CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label Precious Education. Show all posts
Showing posts with label Precious Education. Show all posts

Mar 11, 2012

Bagaikan Puteri


Salam hari Ahad!

I dlm perjalanan pulang ke Putrajaya dr Batu Pahat menghadiri majlis tahlil sempena 100 hari kepulangan arwah nenek ke rahmatullah. I nak cerita pasal novel yg i beli pd 13 Feb lepas di MPH Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, baru harini selesai baca, dekat sebulan jugak, mana taknya dekat 600 muka surat! 1st time i baca novel tulisan Ramlee Awang Murshid ni, memang best! Sblm ni ada kawan yg beli novel2 dia tp i xamik port sgt, sebab macam cerita2 dlm majalah Mustika je intipatinya. I terpanggil nk beli novel ni sebab tajuk dia n ringkasan ceitapun macam boleh tahan.

"Apabila hujan turun melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung".

Kisah tentang: Haryani dan Laksamana Sunan, pahlawan terbilang Acheh yg saling jatuh cinta. Bagaikan puteri... Penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik. Hanya kerana cinta, manusia sanggup berperang!

Haruslah lepasni i beli lg novel2 RAM kan? Selain berhibur, ia berdakwah kpd pembaca secara tidak langsung.

May 14, 2011

Sijil Kepujian 2010







Sijil kepujian adalah utk 2nd tier bg mana2 warga K*N yg xdpt Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Menambah koleksi Sijil Kepujian i, 9 Mei 2011 haritu patutnya i terima Sijil Kepujian Tahun 2010 drpd KSU tp disebabkan senggugut i minta tlg PA bos informed urus setia i xdapat hadir. 2 hari lepas majlis tu, baru dapat sijil tu. Alhamdulillah i dapat Sijil Kepujian Tahun 2007, 2008 dan 2010. Tahun 2009 i dpt APC. Ni sume hasil kerja keras dgn dibantu oleh bosses / rakan seperjuangan / kakitangan sokongan. Bodek2 xmain. Kalau kita keje dgn ikhlas, ganjaran tu dtg melalui pelbagai cara. Tq all for the support. Thn ni i nak tarik diri (amboi ingat kau tu Dato’ CT ke nak tarik diri drpd bertanding ABPBH? Hahaha) Padahal ni bukan pertandingan, kriteria pemilihan penerima adalah berdasarkan markah LNPT yang bos kita isi stp hujung thn. Sepjg keje di sini Alhamdulillah bosses i sume tip top. Semakin semangat nak buat keje pasni :)

May 6, 2011

NO-rth Korea

No Kad Pengenalan: xxxxxx-08-xxxx
Nama Penuh: AIREEN BINTI AHMAD SHAHUDDIN
Status: TIDAK BERJAYA

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas minat tuan/puan untuk memohon Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea Tahun 2011.

Walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya. Namun begitu, tuan/puan boleh memohon di tahun hadapan jika masih berminat dengan memenuhi syarat iklan yang ditetapkan.

Sekian.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Menerima dgn hati yang terbuka. Belum ada rezeki. Gagal sekali tidak bermakna kita gagal kali ke-2 :)
p/s: Ni alasan kukuh utk pergi sendiri, kononnya :P

May 5, 2011

Rahsia Bukak Ha

Selasa pg sblm balik KL, singgah rumah my nanny @ Kg Baru Peserai. Dapatlah lepaskan rindu, sejak dia keluar hospital bln 2 haritu, baru ni dpt jenguk dia. Borak punye borak terkeluarlah cerita yg menggelikan hati. Nak gelak guling2 pun ada jugak. Kononnya nak berahsia sgt, rupa2nya nanny yg pecah rahsia hahahahaha. Betullah janji Allah, doa org yg teraniaya cepat je Dia makbulkan. Sampai Setiawangsa sambung gelak lg kehkehkeh

Apr 18, 2011

Tadika Manja


Alam Ria Kids Uniform

Fira baru dapat 2 pasang uniform mgu lepas, warna merah hati + putih. So sekarang dh ada 4 pasang, lg 2 uniform sukan. Cantik uniform dia, tutup aurat sampai ke buku lali. Tudung je kena cari sendiri. Ms i tadika dulu (Tadika Manja Taman Keramat), uniform i warna putih + merah cili, gaun lg sampai paras lutut. Nt balik nk carik gambar dlm album lama kot2 ada. Seronok waktu tadika ni, main2, pastu belajar. Bila penat tdo hehehe

Apr 4, 2011

Belia Korea

Khamis lepas i dapat email dr JPA suruh check sama ada berjaya ke x disenarai pendek utk sesi temuduga? Alhamdulillah pagi td i menghadiri sesi temuduga Program Pertukaran Belia Korea di Republik Korea yg dijadual berlangsung selama 10 hari: 16 - 25 Mei 2011. Saje je mintak cuba nasib. Sejak keje sini xpenah sekalipun berpeluang ke oversea. Oversea Sabah Sarawak tu biasalah, tp tu xkira. Mungkin sebab nature keje i xmembolehkan i ke luar negara. Yelah buat strategic planning n NKRA, apalah sgt kan? Eh tp tetap penting tau :) Plg jauh i penah pegipun Singapura ms Dato' CT bawak ke sana. Sudahnya jadik pencacai tukang angkat brg2 shopping dia. Hi tobat!

Nak pegi saje2 memang boleh tp hubby selalu outstation, ms kita free dia pulak xde. Sapa nak tlg jagakan komando junior 2org tu? Kalau dia ada at least sorang 1 jaga baru adil. Maybe tgu anak2 besar sikitla kalau nak pegi berjalan ke luar negara pun.
I ada jugaklah buat persediaan menghadiri sesi temuduga ni. Print out info serba sikit pasal Korea, mana tau kot2 diorg tanya nt. So pg td dgn semangat waja i keluar rumah b4 7am, hantar anak2 ke Alam Ria then terus ke JPA. Hujan gerimis ms tu. Dpt je parking terus ke bangunan C7, menuju Dewan Temuduga. Last i dtg sini Oktober 2006, ms tu mengandung Fira 8 bulan, menghadiri temuduga PTD. Alhamdulillah rezeki anak, i dpt jawatan ni :) So sampai2 je sana td, dh ada 4 calon menanti. Bg salam tanya khabar then msg2 kuar notes. Yo-yo-ow je hehehe. Pas 10 minit notes ke mana, apa ke mana mulalah bersembang. I ingatkan sampai awal dapatla masuk awal sebab i ada metg kul 9. Tp sesi temuduga mula dlm 9.30am, ada 6 bilik dan sekali masuk 4 org calon. Maknanya sekali sesi tu 24 calonla lebih kurang. Jimat masa, jimat tenaga. Kitorg difahamkan ada 240 calon terpilih menghadiri temuduga, so ada 3 hari diperuntukkan. Nak pilih hanya 20 orang, 18 kakitangan sokongan dan 2 org je Pengurusan & Profesional. Aduhai, ramai giler??

Alang2 dah sampai xkan nak patah balik kan? So i punye turn dlm pukul 10.30am, masuk dgn 4 lg calon lain – Tn Affendy PDRM, Pn Ritz dr KPDNKK, Mr Lim (x ingat dari mana) n sorang lg En Firdaus dari Sarawak. Panel temuduga 2 org wanita, i rasa gred diorg 48 je sebab nampak muda belia sgt. Mula2 kenalkan diri then perbualan bertukar dlm BI pulak sebab P & P dipilih ke sana sbg ketua kpd kakitangan sokongan nt. So diorg nak tgk sejauh mana kemampuan kita berbahasa Inggeris. Antara soalan2 yg ditanya:

1. Apakah usaha yang boleh kita lakukan sebagai belia Malaysia untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara antarabangsa seperti bahasa Jepun, Cina, Jerman dan Perancis?
2. Mengapa ingin ke Korea?
3. Apakah yang ingin dibawa pulang dari Korea?

Selain tu, kena buat persembahan 15minit depan panel ni, konon2 diorg org Korea yg xtau apa2 pasal Malaysia. Drpd hasil perbincangan kumpulan, kitorg buat fashion show pakaian tradisional Malaysia – ada pakai songket, baju Melayu, baju kurung, baju Tiongsam n baju tradisional org Iban. Lepastu kitorg menari joget sambil diiringi lagu Cindai yg dinyanyikan secara acapella. Sapa yg jadik cikgu tarian xsampai 5minit n nyanyi sukati je lagu Cindai tu dpn kawan2 yg lain? Yours truly! Hahahaha. Sebijik persembahan solo i depan Zizi Zulkiflee ms audition teater CT Zubaidah dulu!! Terpaksalah buang rasa malu n segan, perform je depan2 hikhikhik. Lepas persembahan 3org dpt pujian including yours truly, Alhamdulillah. So kita nantikan aje keputusannya nanti k w/pun in my opinion chances r very slim. Tp at least dah ada pengalaman temuduga macam ni :)

Mar 24, 2011

Jom Renang!

Insya-Allah Isnin depan Family Pn Aireen consists of Ina, Maria Mariana, Exi, Fira n me akan mula kelas berenang dengan Ben, the trainer. I pernah masuk kelas dulu dgn Anie n Nick back in 2005. Bersemangat beli swimming suit, cap n goggle bagai. Siap my sista hadiahkan swimming suit baru ms birthday i thn tu. Sempatlah belajar 3 modul. I tererlah jugak floating n kuak dada. Sampai 1 masa, i dipinang org so kelas terpaksa tinggalkan. Hubby pernah gak ajar tp geli ah hahahahaha :P

Ben yg tgh2 tu

I dh check jadual tadi. Kelas i Isnin dan Jumaat 5.45 - 6.45ptg. Utk maklumat lanjut klik sini - http://jomrenang.com

Feb 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Jan 11, 2011

The Big C

Lepas bfast last Saturday we went to Desa Sri Hartamas 4 Coach window shopping (memangpun, i cuma nak compare price je). I dpt invitation last week so i tag skali kengkawan peminat jenama sama so dat boleh serbu ramai2. Kalau xbeli cuci mata pun xpe. Kitorg sampai tepat 1pm (dlm invite kata sale starts at 1pm – 9pm), tp i tgk byk gak dh habis. Organizer letak handbag tu sume dalam pigeon hole je? Aduhai macam jual kt kedai buku je lagaknya. I mencari sebuah tote bag besar, dh tgk siap2 dlm blog harga berapa n nak compare pricelah kalau ada yg berkenan. Tp hampa tote bag yg i carik xde tp i ternampak large wristlet mcm yg i baru beli. Tgk harga dia RM400. Weeee, yg i beli tu RM319. Berbaloi x? :)

Moral of d story is, beli online jelah. Authentic pun yea, yg lebih penting lebih murah dr pasaran Malaysia. I msh mencari tote bag tu, nak bawak berjln ke seberang lautan bln 7 ni :)


Nilah the C yg berharga RM400. Sama kan dgn i punye yg Tiffany Blue which i bought at RM319 :)

Jan 1, 2011

The beginning of a new chapter

Renungan utk mulakan 2011:
1. Di mana kita berdiri tidak penting, yg penting ke mana kita akan melangkah?
2. Siapa diri kita sekarang tidak penting, yg penting kita mau menjadi siapa dgn peribadi yg bagaimana?
3. Siapa org tua kita tidak penting, yg penting kita mau menjadi anak yg bagaimana?
4. Masa lalu tidak penting, yg penting hari ini dan esok
5. Bagaimana org memandang kita tidak penting, yg penting bagaimana kita memandang org, dan bagaimana kita memandang diri kita sendiri?
6. Berapa besar kepercayaan org ditentukan oleh berapa besar kejujuran dan kredibiliti kita?
7. Buah yg bagaimana yg akan kita petik ditentukan oleh bagaimana kita menanamnya?
8. Bagaimana sekarang kita memproses itulah yg akan menetukan hasil akhirnya
9. Jgn kita mengharapkan org lain atau pasangan kita utk berubah, jika kita sendiri belum mau berubah
10. Sukses tidak selalu diukur dgn harta/populariti. Sukses juga diukur melalui kesihatan mental. Maka buang sikap iri, sombong, serakah, benci, menganggap remeh org lain dsb

Ada 3 hal dlm hidup yg x mungkin kembali:
1. Waktu
2. Kenangan
3. Kesempatan

Ada 3 hal yg dapat menghancurkan hidup seseorang:
1. Keegoan
2. Mempersendakan org
3. Mempermainkan perasaan org

Ada 3 hal yg tidak boleh hilang:
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Semangat

Ada 3 hal yg paling berharga:
1. Kasih sayang
2. Keluarga
3. Teman

Ada 3 hal dlm dunia yg tidak pernah pasti:
1. Kekayaan
2. Hidup
3. Mimpi

Ada 3 hal yg membuat kita sukses:
1. Kerja keras
2. Kemahuan
3. Fokus

N3 ini kiriman seorang rakan baik melalui BBM. Jadi mari sama2 renungkan dan selamat beramal :)

Dec 1, 2010

Juara Keluarga

I nak share cerita tntg Bengkel Kemahiran Sosial: Juara Keluarga anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) yg i pergi pertengahan bln 11 haritu. Sgt enjoy bengkel tu, tambah2 lg penceramahnye pensyarah yg sgt2 berpengalaman, Prof Madya Dr Shatar Sabran dr UPM. Sampai sakit2 perut kitorg gelak2 dgr dia berceramah. Ada tu gelak sampai mengalir air mata xtahan dgr kelucuan dia bercerita, penuh gaya, penuh pesona. Maveles, maveles :) Pengisian bengkel 1 hari tu sgt memberi kesan dlm hidup i, syukur sgt2. Tajuk modul yg Dr tu sampaikan ada 2, Sentuhan Ibu Bapa dan Keibubapaan Anak Remaja.

Antara perkara2 yg i masih igt sampai skang n insya-Allah sampai bila2:

1. Doa seorang ibu itu tiada hijab antara dia dgn Allah, maknanya sgt senang utk dimakbulkan cos ia tiada roadblock / traffic lite. Terus sampai kpd yg Maha Berkuasa. Wah... betapa besarnya "kuasa" seorang ibunda? Alhamdulillah i jd "org" pun berkat doa ibunda :)

2. Dosa isteri n anak2 selagi belum bersuami, si suami/bapa yg tanggung. Pahala suami, isteri dapat. Tp kalau suami buat doa, sendiri mau ingat. Takde sapa yg tanggung kecuali empunye diri. (Waaa... suka2!! so beringatlah ye para suami sekalian. Besar tanggungjawab ni).

3. Pasangan yg ingin berkahwin perlu (sgt perlu & penting) mendapatkan restu kedua ibu bapa. Restu ibu bapa menentukan kebahagiaan r/tangga. 99.9% perkahwinan yg tidak mendapat restu menghadapi masalah. Jgn pk seronok je n so called cinta sgt2. Dh terkena nt baru tau akibatnya.

4. Jgn marah anak2 kalau kita penat. Diorg xmintak pun kita keje mcm yg kita keje skarang (xde kena mengena dlm hidup diorg ok). Ni ingatan penting utk diri i especially.

5. Nak kejut anak bangun pagi kena lemah lembut, jgn jerit pekik (pun ingatan utk diri sendiri). Lg best kalau sblm ketuk bilik anak tu baca surat Al-Fatihah, insya-Allah senang anak nak bangun pg.

6. Majalah2 yg tidak memberi ilmu spt Mangga ke URTV ke Mastika ke xperlu baca. Tu semua menyempitkan fikiran. Byk gambar2 dedah sana dedah sini je, input zero. (Dulu i baca jugak n ada 1 time pelanggan setia but now no more).

7. Kena bekerjasama dlm hal2 r/tangga antara suami isteri. Perlu saling bertolak ansur dan berbincang kalau ada apa2 yg xpuas hati. Setuju!! Jgn terus terjah suami/isteri ms baru balik keje, memang cari nahasla kan. Lepas hidangkan air n picit2 sket barulah cerita hehe.

Ada byk lg sebenarnya ilmu yg Dr tu bg. Insya-Allah kalau ada lg bengkel mcm ni i nak pergi lg.

Nov 21, 2010

Enrolment 2011

Yuran utk 2 beradik ni. Hubby dh bayar 1k, balance bayar b4 15 dec 2010. Yuran masuk UiTM pun xriban2 :P

Anak beranak Ultraman sume ada jd hiasan kt depan bilik pejabat

Kaunter masuk tadika

Pintu masuk tadika

Bakal bersekolah di sini thn depan :)

Lepas siap kemas umah smlm, dlm jam 12 t/hari kitorg ke Tadika Ilham Putra, Presint 9 nk buat site visit n bayar booking 4 enrolment 2011. Jumaat lepas kt ofc i dh berFB dgn owner tadika tu tny pasal availability n fees so dia ajak jupe utk tgk tmpt b4 buat bayaran. Tadika ni berupa sebuah banglo 2 tgkt yg dh diubah suai, sgt strategik lokasinya. Dlm 10 minit jugak dr umah i nk ke sini. Bukan xnak continue school sekarang tp playschool sampai umur 4thn je. Nx year kakak dh 5thn so kena carik proper school utk dia. I terasa mcm masuk boarding school pulak smlm, ada mcm2 bilik yg dikhaskan mengikut usia kanak2.

Antara sebab i pilih tadika tu ialah:
1. Suasana pembelajaran yg cosy, stp kelas hanya ada 15 kanak2 shj, drpd usia baby sampailah 6thn, so that tumpuan khusus dpt diberikan.
2. Modul pembelajaran mengikut sukatan MOE.
3. Tadika berdaftar dgn JKM (sgt penting!!)
4. Hiasan dalaman sgt memikat. Dr luar pun nampak bersih & x messy.
5. Layanan pengurusan yg mesra :)
6. Kebersihan sentiasa dititikberatkan. Stp sudut ada hand sanitizer. Stp Jumaat pekerja akan mop seluruh bilik darjah n basuh toilet. Monday morning akan bentang balik puzzle yg jd alas bilik darjah diorg tu.
8. Tadika ni dipantau oleh CCTV. Keselamatan pelajar sgt diberikan perhatian.
9. Yuran berpatutan (gulp!), sesuai dgn servis yg ditawarkan. Maybe mahal sikit utk sesetengah org, yg penting ini permulaan ms depan anak2 yg cemerlang :)
10. Lokasi pun xberapa jauh dr rumah n pejabat i.

So nx year kakak n adik akan jadi pelajar baru di sini. Selamat belajar sayang :)

p/s: Teringat Tadika Manja, tadika i ms umur 4 & 6 thn. Pengetuanya Mdm Ma sgt cantik n peramah. Cikgu kelas i, Pn Jamaliah pun sgt baik :)