CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Oct 31, 2010

Jemputan Kahwin @ Tmn Kajang Baru

Fira pose ala2 model

Like mother like daughter kan? :p

Pic: Ihsan ina via Blackberry :)

Smlm i pergi jemputan kahwin @ Tmn Kajang Baru dgn Ina n Fira. Hubby tinggal umah tolong jemur kain (hekhek sekali sekala) dgn Airel. Ikut Silk Hiway xsampai 15 minitpun dh sampai umah pengantin. Mak pengantin salah sorang bos di Bhg SM. Lauk pauk dia sedap sungguh, ada ayam masak merah (menu wajib), rendang daging, dalca, sambal goreng n buah oren. Dlm 1/2 jam jugak kitorg kt sana. Fira xnak makan, nk tgk pengantin je katanya. Since pengantin xkuar lg w/pun dh 1.15 ptg (dlm kad kata bersanding 1ptg), kitorg pun masuk umah nk carik pengantin. Tgk pelamin, simple n lawa. Tema: merah campur hitam. Hantaran pun simple, guna mawar merah hidup sbg hiasan dulang, hmmm i like merah :) Then naik atas tgk pengantin kt bilik, pakai lace merah darah campur hitam. Tahniah Kapt (Dr) Aimy n pasangannya Ann :)

p/s: Tahniah jugak sepupuku Erul yg telah selamat menamatkan zaman bujangnya smlm dgn pasangannya Jun. Semoga berbahagia hingga ke syurga :)

Oct 28, 2010

Kelantan vs N9

Sabtu ni perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan vs Negeri 9 @ Stadium Putra Bukit Jalil. Harga tiket asal RM20 dh naik RM30, tp tetap habis dijual. Penyokong Kelangan n Negeri 9 diharap dapat menjaga tingkah laku msg2, menang dan kalah adat pertandingan. Kalau dua2 pasukan nak menang xlah namanya perlawanan kan? I memang x bape minat tgk bola ni. Lebih seronok layan cite Tamil ngan hubby. International footballer yg plg i kenal = David Beckam hehe. Owen ke Giggs ke xbape kenal sampailah ms i kt UiTM dulu mt BFF Kemel, Jijah ngan Lalat "memperkenalkan" i dgn mereka :P Local footballer yg i kenal pun of cos Mokhtar Dahari, Sabri .... (bekas penjaga gol Kedah dulu) n other few names like Khalid Jamlus, Akmal Rizal Rakhli etc.

Bl berpacaran dgn sorang footballer ni (back in 2000) barulah i kenal sket2 nama2 footballer tempatan n dpt tgk live match kt stadium. Teruja gakla tgk live. B4 that tgk kt tv je. Rupanya2nya setiap kali habis game diorg akan dpt bonus kalau menang. Tiap2 ptg kena pegi training n tiap2 minggu ada game, sama ada friendly match atau league. Penah gak ikut dia p pemilihan ms bulan puasa. Sian jugak tgk pas abis training xleh nak minum w/pun keletihan, kena tgu waktu berbuka. Tp tu sume asam garam footballer. Mana yg kuat iman tu bolehla tahan sampai waktu buka, mana yg iman se"tebal" kulit bawang memang xtahan punye.

Tp kerjaya ni sgt berisiko, especially bl pemain dh injured n xperform serta umur meningkat. Bl injured of cos xdpt main utk tempoh ms tertentu, bl dh xmain of cos performance merosot. Team pulak perlukan pemain2 muda yg bertenaga so memangla berisiko. Tambahan kalau latar belakang pendidikan xberapa baik, terpaksalah carik back up sebab pendapatan sbg pemain xmenentu, bergantung kpd performance. Ada pemain penah dpt RM15-30,000 sebulan sebab dia pemain taraf bintang yg jd rebutan. Tp bl performance merosot susahla kan?

I ingat lg kata2 my mum "Nt dh kawen nk makan apa? Makan bola?" Hadoi... pedih2 tp tulah kenyataan. I bersyukur hubungan itu tidak berkekalan. Perhubungan yg tidak direstui ibu bapa juga berisiko. I percaya bahawa Dia temukan kita dgn pasangan terdahulu supaya kita dapat bertemu dgn pasangan yg lebih baik pada masa hadapan. Alhamdulillah pasangan yg lebih baik itu kini pasangan hidup i :)

So perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ni, siapa pilihan u all? Kelantan atau Negeri 9?

Oct 27, 2010

Pelangi Petang

Dlm keta otw dtg ofc td terdengar lagu "Pelangi Petang" nyanyian asal arwah Datuk Sudirman Hj Arshad. Alahai, tetiba teringat kt seseorg... yg penah dedicated lagu ni utk i. Ni liriknya -

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Kisah bermula bl i bertukar sekolah, drpd jeling2 pandang2, especially time kelas dia nk p lab kt tgkt atas, sampaila bl i noticed beg sekolah kitorg sama design w/pun kaler dia lain. Dulu i bawak beg sekolah garfield yg mcm beg balik kg tu (famous time tu) kaler merah, dia pulak kaler hijau. Berjupe balik n berkomunikasi buat kali pertama pd thn 2002 (kt sekolah kitorg xpenah bercakap). 1st time dpt panggilan jauh (dr oversea) pun drpd c dia. Dpt souvenir mcm2 dr seberang. Selalu b4 dia fly akan call dulu btau ke mana destinasi penerbangan kali ni, dh sampai nt btau lg. Dh tiba Msia pun btau dh selamat sampai. How sweet? Skang msg2 dh berkeluarga dan semoga sentiasa berbahagia hingga ke syurga. Sampai skang i msh xtau knp dia tujukan lagu ni? Mebi dia memang tau cinta x semestinya bersatu?

Oct 26, 2010

Aireen

Nama Aireen memang tiada makna dlm Buku Nama2 Islam. Menurut kata my mum, dulu arwah ayah nak letak nama Rabiatul Adawiyah tp arwah opah xbenarkan, dia kata nama tu nama sorang wali Allah. Takut c empunya diri nt "berat nak membawa". My mum pulak nak namakan i Aireen Sophia, sempena nama Sophia Lauren, pelakon barat yg sgt terkenal waktu tu. Arwah ayah pulak xbenarkan, xnak anak dia ni nt jadik pelakon pulak 1 hari nt hehe. So nk dijadikan cerita, ms arwah ayah masuk hutan utk 1 operasi, my uncle dh pegi daftarkan nama i Aireen, sempena nama gf dia masa tu. Lor? Balik je dr operasi, arwah ayah kind of merajuk sebab xdapat nak namakan i Rabiatul Adawiyah n terkilan jugak cos my uncle yg pandai2 daftarkan nama. Sifat dia kalau boleh dia nak buat sendiri sume perkara berkaitan anak2. Tp nak buat mcm mana? Xkan nak tukar nama pulak? Dahla prosedur dia ambil masa, so biarkan jelah...

Nama yg berpangkal dgn huruf A ada pro dan kontranye. Pro is apa2 hal memang nama kita naik dulu, dalam attendance list, dalam exam list etc. Nak pegi cucuk BCG atau rubella pun nama kita naik dulu hehe. Org selalu ingat i ni chinese bl i kenalkan nama i "Aireen" dalam phone. They thot that my name spelling was "Irene". Bl jupe berdepan, lor... campuran Melayu Jawa je hehe. Penah sorang ustazah masa i kecik dulu btau nama i dlm kitab Injil maksudnya bulan mengambang. Tu pasal gaknya asal bulan mengambang je i rasa semacam hehe :P

Ms kecik jugak i penah berangan nak tukar nama jadik "Nur Fatin", maknanya cahaya yang cantik (kecik2 dh perasan hehehe). Yelah, kecewa jugak xde makna nama Aireen tu dlm kitab kan?

Tp nama i memang senang nak sebut dan sangat pendek, hanya 2 suku kata: Ai - Reen. Ada kawan ms sekolah gelar i Irene Santiago, ambik nama model terkenal ms tu, Casiano Irene Santiago. Ada yg msh gelar i dgn nama tu sampai skang. Mcm2 gelaran lain yg i dapat. Family belah Batu Pahat panggil i Kak Inn, belah Ipoh panggil Che Inn (sampai dh beranak pinak masih Cik hehe), anak2 kpd sepupu i belah Batu Pahat panggil Ayin, anak2 buah belah Ipoh panggil Mak Inn, adik ipar a.k.a sepupu hubby panggil Kak Ai (Ai dlm bahasa Mandarin katanya bermakna Cinta). Kawan2 panggil Reen, Erin, Win pun ada :) Anak2 i n anak2 buah i panggil Ummi. I bahasakan diri pd my mum Akak n pd arwah ayah Che Inn. Tp arwah panggil i Reen. Hubby panggil me? Cyg. So sweet kan?

Nama ni umpama doa, tu sebab kena panggil nama yg baik2 je. Nt ms dibacakan talkin pun, nama c anak akan dibin / bintikan dgn nama c ibu. So pilihla nama yg baik utk anak2 kita. Ni makna nama anak2 i:
Syafira (Duta) Adlyna (Keadilan Kami); Syafira Adlyna = Duta Keadilan Kami;
Syafrel (Nama sahabat Nabi) Amzar (Yg mulia); Syafrel Amzar = Sahabat Nabi yg Mulia

Ni yg i jupe bl google makna nama i td -

The girl's name Aireen \a(i)-reen\ is a variant of Irene (Greek), and the meaning of Aireen is "peace".

Ohhh, so i m a peace maker... sib baik bukan tornado hehe. Peace u all!!!

Ayah rindu sampai mati

Sedih i baca berita dlm Harian Metro harini dgn tajuk seperti di atas tu. Kisah nasib malang sepasang suami isteri yg tinggal di bawah jambatan setelah diusir dr umah sewa setelah xmampu nk bayar sewa umah tu. Yg paling kesian anak pasangan tu yg baru berusia setahun 5 bln, sama2 terheret dgn keadaan yg menyedihkan. Kesian sebab budak tu selalu demam. Anak kita kalau demam sekejap pun kita dh bawak p jupe dr pakar, ni kan pulak yg hidup x menentu pastu demamnya selalu, aduhai!!

Kisah kedaifan keluarga ni menangkap perhatian c ibu kepada perempuan tu. Rupanya perempuan tu lari dr rumah 6thn lalu akibat perselisihan faham dlm keluarga. Sudahnya, ayah perempuan tu meninggal dunia bulan 7 lepas akibat sakit jantung tanpa sempat menatap wajah anak perempuannya buat kali terakhir. Maka pergilah si ayah menghadap sang Pencipta membawa bersama kerinduan kepada si anak. Aduhai, sedihnya??

Terus i teringat kt arwah ayah i. Kitorg pun xdpt menatap wajah arwah buat kali terakhir sebab dia meninggal dunia seorg diri akibat serangan jantung jugak. Tp yg pasti kami anak beranak saling menyokong antara 1 sama lain. Perselisihan dlm keluarga tu perkara biasa, tp arwah sgt pandai guna psikologi nak pujuk anak2, especially anaknye yg degil ni. Pesanan i, janganla kita berselisih faham lama2 dgn keluarga. Kita xtau bl ajal akan menjemput kita atau berapa lama lg kita hidup d dunia? Berbuat baiklah sesama ahli keluarga, terutamanya kpd kedua ibu bapa selama hayat mereka masih ada. Tanpa mereka siapalah kita?

Alfatihah buat arwah ayah yg sgt2 dirindui :(

Program Transformasi Ekonomi: Hala Tuju untuk Malaysia

Smlm i menghadiri Majlis Pelancaran Prog Transformasi Ekonomi: Hala Tuju untuk Malaysia oleh YAB PM @ Dewan Merdeka, PWTC. ETP ni menggariskan hala tuju ekonomi negara dlm tempoh 10 thn akan dtg (2020) dan ia berbeza dgn mana2 pelan pembangunan dan kesannya akan dinikmati setiap rakyat Malaysia tanpa sesiapapun tercicir drpd arus pencapaian ekonomi. ETP ni mengandungi 131 Projek Permulaan (EPP), 12 laporan makmal dan 60 peluang perniagaan yang semuanya bertujuan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan tambahan. Menarik, kan? Kalau nak tau lebih lanjut, boleh surf www.pemandu.gov.my

Majlis smlm dibuat 2 hari selepas berakhirnya Persidangan Agung UMNO. So msh byk lg keja2 pembersihan yg sdg berjalan. I sampai PWTC jam 2 ptg pun dewan belah bawah dh penuh so terpaksala menyelit celah kaki org nk carik vacant seat kt level atas. MC smlm Harjeet Singh Hullon, pembaca berita RTM tu. Puas dia pesan suh matikan hp or put in silent mode tp ada gak yg berbunyik nyaring ms PM tgh bg ucaptama. Hadoila, mangkuk tul!! Pastu byk kali jugak dia pesan suh guests turun level 2, duduk kt dewan sana sambil tgk live telecast bl dia tgk dewan tu dh full house n penuh dgn org2 yg berdiri, sampai ada yg kena duduk kt tangga. Majlis mula jam 2.45 tp jam 2.40 msh ada lg guests yg msuk dewan tu nak carik vacant seat. Yg i xpaham, apa keje usherer kt luar dewan tu? Diorg x alert ke yg dewan dh penuh? Usherla guest lain p dewan kt level 2. Byk lg 0? Boss n entourage yg sampai dekat 2.30 pun kena berdiri. I offered my seat tp sian pulak boss nk menyelit celah kaki org. PM habis berucap jam 4.00, so bergegas i kuar nk dapatkan buku ETP tu. Dapat Executive Summary pun jadikla.

4.15ptg i dh masuk dlm keta nk kuar dr parking The Mall tp punyelah jammed. Dgn org berebut2 nk masuk lane bayar parking lg? Siap membuli i lg yg guna keta kecik, mentang2lah my laling belum pulih sepenuhnya, diorg buli i ye? Hi benci!! 5.00ptg baru dapat menyusur jalan ry pulang ke rumah ibunda. Huh lega...

Last i dtg PWTC 4 event rasanya in 2005, my company organized Konvensyen Memerangi Gejala Sosial Dalam Era Dunia Tanpa Sempadan, co organized dgn KPWKM. X silap i buat kt Dewan Tun Dr Ismail. Meriah bl jemputan bersama2 pk kaedah menangani gejala sosial. Bertungkus lumus my team bekerja, akhirnya resolusi konvensyen diterima dan sesetengah usulnya dh pun dilaksanakan, Alhamdulillah.

2005 jugak i terlibat dgn pemilihan ahli Majlis Tertinggi (MT) sempena Pehimpunan Agung UMNO. My team yg melobi utk Dato' Ijat berkampung di suite Hotel Legend, depan The Mall tu. Hari2 tgk para perwakilan turun shopping kt The Mall sambil membimbit 2,3 beg plastik, beli hp baru beb! Almaklumlah, namapun pemilihan MT, mestilah mahsyuk!! Last day tu my team dpt saguhati sorang RM500 so i pun apa lg? Shoppinglah hehe. I beli 2 pasang baju kurung kosong berkerawang penuh kt hujung lengan n dada keluaran sebuah butik terkenal, sepasang utk my mum kaler purple siap dgn tudung n brooch n sepasang lg kaler hijau utk i, xmahalpun, xsampai RM250 :)

Oct 19, 2010

Buttered Prawn

Sabtu lepas i buat buttered prawn utk pot luck kawasan kejiranan umah i di Presint 11. Memula ingat nk masak sotong masak hitam tp sebab pot luck tu dipercepatkan, maka terpaksala tukar menu so campak2 je udang jadikan berperisa mentega. Sgt senang, less than 1/2 dh siap, provided bahan2 ada :)

Bahan A:
20 biji udang (saiz sederhana)
Tepung rangup
Air

Bahan B:
8 - 10 biji cili api - dihiris
Daun kari
Secawan mentega
2 biji telur
Bunga kantan - dihiris dlm seinci
2 sudu gula

Cara masak:
Gaulkan udang yg dh dibersihkan dalam adunan tepung rangup tu. Jangan cair sgt ye, bg dia pekat sket. Then goreng sampai kekuningan pastu ketepikan dulu.

Then masukkan mentega, pastu masukkan telur sikit demi sikit, masukkan hirisan cili api, bunga kantan, daun kari n gula. Last sekali baru masukkan semula udang yg dah digoreng td biar sebati. Senang kan? Resipi ni pun i dapat dr internet, bila dh byk kali cuba, eh eh senang je. Selamat mencuba :)

Oct 18, 2010

Anak Itu Kupu2 Syurga :)

Ni i nak share renungan yg i dapat daripada ustazah tempat i keje...

Ciumlah anakmu...
Pahala setiap ciuman itu dibalas dengan 1 darjat syurga. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak2.

Buah tangan...
Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang2 dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak2nya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak. Barang siapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

Ajarlah adab dan ilmu agama...
Muliakan anak2 dengan mengajar adab dan ilmu agama. Barang siapa memuliakan anak2nya dalam keadaan jahil, dia turut menanggung tiap2 dosa yang dilakukan oleh anaknya itu. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda, Hassan. Aqrak berkata, "Anakku 10 orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang aku cium." Sabda Nabi SAW, "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Berbaktilah...
Seorang lelaki bertanya; "Wahai Rasulullah, kepada siapa harus aku berbakti?" Jawab Baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibu bapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wassalam. Mari sama2 kita amalkan, insya-Allah :)

Oct 15, 2010

Menangi Percutian Percuma

Smlm i terbaca kolum ni dlm Berita Harian. Teruskan membaca..

Menjelang akhir tahun dan musim percutian, Poise, produk perlindungan lemah kawalan kencing pertama di kalangan wanita, menganjurkan peraduan yang dikenali sebagai More Travelling. Peraduan selama 2 bulan itu bermula 1 Oktober hingga 30 November 2010. Peserta bakal memenangi pakej percutian hebat ke Gold Coast, Australia serta pelbagai hadiah menarik lain. Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia untuk produk Poise, Haniza Tahir berkata, selain menjanjikan hadiah istimewa kepada pengguna, peraduan itu juga merupakan peluang terbaik untuk menggalakkan wanita yang menhadapi masalah tersebut menikmati kehidupan yang lebih baik.

"Menghadapi keadaan lemah kawalan kencing tidak bermakna mesti berkurung di rumah sahaja. Sebenarnya dengan sedikit perancangan dan beberapa barangan yang penting, tiada sebab kita tidak boleh bercuti ke mana sahaja pada musim percutian walaupun mengalami masalah ini. Setiap percutian boleh menjadi menyeronokkan dengan perlindungan yang berpatutan," katanya.

Untuk menyertai peraduan tersebut, orang ramai hanya perlu menjawab 3 soalan mudah dalam borang peraduan yang boleh dimuat turun dari www.poise.com.my atau mendapatkannya di pasar raya serta farmasi dan menghantar setiap 1 borang bersama pembungkus produk Poise.

Peraduan menawarkan hadiah utama berupa percutia 4 hari 3 malam untuk 1 keluarga seramai 4 org (me, hubby, Fira n Airel) ke Gold Coast (walaweh); percutian 4 hari 3 mlm dibiayai sepenuhnya untuk 2 org ke Gold Coast (tempat ke-2) dan tiket penerbangan 2 hala untuk 2 org ke Gold Coast (tempat ke-3). So tunggu apa lg? Jom kita masuk peraduan ni :)

I pengguna Poise sejak thn lepas lg setelah tertarik dgn kelebihan produk ni. I menghadapi masalah pundi kencing aktif yang kalau minum air banyak, akan sgt kerap membuang air kecil dan keadaan tu kadang2 membuatkan i x selesa. So produk ni at least dpt mengurangkan tekanan i dlm keadaan terdesak. Tu pasal i kurang minum air cos tau kesan dan akibat bl minum air dgn kuantiti yg byk spt yg selalu disyorkan oleh pakar (at least 8 gelas air sehari). Tp bl kurang minum air, kulit jd kering pulak. Mcm last Sunday bl Heng pakar kecantikan Clinique tu makeup kan i, dia kata kulit muka dehydrated. W/pun i dh pakai xtra thirst moisturiser, kulit still kering cos kurang air.

So nak xnak kenalah minum air byk then gunakan produk Poise yg terbukti berkesan. Cewah, promo pulak :)

Oct 13, 2010

Public Transport

Since "laling" i masuk workshop (estimate seminggu gak), hubby ajak balik Putrajaya td nek public transport. Dia malas nk nyusahkan my siblings anta kitorg balik. So kuar dlm kul 8.30mlm, my sis anta kt Putra LRT Setiawangsa. Mujur xramai org dlm train, yelah tem tu dh ramai yg balik keje. Otherwise memang sesak cam tin sardin gak. Tu 1st time Airel nek Putra LRT. Fira 2nd time, 1st time ms teman i g pej MAS kt KL Sentral last July. Putra LRT skang dh byk perubahan, lebih ceria, lebih byk signage n nampak lebih cosy. Ms i bujang dulu Putra LRT lah pengangkutan utama nk p keje. Ms keje kt Shah Alam (Nov - Dis 2001), i amik Putra LRT dr Setiawangsa then benti kt stesen Kelana Jaya. Nt my bff Dodot amik i kt sana then kitorg p S. Alam sama2 nek keta Proton dia yg dh byk berjasa. Sempat gak beli karipap sedap kt situ. Ntah ada lg ke tidak? Then ms i keje kt Jln Raja Laut (Jan 2002 - Jan 2004), pun LRT msh jd pengangkutan utama. W/pun i dh lebih drpd mampu nk beli keta, LRT jugak yg senang. I nek Putra LRT sampai Masjid Jamek then tukar Star LRT benti kt depan Sogo. Pastu i jalan sket nk sampai kat ofc lama i. Ringan sungguh kepala ms tu xyah pk nk bayar duit keta hehe

So td dlm kul 9.00 kitorg sampai KL Sentral, makan dulu kt KFC then baru beli tiket ERL pulak nk balik Putrajaya. Kena tunggu 20 minit jugak baru train sampai. Perjalanan ERL transit ni ambil ms 1/2 jam jugak nak sampai Putrajaya cos dia benti dulu kt Bandar Tasik Selatan. Sampai2 je stesen Putrajaya kitorg nek cab balik umah. Gitu gini 2 jam jugakla dr Setiawangsa ke umah gunakan public transport. Kalau nek keta perjalanan dlm 35 - 50 minit je bergantung pd kesesakan j/raya. Huhuhu dh lama xgunakan public transport so terasa jugakla..

Sampai je umah hubby kata "Sorry cyg, kita kena nek public transport harini.." "Eh y sorry? Susah sama susah, senang sama senangla kan?" (Terharu ngan diri sendiri cewah) :p Anak2 pun nampak happy dpt nek train n cab. Yelah budak xpenah susah.. Fira lahir2 je dh nek Kia Spektra, Airel lahir2 je nek Kia Spektra kejap then nx monthnye nek Grand Vitara pulak so mestilah diorg happy dpt rasa pengalaman baru :)

I merasa nek bas ms kecik dulupun sebab my aunty - Mak Lang n Achu rajin bawak kitorg jln2 tiap hujung minggu. G shoppingla, tgk wayangla (i still remember cite ET yg diorg bawak i tgk), or xpun p Tasik Titiwangsa / Tasik Perdana.. Ms kt UiTM dulu lgla selalu guna, bus mini yg bawak cam pelesit, kena tipu ms nek cab dll. I boleh kata yg public transport skang dh byk improvement. Tambah lg Kerajaan wujudkan NKRA Pengangkutan Awam yg diterajui oleh Kementerian Pengangkutan, mcm2 perubahan baik yg dilaksanakan. W/pun msh ada kejadian2 buruk mcm tragedi kemalangan di Pedas / Linggi tu, i percaya kecuaian pemandu yg jd punca byk kejadian kemalangan berlaku.. So, kita kena lebih berhati2 bl memandu (ni peringatan utk diri i jugak). Sapa yg tau i memandu cemana tu paham2 jelah ye. I memang penah berangan nk masuk F1 hahaha. Tp i memang sentiasa berhati2 n ingat org yg tersayang :)

Oct 11, 2010

Tragedi Oktober

Ahad, 10.10.10. My mum celebrated her 35th wedding anniversary, my brother lak celebrated his 31st yr birthday. My two sisters celebrated their 1st year engagement anniversary. Apa lg? Oh ya, Datuk Dr Sheikh Muzaffar bernikah harini kt Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya (the bride sgt kelam kabut, cam main2 je nak kawen. Tgk rehearsal reception diorg kt Nona pun xserius, siap boleh main sms lg ms tgh berjln nk menuju pelamin. Ceit!!) Then Datuk Sani Impression pengusaha bas Sani Express pun kawen diiringi lamborghini n ferrari. Hantaran RM100K siap dgn Merc CLK baru. Pergh, malatop!! Tu cite2 best. Yg xbest ialah we had an accident in front of IJN at Jalan Tun Razak yesterday, rite after we left KLCC otw to Batu Caves to attend my officemate's wedg reception. Huwaaa!!

Kemalangan melibatkan 5 buah keta, Camry, Kia Spektra, Waja, Vitara (my laling) n Wira. Ceritanya Camry tu break mengejut ms nk masuk lane kanan after susur kuar Jln Semarak. So Kia sondol Camry, Waja sondol Kia. Hubby dh habis break tp sebab Wira kt belakang dh menyondol keta kitorg, kitorg pun tersondol Waja depan. Fira, Airel n i dok kt seat belakang. Fira jelah tersembam ke depan cos dia dok tgh2 n pp kena kt hand rest so lebam sket pp dia. Kalau Airel n i dok depan mst lg teruk cos hentaman cukup kuat sampai keta kitorg xleh bergerak utk pull over ke tepi. Waja yg remuk teruk depan belakang, Wira yg remuk teruk kt bonet depan pun boleh lg ke tepi. Rerupanya driver shaf (betul ke eja?) kitorg patah w/pun kemek kt depan n belakang x seberapa. Hubby jelah turun n tgk keadaan keta serta discuss ngan driver2 lain.

Dlm 10 minit lepas tu i tgk ramai bebudak AAM dtg n diorg tlg tolak keta ke tepi. Hubby suh i n anak2 balik Setiawangsa dulu sementara dia p balai wat report n p workshop kt Pandan Indah. Bebudak AAM tu kata dlm seminggu gak "my laling" kena masuk ICU. I pk xkan nk balik Setiawangsa naik cab dgn bakul susu n beg pampers bagai? So i called bantuan (my brother hehe) suh dtg amik kitorg. Xdapatla p wedg my officemate tu. Sorry ye Cik Wan. Nt sy bg hadiah kt ofc. I terus sms bos mintak EL harini nk p amik keta ganti kt Pandan Indah. Workshop offer viva baru manual. Hubby tny i boleh x bawak manual? Alah apa de hal? Takat anta anak2 p school n p ofc, boleh jer..

Pipi Fira lebam sket terantuk. Nampak x yg hijau2 tu?

Waja yg remuk

Kemek sket je kt bumper tu..

Jaring2 kt depan tu tertolak ke dlm..

Polis trafik pun ada nk menyuraikan kesesakan

Clinique Birthday Gift

Pelbagai pilihan warna make up

Ni pulak produk penjagaan muka

Fira suh i buat "peace" ms nak snap gambar i b4 make up

Tgh make up. I dh siap pakai baju nk p wedding my officemate

Hasil lepas make up. Gambar solo xde cos blur. Fira nk shishi ms i suh amik gambar after make up tu. Mcm2 :P

Ahad, 10.10.10 jam 11pg i ada appointment kt Clinique counter, Parkson KLCC utk complimentary make up. RM100 make up voucher tu i dpt sempena birthday i bln 9 lepas. Bcos i setia dgn Clinique sejak 2002, so dapatla voucher tu selain set manicure n pedicure. I saje pilih 10.10.10 utk set appointment cos i nak attend maj kawen my officemate kt Batu Caves. Xkanla nk make up sesaje tanpa ada event, ye tak?

Camne i boleh terpaut ngan Clinique? Begini ceritanya.. Ms i belajat kt Matrix Mass Comm (2nd sem) kt UiTM Shah Alam (back in 1998), my lecturer (an indian lady, i dh lupa nama dia) asyikla bercerita pasal Clinique, dia pakai 3 steps cleansing Cliniquela, make up Cliniquela etc etc. I pun wonder, best sgt ke Clinique ni? Yelah ms tu kita budak tgh belajar, takat pakai bedak n lipstik Cover Girl je hehe. So bl i dpt 1st salary ms keje sbg Setiausaha Akhbar Menteri dulu (i dapat backdated 5 bulan gaji, wowwie..) terus i seret my bf Kak Lat teman i g Clinique counter kt JJ Wangsa Maju beli produk Clinique. Well, not bad. Xlah mahal mana, nak compare dgn SKII atau Dior atau Channel. Lagipun ia sesuai ngan kulit i n plg penting produk dia boleh tahan 3-6 bulan sekali pakai. Ada yg boleh tahan sampai setahun. 1st time i beli tu habis dekat RM400 jugak. Tp sgt berbaloi.. Hubby memang xle komplen byk kalau i kata brg Clinique i dh habis n nak kena beli baru cos bl i calculate harga rokok dia setiap hari compare dgn harga Clinique i utk 3-6 bln sekali pakai, ja.....uh beza ok?

So Ahad lepas dlm 11.30pg kitorg sampai KLCC, hubby bawak Airel pusing2 kt water fountain. Fira lak teman i sambil amik2 gambar i tgh make up n environment kat situ. I memang x harap make up meletup cam nk kawen or cam Rozita Che Wan kalau nk p open hse (yg xde beza pun ngan majlis kawen cos sama je, dgn bulu mata pelesu n make up tebal 3 inci..). Bcos it worths RM100, i expect yg simple jelah. Bila siap make up dlm 12.30 tuh, hubby dtg balik n kata lawa.. *Blushing* TQ Clinique :)

Genting Getaway

Jumaat lepas patutnya kitorg balik Rawang, umah PIL. Tp ntah mcm mana miscommunication.. bl kitorg dh sampai depan umah (tem maghrib), umah golap pastu hubby called MIL tny diorg katne? MIL kata diorg balik kg since Khamis lg. Ler? Pdhal ms hubby n anak2 amik i kt ofc ptg tu i dh tny dh, PIL ada kt umah x? Hubby kata ada, dia dh called. Masalahnya dia called hari Rabu, bukan Jumaat, sabar jelah. Nak marah pun ada gak cos mcm x menyempat2 nk balik Rawang tp sudahnya xde org. Then hubby tny nk balik Setiawangsa x? I kata kita balik Putrajayalah cos plan awal nk balik Setiawangsa hari Ahad, pas i g wedg officemate kt Bt Caves. Balik Putrajaya at least bole kemas2 umah.

Tp hubby tetiba ajak g Genting. Ha? Dgn x bawak baju sejuk budak2nya? Dgn i pakai baju kurungnye? Takut selsema jer cos Airel tgh xbape sihat.. Dia kata sekali sekala cuti mengejut, pe salahnya? Masuk kalini 5x i naik Genting. 1st time ngan kawan chatting yg tgh meng"ayat" i.. Dia footballer Selangor. Ms tu i menggunakan je kemudahan yg dia ada (keta n duit padahal dia dh cinta habis kt i (buek) hahaha. Kitorg xmain games apa2pun cos tem tu hujan so turun balik KL. 2nd time ngan ex bf (footballer KL) n family dia. 3rd time ngan my mom, my 2 sisters n 2 cousins. Tem tu memang i fully sponsored diorg (almaklumlah msh bujang..) Best giler jln2, makan2 n main2 :) Last sekali naik Genting thn 2008, ms tu Airel msh dlm perut. Hubby ada training kt sky ventures tu.. xmen pape pun, just lepak2 n pusing2 je..

So Jumaat lepas kitorg kuar ikut Rawang (jln lama, exit kt simpang nk g Kuala Kubu Baru then terus naik Genting. Dalm kul 10 mlm jugak sampai Hotel 1st World. Hubby n Fira g check in bilik dulu sementara i bersihkan muntah Airel kt seat passanger depan. Sempat gak i tukar baju walaupun mata menjeling tgk kiri kanan. Seb baik i bawak baju yg xpayah kena gosok. I memang pantang kalau nk p berjln tp baju kusut masai, penampilan still kena jaga w/pun dlm keadaan kecemasan hahaha :P

So dlm kul 11 kitorg solat dulu then baru turun bawah balik carik makan. Kitorg beli McD jer then bawak naik makan kt bilik. Sempatlah belikan Airel baju sejuk kt Poney, seb baik harga pun x mahal mana?

Tgh pilih baju sejuk Airel

Esoknya pas check out, kitorg pegi makan dulu kt food court then beli tiket utk family (2 adults, 2 kids) harga normal season RM109. Ms tu bukan cuti sekolah so org x seramai tem cuti. Cuma rasa cam kt Hong Kong lak, punyelah ramai bangsa ca ya nun alif.. Kitotg main puas2 indoor games tu. Yg plg seronok of cos anak2. Mak anak2 pun seronok gak hehehe. Suma games kitorg main. Dekat 5.30ptg dh puas ronda2 baru turun balik KL. Yippee tq hubby :)

Kat luar.. berkabus..

Fira n Ayah pose cam model. Ada gaya tak?

Dlm wheel ferris

Dlm gondola. X dpt p Venice, p GH pun jadikla :)

Pose b4 balik umah :)

Oct 8, 2010

Pot Luck






Harini Sektor 3P wat pot luck meraikan Kak Bada, PT yang akan naik pangkat CC di JPJ nx week. So msg2 bawaklah air tgn msg2.. macam2 ada - bihun goreng Spore, masak lemak udang, ayam masak kicap, kentang masak sambal, rendang ayam, sayur campur, sate, jambu air etc etc. I bawak ayam masak kicap resipi MIL. B4 this dh penah bawak sotong masak hitam, pun resipi MIL jugak. Alhamdulillah, sejak kawin 4thn lepas dh mcm2 masakan yg i cuba. I admit ms anak dara i bukanlah rajin sgt masak2 ni. Sebabnya? Ada 1 kejadian ms i umur 5thn yg menyebabkan terjadi kecelakaan membabitkan api kt badan i. So sejak tu my dad cam phobia n x bg i dekat2 ngan api. Sampaila i kawin, hubby belikan buku masak utk i cuba masak yg simple2. Diapun rajin ke dapur masak (askar kalau xtau masak xlayak jadik askar hehe). My mum pun lepas kawin baru pandai masak, esp my fav lontong n masak lemak ketam walaweh... ngiler!! (Dlm bhs jawa ni. Bhs kita org panggil kecur) My dad lg pandai masak drpd dia hehehe. So skang ni dgn kemudahan internet yg ada, i selalu google resipi utk cuba resipi2 baru. Fira suka masakan yg ala2 sup like bening sayur, sup ketam, sup ayam etc Hubby lak suka ayam masak kicap n my jemput2 ikan bilis cicah dgn sambal kicap :) Airel? Dia suka susu Nespray 1+ hehehe

Oct 7, 2010

Jamuan Raya Sektor 3P

Antara tuan rumah dan tetamu jemputan yg hadir..

Ngan org kuat majlis :)

TKSU KDN sampai plg awal..

Harini Sektor 3P buat majlis jamuan hari raya. So staff NKRA pakat nk pakai baju batik (Khamis kan penjawat awam kena pakai batik?) yg ada kaler2 pink sket. I dh siap gosok batik oren plus hijau pucuk pisang dr last week lg. But since diorg cadangkan pakai pink, kenala gosok balik baju raya pertama i. Wah, ramai peminat nampaknya yg berkenan ngan batik yg i tempah drp Suzie itu :) Tp memang menarik pun gabungan warna dia. x sia2 beli sedondon 6 meter 1/4 sepasang ngan Fira punya :P Jab. Pendaftaran Pertubuhan Msia pun buat open hse harini so KSU ke sana dulu. VVIP pertama yg sampai td was Dato' TKSU (Pengurusan). Mana SUB yang ada, jalan dululah kan. Dh kul 1tghri, mestilah msg2 kelaparan. I makan soto semangkuk (sedap giler tp still xleh lawan kesedapan soto my hubby), sate 2 cucuk, roti jala 2 ketul. Tupun dh kenyang gile. Makanan lain - nasi tomato, kuih muih, kek, puding etc. Alhamdulillah kenyang :)