn baru buat nak ikut Dato' CT p Spore. Ok, lepasni kita p bercuti pulak :)

May 28, 2011

Facebook NKRA Mengurangkan Jenayah

Facebook NKRA Mengurangkan Jenayah was set up on 25 May 2011. Pls LIKE the page if you are interested to be informed of its achievement, which is lead by the Ministry of Home Affairs.

Click here:

http://www.facebook.com/pages/NKRA-Mengurangkan-Jenayah/147205325351815

and LIKE the page. TQ for all the support :)

May 18, 2011

Puasa Ganti

Alhamdulillah, harini langsai semua hutang puasa 6hari :) Last year dah ganti 3 hari, start Isnin lepas - harini lagi 3hari. Isnin lepas my sista belanja buka KFC, smlm masak nasi+sayur bening bayam+ikan kering+cencaluk letak cili potong n bawang besar=sedap sekali :) Masak ringkas je time hubby xde ni. Ptgni cadang nak buat mi suah pulak. Kakak ngan Adik mst suka makan mi suah n telur burung puyuh. Balik karang cuma singgah kedai cari udang je n icecream jugak (biasalah time2 puasa ni macam2 teringin nak makan hehehe). Xsabar tgu my mum balik umrah, nak makan besar kt Istana Bambu :)

Apr 16, 2011

Pening

I menaip n3 ni dr tempat duduk sambil mendengar Forum Rakyat: Jenayah, Anda & Integriti anjuran IIM dgn kerjasama K*N. Bhg i terlibat dgn pameran so pepagi sepi'i lepas subuh td kuar umah naik bas dr pejabat. Sepjg jalan hujan renyai2, skang dh makin lebat pulak. I dh start pening kepala kena hujan. Bukan bole sket kena hujan, mst pening :( Panel penceramah adalah Presiden IIM Datuk Dr Mohd Tap Salleh, Pengarah JSJN PDRM Datuk Noor Rashid Ibrahim & Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Msia Tan Sri Lee Lam Thye. Crowd ramai jugak w/pun hujan Alhamdulillah. Forum dijangka ditangguhkan jam 11pg nt utk majlis perasmian oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri. Dah lama xkena keje hari Sabtu, dulu ms penjawat awam masih perlu bekerja separuh hari pd hari Sabtu, memang i tgu sgt2. Pakaian pun smart casual so dat lepas keje bole mengular tgk wayang ke shopping ke jln2 ;) Sabtu jugak kalau i xikut Dato' CT balik kawasan, kadang2 ada function area Lembah Klang yg Dato' CT kena rasmikan. So seronoklah jugak keje separuh hari ni (ms bujanglah). Bl dah berkeluarga ni 2hari cuti seminggu pun macam xcukup. Bos memang jarang assign i outstation sebab tau i ada anak kecik. Tq bos, bos memang memahami. Xsanggup berjauhan dgn anak2 lama2. Sehari xjupe pun i bole jd sasau. That's y kalau i dah balik rumah, ms i khusus utk anak2 & kerja rumah pulak. Insya-Allah i akan spend qty time dgn diorg. Keje2 jugak, penat2 jugak. Tp org lain pun keje, org lainpun penat. Xkan nak korbankan ms dgn keluarga demi kepentingan diri sdri kan? Tepuk dada tanya selera.

Apr 14, 2011

Bagio = Bahagia

Saje pilih tajuk tu. Nama sebenar penyanyi Bagio, vokalis Damasutra tu kan Bahagia? Hehehe. Pg td i menghadiri sesi pembelajaran bertajuk "Bahagia Itu Apabila Membahagiakan". Ustazah Syukreyah, penyampai ceremah adalah bekas rakan sepejabat i tahun 2008. Rock ustazah ni, best jadi officemate dia :) Antara intipati ceramah yg melekat di pemikiran i:

1. Sentiasa memafkan org2 di sekeliling kita, esp suami / isteri / anak2 / adik-beradik / keluarga / kawan2. Kalau boleh sebelum tdo minta maaf dgn suami/isteri takut2 ajal menjemput semasa tdo.

2. Kalau terasa hati / merajuk xperlulah lama2, bimbang kita x bertemu lg dgn org yg kita terasa hati / merajuk tu. Tapi kalau kita dah lupakan apa yg berlaku tp pihak lagi 1 masih nak bermain api, biarkanlah. Kita xrugi apa2 pun. Biarlah Allah yang tunjukkan kebenarannya nanti.

3. Bekerjalah kita seolah2 kita akan hidup 1000 thn lg & beramallah kita seolah2 kita akan mati keesokan hari.

4. Life is short so live our life to the fullest.

Mar 31, 2011

Malam untuk Rakyat ke?

Sabtu lepas ada event Malam Transformasi Utkmu Malaysia Sempena Pelancaran Buku Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) Tahun 2010 di Stadium Putra Bukit Jalil. Basically tujuannya ialah utk maklumkan kpd rakyat pencapaian Kerajaan selepas setahun melaksanakan GTP ni. Dari mula lg perasaan dh xberapa best sebab 6 kementerian peneraju NKRA termasuk kementerian i kena cari 1000 peserta. Bl bincang mesyuarat peringkat tertinggi, pusing-pusing tolak ke Bhg i jugak utk carik peserta. Hadoila, tp xpe, bl dh bahagi sama rata antara Jabatan2, KDN kena hantar dlm 100 org je. Tupun payah nak dapat. Bhg i sdri xde org sebab event tu malam Isnin, ramai yg balik kg dan ada tugas luar. Ada xde yg kena pegi malam tu Boss, En Roydee n i.

Selalu majlis besar2 kita akan buat j/k utk melancarkan perjalanan majlis. Ni keluar surat drpd J/K Induk seminggu sebelum majlis utk mintak peserta, then panggil mesy penyelarasan Jumaat pagi, 2 hari sebelum majlis which Sabtu Ahad mana ada org bekerja nak memantau kehadiran peserta? Masa mesy tu jugaklah edarkan tiket VIP / pas peserta. I sempatla minta bas kot ada peserta yg nak pergi dr pejabat. Drp 60 peserta yg kata hadir, 5 kerat je yg dtg naik bas. Last2 bas tukar dgn Naza Ria. The rest wallahu alam s/ada they really turned up or vice versa. Organizer pulak dah xtentu arah sebab byk seat 0. Yelah, mcm mana kita nak control crowd kalau kt stadium?

I keluar rumah jam 6 ptg, sampai Stadium 6.30 ptg, terus carik organizer nak dapatkan secretariat pass. Dapat je bawak hubby n anak2 masuk dlm then I cari seat my KSU n TKSUs so dat senang nak usher nt. Then bl dah jupe terus ke VIP entrance tgu di sana bersama my assistant Fira, jadiklah drp xde org at least ada budak ni tlg i. Bl dh selesai keje, I balik ke seat asal duduk layan konsert n ucapan PM dgn family. Sblm habis majlis kitorg balik tak nak nt berebut2 pulak dgn org lain. Dahlah bawak budak kecik, esok nak pegi sekolah lg.

Sbg rakyat biasa, i rasa event ni defeat the purpose sebab:
1. Rakyat duduk belah atas, mcm mana pemimpin nak reach out to the people kalau they all duduk kt seat VIP depan stage, far away kt bawah?
2. Majlis dimulakan sejak jam 6 ptg dgn menjemput artis2 terkenal dtg buat persembahan, ala2 konsert gitu. Ni majlis ilmu ke majlis hiburan sebenarnya? Atau kehadiran artis2 utk menarik minat rakyat memenuhi stadium?
3. Majlis sebelah malam, esoknya Isnin hari bekerja. Ada yg datang dari jauh, serata pelusuk Malaysia. Ada makcik2 yg kata dia tau dtg konsert free. GTP ke buku laporan tahunan ke dia xtau apa?
4. Seat depan stage utk penjawat awam yg dah tentu2lah tau pasal GTP ni sebab dok deal hari2. Rakyat dari Ceruk Tok Kun ke mana ke duduk sebelah atas, cemana diorg nak menggali lebih dalam apa dia sebenarnya GTP ni?
5. Buku laporan pun diedarkan d pintu2 berdekatan VIP dulu selepas majlis berakhir (dalam jam 11mlm) sedangkan VIP kan boleh dpt kemudian? Kata malam utk rakyat tp rakyat xbawak balik pun buku2 tu?
(Catatan ni adalah from my personal point of view, xde kena mengena pasal nakcondemn organizer ke apa. Perjalanan majlis ni i jadikan pengajaran spy nx time majlis boleh diadakan dgn lebih lancar dan memenuhi objektif penganjurannya, Insya-Allah)

Pemandangan dr seat i, jauh gile kan seat rakyat dgn pemimpin kt bawah tu? Then how to reach out?

Kakak was my assistant that day, ke hulu ke hilir hantar VIP. yg pasti handbag pink tetap pegang kt tgn :)

Adik leka makan kacang

Posed luar stadium b4 balik. Baju korporat i yg kelabu tu

Mar 15, 2011

Dia Penyelamat

GAVISCON - penyelamat pedih ulu hati!!

Now i dah jupe ubat plg mujarab kalau perut masuk angin. I semenjak 2 menjak ni mudah benar masuk angin kalau lambat makan. Kalau skip bfast, maknanya lunch kena makan. Dinner pun xboleh lewat dr 9mlm, mst perut sakit. Nak tgu pulih balik 1 hal. Penah i muntah teruk n ceri beri kt BP sebab salah makan, pun xboleh jugak.

1st time jupe hubby pun perut dh masuk angin. Hubby bawak makan sup ekor tp disebabkan d whole day tu perut kosong so perutpun meragam mlm tu. Tepaksa beli susu segar nak kurangkan sakit. Alhamdulillah xmelarat. Perut baik hati bg i dating balik hehe. Smlm xbfast, lunch makan nasi n siput sedut masak lemak. Ptg makan jambu air cicah sambal kicap. Mlm dinner lambat sebab filem HMM habis 8.30, so dekat kul 10mlm baru dinner makan fillet o fish. Balik rumah my mum suh makan Gaviscon 1 penutup botol. Alhamdulillah berkesan. So kalau ada sesapa yg ada penyakit ngada2 macam i boleh try Gaviscon k :)

Feb 13, 2011

Penempatan Baru

Masuk je ofc hari Rabu, i terima surat pemberitahuan pertukaran / penempatan PTD Gred M44 (Ehem2) - Puan AAS, PTD Gred M44 (Memangku), dgn ini dikekalkan sbg PSU di Bhg NKRA, KDN dengan bayaran elaun memangku. Wah ni yg nak highlight sebenarnya hehe. Xsabar nak tgu elaun tu, nak kumpul beli rumah. Tp dengarnya bulan depan govt nak launch 100% pembiayaan pinjaman perumahan (kali pertama shj) kpd individu pendapatan kurang dr 3k sebulan? Wah harus direbut!! Arahan tsb berkuat kuasa mulai 31 Dis 2010. Alhamdulillah . So lepasni kena update data rekod peribadi, isytihar harta n kemas kini SKT via HRMIS.

Jan 25, 2011

Cukup Sampai Di Sini

I was shocked when i received a call in d middle of d solemnization event last Friday at Masjid Muadz. A call from Mr Loba2, my ex bf. I accidentally answered d call n told him that we were at my sis' solemnization event. He started to text and ring me now and then until yesterday he succeed when i answered him. He shared stories about his unhappy marriage. He even asked me out 4 lunch which definitely i will ignorelah kan? Kalau ex bf wife dia ajak wife dia kuar makan, dia kasik x? Same goes here. I pun sure muncung pjg berjela kalau ex gf hubby ajak dia kuar. The worst part was he asked me to "wait" 4 him if it is destined our marriage will b ruined. What the J?

This morning, he text me again. To stop all d nonsense, i sent him this -

"Sy minta lepasni awak x call o sms sy lg. Pls percaya segala yg berlaku tu ada hikmahnya. Alhamdulillah awak dh sedar sekarang mana intan mana kaca tp tu sume kehendak Yang Maha Kuasa. Sy percaya kita ditakdirkan xde jodoh sebab Dia nak temukan kita dgn jodoh yg lebih baik. Alhamdulillah sy bahagia dgn hidup sy sekarang. Dia is3 awak, awaklah yg patut mencorakkan macam mana awak nak dia jd demi ms depan awak, anak dan keluarga awak. Awak dahpun buat pilihan. Masih belum terlambat utk mengubahnya menjadi spt yg awak inginkan. Xde laut yg x bergelora. Xde bumi yg xbasah ditimpa hujan. Sbg some1 yg pernah bersusah senang dgn awak, sama2lah kita jaga r/tangga masing2. Abg Shafik suami sy dunia dan akhirat. Dia yg terbaik utk sy. Dia ayah anak2 sy. Dia soulmate sy. Dia sebahagian drp nyawa sy. Dia yg "nampak" kelebihan sy. Dia jugak terima "kekurangan" sy seadanya. Allah tu maha Mendengar. Selalulah berdoa. Insya-Allah doa awak dikabulkan. Kalau bukan sekarang, biarlah Dia jugak yg tentukan. Sy selalu doakan kebahagiaan kawan2." Full stop.

Waaa...siap 1 mukadimah novel cinta, ada bakat terpendam rupanya ek? hehehe Terus lepas tu dia xreply dh, harap2 dia xpengsan. Hidup perlu diteruskan.

Sedangkan lidah lg tergigit, inikan pulak suami isteri. Dh 5thn pun usia perkahwinan kami, adatlah ada pasang surut. Bl 2 family yg backgroundnye berbeza, memang ambil ms nak sesuaikan diri. Kita hidup dgn family kita dh berpuluh thn, hidup sbg suami isteri baru 5thn so byk lg yg perlu dipelajari dan diteladani. Dulu mungkinlah kita ni mentah lg tp belajar drpd keadaan, pengalaman dan persekitaran menjadikan kita lebih matang. Dulu mst lari kuar umah konon dapat selesaikan masalah. Tp anak dh 2org pun, nak lari pk puluh kali. Kang tetiba PIL dtg umah tgk tinggal anak dia je, menantu hantu ni n cucu2 diorg xde, sapa nak menjawab? Ngeeee....

So moral of d story is, komunikasi tu penting. Tolak ansur pun ye. Kita utamakan mana yg perlu diutamakan. After all, syurga di tapak kaki suami. Wah sempat lg bertazkirah. Peace, no war tp sekali sekala cold war boleh :)

Jan 11, 2011

Pamerah Hartanah Bumiputera, 7 – 9 Jan 2011

Lepas ke Sri Hartamas, kitorang menyinggah ke Mid Valley, nak tgk Pamerah Hartanah Bumiputera. Ambiklah seberapa byk brocher yg ada. Semi D kt Sepang 6 bilik tdo n 5 bilik air pun dh dekat ½ juta, yg plg murah pun teres 2 tingkat kt area KLIA 295 – 297,000. Hmmm msh mencari yg berpatutan (Ada ke? Our budget is below 350k). Dh dapat dulu, single Semi D 320k kt Desa Saujana Putra (around 10 – 15 minutes to Putrajaya) tp development pulak slow n xbyk facilities. Xpelah, slow2 mencari, insya-Allah nak cuba gak capai KPI beli rumah thn ni :)

Dec 20, 2010

I love Coach

Designer bags clearance sale

Kakak tgh ushar wristlet

Pelbagai pilihan

Makcik2 tgh memilih

Ni yg kitorg berkenan tp sudahnya xbeli pun :)

B4 kuar umah ke KLCC Jumaat lepas, i terima text msg from my cousin kata ada clearance bags sale kt Putrajaya Marriot Hotel fm 10am to 5pm. Ada Coach u oll!! Bergegas ajak hubby ke sana. Sampai2 je org dh ramai berkerumun so kitorgpun memilihla apa yg patut. I dh berkenan 2 beg ni, hubby berkenan 1 wallet, Fira pun ada berkenan 1 wristlet. Bl membelek2 alamak mcm rushing je nak membeli? Plus mcm x byk choice. Eventually kitorg terus ke KLCC w/pun dh sampai turn nak membayar cos hati berbelah bahagi. Kalau dh hati kata begitu, memanglah xpayah menunggu lama, angkat kaki saja hehehe. Nway tq to cousin yg memaklumkannya. At least kalau nak beli kt blog i dah tau ukuran beg2 Coach tu cemana. To me still lg murah beli authentic Coach via blog. Ada jugak yg price tu sama je mcm beli kt boutique. Apapun tepuk dada tanya selera. Kalau mampu beli jelah yea?

Dec 6, 2010

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun: (Baca 3x sebelum penghujung waktu Asar)

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun: (Baca 3x selepas solat Magrib)

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Nov 25, 2010

Persediaan 5S

Dr pintu masuk, ni kedudukan ruang kerja i

Sette ni dr zaman YB Menteri lama, lawa o... tmpt i merehatkan diri hari Jumaat :)

Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009, Alhamdulillah :)

Cerita ceriti ceritu zaman i sebagai S/Usaha Akhbar seorang YB Menteri suatu ketika dahulu. Ms ni keding lg, muda belia baru 22 thn :)

Papan kenyataan byk gambar anak2 je

Lagi gambar koleksi peribadi

Ofc i kt aras 7, boleh nampak pemandangan Tasik Putrajaya. Nice view kan?

Harini ada lawatan audit 5S oleh MPC yg dimulakan di Bahagian Majlis Anti Pemerdagangan Orang (AP), Aras 8 dan seterusnya ke Aras 7 (Bahagian PK, AB, NKRA dan PG). Lawatan bermula pukul 10.00 pagi. So td semua penyelia kawasan di Zon Hotspot (ofc i) bersedia di kawasan seliaan masing-masing untuk menjawab sebarang pertanyaan dari wakil MPC.

Kalau semua tempat mcm ruang kerja i kt atas tu, insya-Allah kita dapat pensijilan 5S :) (sapa lg nak puji kalau bukan diri sendiri?) Cheers!!

Nov 2, 2010

Demam Urat

I demam sejak smlm, rasanya demam urat. Definisi demam urat? Sakit2 sendi n rasa bisa2. Last i berurut bln 5 lepas, p spa Azzahra @ Bandar Baru Bangi. Semenjak Bibik Minah balik Indon, dh xde org nk urut i. Kalau x, sebulan sekali mst i mintak dia urut nk lancarkan perjalanan darah dan hilangkan lenguh2 badan. Mlm td p klinik dr bg MC 1 hari. Harini bebudak p school, i surf internet carik ada x tukang urut yg boleh dtg umah urut i? Carik punye carik, terjumpela nama kakak ni. Dulu dia dok Presint 8 je, now dh moved BB Bangi. Sejam urut dia charge RM40, bcos anak dia anta dia td, dia charge lg RM10 duit minyak. Alhamdulillah rasa ringan sket badan. Byk betul angin dlm badan i. Dia betulkan jugak peranakan i yg kata dia dh "ke tepi". Hadoila sakitnya, kena jaga nafas n ringankan badan ms dia sengkak tu huhuhu. Yelah dh 2x bersalin, mana ada pernah org urut i kt "situ" cos i had C-section. So td Kak Saniah tu repairla tmpt tu. Dah tau ada tukang urut ni, senangla kalau dalam pantang nt...
*bukan sekarang, i planned 2012, ms tu kakak dh 6thn, adik dh 3thn, insya-Allah :)*

Oct 28, 2010

Kelantan vs N9

Sabtu ni perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan vs Negeri 9 @ Stadium Putra Bukit Jalil. Harga tiket asal RM20 dh naik RM30, tp tetap habis dijual. Penyokong Kelangan n Negeri 9 diharap dapat menjaga tingkah laku msg2, menang dan kalah adat pertandingan. Kalau dua2 pasukan nak menang xlah namanya perlawanan kan? I memang x bape minat tgk bola ni. Lebih seronok layan cite Tamil ngan hubby. International footballer yg plg i kenal = David Beckam hehe. Owen ke Giggs ke xbape kenal sampailah ms i kt UiTM dulu mt BFF Kemel, Jijah ngan Lalat "memperkenalkan" i dgn mereka :P Local footballer yg i kenal pun of cos Mokhtar Dahari, Sabri .... (bekas penjaga gol Kedah dulu) n other few names like Khalid Jamlus, Akmal Rizal Rakhli etc.

Bl berpacaran dgn sorang footballer ni (back in 2000) barulah i kenal sket2 nama2 footballer tempatan n dpt tgk live match kt stadium. Teruja gakla tgk live. B4 that tgk kt tv je. Rupanya2nya setiap kali habis game diorg akan dpt bonus kalau menang. Tiap2 ptg kena pegi training n tiap2 minggu ada game, sama ada friendly match atau league. Penah gak ikut dia p pemilihan ms bulan puasa. Sian jugak tgk pas abis training xleh nak minum w/pun keletihan, kena tgu waktu berbuka. Tp tu sume asam garam footballer. Mana yg kuat iman tu bolehla tahan sampai waktu buka, mana yg iman se"tebal" kulit bawang memang xtahan punye.

Tp kerjaya ni sgt berisiko, especially bl pemain dh injured n xperform serta umur meningkat. Bl injured of cos xdpt main utk tempoh ms tertentu, bl dh xmain of cos performance merosot. Team pulak perlukan pemain2 muda yg bertenaga so memangla berisiko. Tambahan kalau latar belakang pendidikan xberapa baik, terpaksalah carik back up sebab pendapatan sbg pemain xmenentu, bergantung kpd performance. Ada pemain penah dpt RM15-30,000 sebulan sebab dia pemain taraf bintang yg jd rebutan. Tp bl performance merosot susahla kan?

I ingat lg kata2 my mum "Nt dh kawen nk makan apa? Makan bola?" Hadoi... pedih2 tp tulah kenyataan. I bersyukur hubungan itu tidak berkekalan. Perhubungan yg tidak direstui ibu bapa juga berisiko. I percaya bahawa Dia temukan kita dgn pasangan terdahulu supaya kita dapat bertemu dgn pasangan yg lebih baik pada masa hadapan. Alhamdulillah pasangan yg lebih baik itu kini pasangan hidup i :)

So perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ni, siapa pilihan u all? Kelantan atau Negeri 9?

Oct 26, 2010

Aireen

Nama Aireen memang tiada makna dlm Buku Nama2 Islam. Menurut kata my mum, dulu arwah ayah nak letak nama Rabiatul Adawiyah tp arwah opah xbenarkan, dia kata nama tu nama sorang wali Allah. Takut c empunya diri nt "berat nak membawa". My mum pulak nak namakan i Aireen Sophia, sempena nama Sophia Lauren, pelakon barat yg sgt terkenal waktu tu. Arwah ayah pulak xbenarkan, xnak anak dia ni nt jadik pelakon pulak 1 hari nt hehe. So nk dijadikan cerita, ms arwah ayah masuk hutan utk 1 operasi, my uncle dh pegi daftarkan nama i Aireen, sempena nama gf dia masa tu. Lor? Balik je dr operasi, arwah ayah kind of merajuk sebab xdapat nak namakan i Rabiatul Adawiyah n terkilan jugak cos my uncle yg pandai2 daftarkan nama. Sifat dia kalau boleh dia nak buat sendiri sume perkara berkaitan anak2. Tp nak buat mcm mana? Xkan nak tukar nama pulak? Dahla prosedur dia ambil masa, so biarkan jelah...

Nama yg berpangkal dgn huruf A ada pro dan kontranye. Pro is apa2 hal memang nama kita naik dulu, dalam attendance list, dalam exam list etc. Nak pegi cucuk BCG atau rubella pun nama kita naik dulu hehe. Org selalu ingat i ni chinese bl i kenalkan nama i "Aireen" dalam phone. They thot that my name spelling was "Irene". Bl jupe berdepan, lor... campuran Melayu Jawa je hehe. Penah sorang ustazah masa i kecik dulu btau nama i dlm kitab Injil maksudnya bulan mengambang. Tu pasal gaknya asal bulan mengambang je i rasa semacam hehe :P

Ms kecik jugak i penah berangan nak tukar nama jadik "Nur Fatin", maknanya cahaya yang cantik (kecik2 dh perasan hehehe). Yelah, kecewa jugak xde makna nama Aireen tu dlm kitab kan?

Tp nama i memang senang nak sebut dan sangat pendek, hanya 2 suku kata: Ai - Reen. Ada kawan ms sekolah gelar i Irene Santiago, ambik nama model terkenal ms tu, Casiano Irene Santiago. Ada yg msh gelar i dgn nama tu sampai skang. Mcm2 gelaran lain yg i dapat. Family belah Batu Pahat panggil i Kak Inn, belah Ipoh panggil Che Inn (sampai dh beranak pinak masih Cik hehe), anak2 kpd sepupu i belah Batu Pahat panggil Ayin, anak2 buah belah Ipoh panggil Mak Inn, adik ipar a.k.a sepupu hubby panggil Kak Ai (Ai dlm bahasa Mandarin katanya bermakna Cinta). Kawan2 panggil Reen, Erin, Win pun ada :) Anak2 i n anak2 buah i panggil Ummi. I bahasakan diri pd my mum Akak n pd arwah ayah Che Inn. Tp arwah panggil i Reen. Hubby panggil me? Cyg. So sweet kan?

Nama ni umpama doa, tu sebab kena panggil nama yg baik2 je. Nt ms dibacakan talkin pun, nama c anak akan dibin / bintikan dgn nama c ibu. So pilihla nama yg baik utk anak2 kita. Ni makna nama anak2 i:
Syafira (Duta) Adlyna (Keadilan Kami); Syafira Adlyna = Duta Keadilan Kami;
Syafrel (Nama sahabat Nabi) Amzar (Yg mulia); Syafrel Amzar = Sahabat Nabi yg Mulia

Ni yg i jupe bl google makna nama i td -

The girl's name Aireen \a(i)-reen\ is a variant of Irene (Greek), and the meaning of Aireen is "peace".

Ohhh, so i m a peace maker... sib baik bukan tornado hehe. Peace u all!!!