CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

May 31, 2011

Passport SA





Syafira Adlyna dan Syafrel Amzar dah ada passport antarabangsa sekarang. I cuti semalam renewing my passport n buat passport anak2. My mum pun renew passport dia yg nak expire lg 6bln. So we all ke JIM Tmn Sri Rampai. Punyelah sesak. Cuti sekolah katakan. Org beratur sampai ke luar. Elok je dh sampai turn i, pegawai tu kata xboleh guna mykid pulak, nak ori birth certs. Alamak, dlm website xpulak kata kena bawak ori birth certs? So lepas setel urusan my mum, kitorg balik Putrajaya, beli nasik bungkus then singgah solat n amik dokumen berkaitan. Terus ke Presint 15 Pejabat Passport Putrajaya. Sangatlah cosy tempat tu, lancar segala urusan Alhamdulillah. 5.30ptg kitorg dh sampai Setiawangsa semula. Untung anak2 zaman sekarang kecik2 dah ada passport. I dulu 22 thn baru buat nak ikut Dato' CT p Spore. Ok, lepasni kita p bercuti pulak :)

Kung Fu Panda 2

Yihaaaa, best sesangat!!! Cute n lawak giler si PO tu. Hubby balik nanti nak tgk lagi :)

Credit to google

Happy Shopping

I berkenan yg ni tp...
end up beli yg ni :)


Ahad lepas keluar dgn my bff to Pavillion. Last pegi sana 2thn lepas, ms Airel 8bln, now Airel dhn 2thn 4bln. Mak ai, lama giler? Kalau pegi Pavi harusla bershopping kan? Tp shopping ikut kemampuanlah. I nak cari new sunglasess n perfume hubby. Sian hubby kata perfume dh habis. Bff nak cari document bag so called beg keje so oklah after Asar we went off. Memula haruslah menuju ke kereta kuda, membelek apa yg in and out plus membanding2kan harga. Sunglasses xde yg berkenan sebab labelnya kecik sgt, plus xkena dgn struktur muka. Mine yg lama dh bg my mum ms nak p umrah haritu. Naik pulak tingkat atas, wah mata tertancap ke sepasang kasut yg menjadi idaman sejak sekian lama, cuba2, carik saiz, YES, terus bayar sambil kejam mata. I penah pesan kt hubby ms dia pegi Paris dulu tp dia xsempat menyopping. Akhirnya dpt jugak kt sini, senyum sampai telingalah jawabnya. Bff pun kata cantek. Biar jelah dulu, sayang pulak nak pakai hihihi (perangai macam budak2). Ah nasib ah, kasut aku. Kau ada? Then jln2 lg, singgah Longchamp pulak. I berkenan kt small long handle Le Pliage kaler merah, memang menancap dr jauh tp dlm kepala pikir, karang Kakak ngan Adik memapanhitamkan LC itu, mau menangis xberlagu huhuhu so jalan selamat beli kaler hitam. Mlm tu jugak melaram menonton wayang :)

Then menuju ke Charles & Keith, wah not badlah beg n kasut2 dia. Bff beli 2 bag, i sambar 1 feminin backpack kaler grey. Senyum lg. Masuk Parkson pulak, konon nak redeem voucher i dpt semalamnya ms beli Clinique @ KLCC. Carik punye carik ternampak label Gyvenchy. Nampak 1 tote bag Givency hitamni macam lawa, mst kena beli perfume dia dulu baru dpt beg tu kan. So i tanya SA kt situ-

Me - Givenchy Blue ada? Dia blur. I tanya lg soalan yg sama. Dia kuarkan apa ntah then dia picit bg bau. I kata eh, ni bukan bau dia. Coffee ada? Blur lg. B4 that i dh cium bau Poison by Dior so nak make sure betul ke Givenchy Blue yg i bau tu, i mintaklah cofee. 2,3x ulang baru dia kata, oooooh coffee. Hekeleh, nak je @#% kepala dia
Me - Mcm mana nak dpt tote hitam tu?
SA - Kena beli 400 ke atas.
Me - Irresistable ada?
SA - Habis
Me - Ok, Givenchy Blue 100 ml ada x? Blur lg pastu dia tunjuk Givenchy Neo (padahal Blue tu elok je duduk sebelah Neo cuma Blue ni 50 ml, i nak 100ml). Me dh naik angin. Td u suruh i bau apa? Blue ke Neo? Dia tunjuk Neo. Eh u ni tau ke x apa i cakap ni?
SA - I baru maa...
Me - Dah tau org baru, belajarlah. Nt kalau customer tanya macam mana u nak terangkan? Xpelah, Irresistable xde, i carik tmpt lain. Geramnya SA yg xbuat homework?? 1st time jupe Chinese SA yg bimbo.

Tgh jln2, ternampak lg 1 kaunter Givenchy. Alhamdulillah dua2 perfume i nak ada. Terubat kegeraman. I suka bl hubby pakai Givenchy Blue, sampai ke ptg tahan bau dia. Hubby pulak suka i pakai Irresistable sebab? Kena tanya dia sdri hihihi. Dekat kul 9mlm baru sampai rumah. Bersiap utk menonton wayang pulak. Kalini relax sket sebab adik ipar yg drive. Hai, missing my other half sgt2. Selalu tgk berempat, kalini ber7 without him pulak.

Pregnancy Photoshoot @ Lake Garden

Kakak2 baby dagu berlapis, itu trademark hahaha :P

Kakak ngan Mummy Cute2

My baby sista n hubby. Hai nak jadik mak org dah

Superlove this 1 :)

Sabtu lepas i bawa Fira n Airel ke Lake Garden nak teman mummy diorg photoshoot sempena dh masuk 7bln ni. Hai, macam2. Kita dulu takat hubby jelah amik gambar perut memboyot dlm bilik. Tupun utk privacy viewing. La ni ada pre wed photoshootlah, bachelorette photoshootlah, wedding photoshootlah, post wedding photoshootlah, pregnancy photoshoot lg, karang delivery pulak dan sebagainya. Pokoknya kalau ada duit buat jelah utk kenang2an. I pun buat kalendar 2011 gambar family, senang membelek daily duty sambil menatap wajah yg tersayang :)

Penat gak photoshoot nih, i smpi sana 11pg, habis dekat 1ptg jugak baru sampai rumah. Photoshoot dgn budak2, mencabar kesabaran dibuatnya. Dahla tgh panas Adik nak mintak dukung sepanjang jln. Kalau Ayah dia ada i lepas tgn je, ni Ayah xde, Adik manja terlebih pulak. Macam bawak backpack isik pasir basah 10kg, memikul dekat 1km berjln ke kereta. Hadoi berketul2 tgn Ummi dibuatnya :P

Hasilnya sgt wallah, santek!! Gambar2 ni credit to faridism photography. Farid, nt akak appoint awak amik gambar family utk raya ya :)

Remi Ishak in Nur Kasih The Movie




Kakak n Adik posing di TGV Wangsa Walk

Smlm baru dpt tgk NKTM dgn Ma, sista, Fira n Airel. In my personal point of view cerita ni "macam xcukup rasa". Reason being:
1. Dr 1 bab ke 1 bab xpuas tgk, macam sume benda nak masukkan, baru nak feeling2 dh tukar ke bab lain.
2. Ada gaklah part yg sedih, hanya yg telah merasai kehilangan baru kita faham perasaan tu macam mana? Tang tu memang i terus teringat kat arwah Ayah, menusuk sampai ke ulu hati. Pada yg belum rasa bole kata sedih "biasa2" aje.
3. Xsuka ending bila RI mati duduk, macam xde cara lain pulak nak mati? Memangla mati tu pasti, walau dlm keadaan duduk ke berdiri. Even tgh berdoa depan Kaabah rumah Allah tupun kita bole mati. Arwah my fren yg tgh bersanding pun bole mati. Tu sume keje Allah. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut Dia yg tentukan. My frens yg masih bujang jgn putus harapan ok, pasangan msg2 Allah dh tentukan sejak di Loh Mahfuz lg. So usaha dan tawakal insya-Allah Dia tunjukkan jalan :)

Overall bg 5/10 je w/pun lakonan Remy Ishak, Tiz n Fizz memang mantap! Lakonan Shafie Naswip pulak, w/pun watak tanpa dialog tp pergh, terbaiklah! Yg i plg perasan adalah kegagahperkasaan Norman Hakim, watak Elias bila besar, boleh? Hahaha, w/pun dia appear cuma sekentut tp meninggalkan kesan :P Kpd peminat NKTM pergila tgk sendiri, jgn jadikan komen i ni sbg penghalang.

May 28, 2011

Facebook NKRA Mengurangkan Jenayah

Facebook NKRA Mengurangkan Jenayah was set up on 25 May 2011. Pls LIKE the page if you are interested to be informed of its achievement, which is lead by the Ministry of Home Affairs.

Click here:

http://www.facebook.com/pages/NKRA-Mengurangkan-Jenayah/147205325351815

and LIKE the page. TQ for all the support :)

May 23, 2011

Sehari Di Hujung Minggu

Adik backup Kakak lagu Pakai Buang

Kakak memang suka lagu Alya ni, Tak Mungkin Kerana Sayang

Gaya kakak :)

Hubby layan lagu Bunga Angkasa, lagu khas utk yours truly :P

Sabtu, 21 Mei 2011 (birthday my bff) lepas Maghrib we all ke GSC Alamanda, berangan nak walk in catch up Pirates of the Carribean show kul 9.30pm. Sampai sana 8.30pm, semua tiket sold out so berkejaran pulak ke The Mines. Show 11.25pm tinggal 2nd row and most frontier seat dr screen. So beli jelah 2nd row seat tu. Then dinner KFC. Tgk jam baru 10.15 mlm. Haiye, ada lg sejam lebih ni, apa nak buat? Ok carik surau solat dulu. Otw ke surau tu terpandang ada karaoke room di tgkt yg sama. So lepas solat, mengunjung pulak ke sana. Sejam RM30, 1 lagu RM2.60. Hubby beli sejam, melalakla kitorg 4beranak dlm tu. Yg plg teruja anak2lah, dpt nyanyi lagu Stacy, Pakai Buang. Bukan terer nyanyi pun, ikut2 je. Adik nyanyi Bah, Bah, Bah, Bah je hehehe. Then kul 11.15 kitorg turun ke TGV, nasib baik cinema besar, xdelah mendongak macam org ja*un, dapatlah sengetkan kaki sket n landingkan badan. Pada i, siri ke-4 ni xdelah challenging mana if compared to the previous ones. Tp memang bestlah lakonan Capt Jack Sparrow, Capt Barbossa & Capy Blackbeard tu. Lakonan Penelope Cruz pun terbaik, suka dgr accent Sepanyol dia :) Habis show 1.30pg, terus balik rumah. Lepasni tgu my mum balik umrah, nak tgk Nurkasih The Movie pulak. W/pun ada kwn2 yg dh tgk n bg review macam2, tp selagi belum tgk sendiri mst xpuas. So nantikan hujung minggu ini :)

Happy Belated Birthday Buddy!!



A very happy belated birthday to my dear friend Anie. Love u lots :) Atas tu a bouquet of flowers from pods n petals (i pengunjung setia sejak 2001 ia ditubuhkan) yg sempat i "hantar"kan ke depan umah. Hope u like it.

May 18, 2011

Puasa Ganti

Alhamdulillah, harini langsai semua hutang puasa 6hari :) Last year dah ganti 3 hari, start Isnin lepas - harini lagi 3hari. Isnin lepas my sista belanja buka KFC, smlm masak nasi+sayur bening bayam+ikan kering+cencaluk letak cili potong n bawang besar=sedap sekali :) Masak ringkas je time hubby xde ni. Ptgni cadang nak buat mi suah pulak. Kakak ngan Adik mst suka makan mi suah n telur burung puyuh. Balik karang cuma singgah kedai cari udang je n icecream jugak (biasalah time2 puasa ni macam2 teringin nak makan hehehe). Xsabar tgu my mum balik umrah, nak makan besar kt Istana Bambu :)

May 14, 2011

Sijil Kepujian 2010







Sijil kepujian adalah utk 2nd tier bg mana2 warga K*N yg xdpt Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Menambah koleksi Sijil Kepujian i, 9 Mei 2011 haritu patutnya i terima Sijil Kepujian Tahun 2010 drpd KSU tp disebabkan senggugut i minta tlg PA bos informed urus setia i xdapat hadir. 2 hari lepas majlis tu, baru dapat sijil tu. Alhamdulillah i dapat Sijil Kepujian Tahun 2007, 2008 dan 2010. Tahun 2009 i dpt APC. Ni sume hasil kerja keras dgn dibantu oleh bosses / rakan seperjuangan / kakitangan sokongan. Bodek2 xmain. Kalau kita keje dgn ikhlas, ganjaran tu dtg melalui pelbagai cara. Tq all for the support. Thn ni i nak tarik diri (amboi ingat kau tu Dato’ CT ke nak tarik diri drpd bertanding ABPBH? Hahaha) Padahal ni bukan pertandingan, kriteria pemilihan penerima adalah berdasarkan markah LNPT yang bos kita isi stp hujung thn. Sepjg keje di sini Alhamdulillah bosses i sume tip top. Semakin semangat nak buat keje pasni :)

Senggugut

Ni memang penyakit bulanan golongan wanita. I start dpt sakit ni ms bln 7 form 1 (1992 dulu). Eversince that tiap2 bulanlah menahan kesakitan yg x terperi. Plg heavy hari ke-3. Masuk hari ke-4 hinggalah habis 10 hari baru ok. Sampai kena tekap perut dgn iron panas, tp alaslah dgn towel. Kalau x, adalah simbol iron atas perut i tu hehehe. Ubat plg mujarab kalau senggugut ialah TIDO! Plg xsuka kalau ada event / program yg i kena hadir time Ms P tu datang, muncung mst panjang sedepa sambil keluar masuk toilet. Botol coke n pain killerlah peneman setia. Ada sekali tu i ikut Dato’ CT ke Langkawi, Majlis Pelancaran Program IT Utk Pelajar Sekolah Anjuran Yayasan Nurul Yaqeen. Masatu memang hari ke-3 Ms P datang. Adoilah, mana nak layan kerenah YB Men3, nak layan kerenah diri sdri lg? Time PC pun i xde, memerap dlm toilet. Nasib baik mood Men3 ok haritu, xdelah stress i bertambah.

Kalau xde program i akan minta kebenaran tdo kejap dlm bilik pastu bl dh ok baru sambung keje. My mum kata diapun dulu senggugut teruk, tp lepas kahwin terus baik. Erk? Lepas kahwin i still mengalami senggugut tp x seteruk zaman anak daralah. Even i pernah “cabar” hubby kata kalau dia terer, lepas kahwin i nak terus pregnant so that Ms P xdtg. Bl Ms P xdtg, of course senggugut pun xde. I nikah 4/2/2006 jam 10 pg. Lebih kurang 12 t/hari sebelum bersanding Ms P pun dtg menjenguk. Lepas 10 hari tempoh “bertenang” baru we all honeymoon.

Bulan depannya i masih rasa cam sakit perut seolah2 Ms P nak dtg tp apasal xdtg2 nih? My mum kata ada benda nak melekat kot? Eh, mustahil! Org kata kalau senggugut kita teruk, kita susah nak pregnant. So ptg tu i chx sdri, positif. Hubby dh teruja w/pun muka pucat lesi cam xpercaya? Dan2 tu jugak p klinik chx. Dr kata tahniah, dh 3 minggu. Alhamdulillah dengan Kuasa Allah Taala, i bunting pelamin. My mumlah yg plg teruja, cucu sulunglah katakan hehehe. Tu yg i plg suka kalau pregnant, xde senggugut. Puasa pun penuh sebulan :)

Minggu lepas senggugut teruk dtg balik, siap pakej muntah2 lg. Ingat nak p klinik amik MC tp xlarat. Penyudahnya i rehat je kat umah. Esoknya dtg ofc baru apply cuti via HRMIS.

Fast 5

Sabtu 7 Mei 2011, jadual padat. Tengah hari menghadiri jemputan majlis perkahwinan ala2 wedding of the year – x pernah bayangkan betapa vass nye majlis sebegitu. Bertuah jiran i Hajar. Keluarga mentua kaya raya n down to earth pulak tu. Semoga kekayaan itu diberkati dan seisi keluarga sejahtera di dunia dan akhirat. Mlm hubby belanja dinner pra Mother’s Day di Ayam Penyet Wangsa Walk. Then menonton Fast 5 pulak. I x pernah missed siri The Fast n The Furious ni. Tahun berganti, boyfriend pun berganti sampailah dah bersuami n beranak pinak. Kalau keluar je kt wayang mst teruja nak tgk. Sgt terpesona tgk kereta2 sport yg laju n cun abis tu!

I booked tiket seawal hari Rabu lg, w/pun cadang nak menonton hari Sabtu. Pilih couple seat belah plg belakang tepi, sebab sure kena bawak Airel pegi sekali w/pun filem tu rated 18 SG. Daripada dia melalak kt umah Opah, baiklah bawak sekali. So far so good. Airel xpernah meragam kalau ajak p tgk wayang, either duduk makan popcorn or tdo je. Plg teruja siri Fast 5 kalini ialah kebijaksanaan team Dominic tukarkan peti besi yg penuh duit berjuta tu sambil drift atas j/raya. Pergh kecut perut mak! Penempatan setinggan tu macam dalam cite kartun Rio, terer ah scene tembak menembak di celah2 rumah yg rapat2 tersusun. Lg 1 tarikan is The Rock. Mak ai tough betul, berketul2 hehehe. Lepasni nak tgk Nur Kasih The Movie, Pirates of the Carribean and Kung Fu Panda pulak.

Kad Selamat Hari Ibu

Kandungan kad

Cover kad

Agak terlewat sebenarnya nak post n3 tentang Hari Ibu ni but better late than never rite? Ptg Jumaat 6 Mei 2011 @ Alam Ria Kids, masuk2 je kereta Fira terus tunjuk kad ucapan Selamat Hari Ibu yg dia warnakan kt tadika. Teacher dah siapkan template siap2, ada gambar seorg ibu pegang tangan budak pompuan n budak lelaki so dia cakapla – Happy Mother’s Day Ummi. Yg tgh2 ni Ummi, yg ni Kakak, yg tu Adik. Alahai, terharu jugaklah sekejap dpt kad drpd seorang anak. Walapun mungkin dia hanya “ikut” je apa yg teacher dia suruh buat but this is a platform how we educate the children to cherish their moms. Sayang anak2 ummi :)

Tgh malam 8 Mei 2011, me n my sista menyambut Hari Ibu secara sederhana – potong kek Choc Indulgence by Secret Recipe n bg sekuntum carnation utk our Ami / Ma / Ibu. TQ 4 everything Ma, love u more than everything. Bl dah jadi ibu baru kita tau kepayahan mengharung onak dan duri membesar dan mendidik anak2. Dahlah I ni anak yg plg degil. Harap2 Fira n Airel mewarisi hanya yg terbaik shj (doa byk2, Amin). Happy Mother’s Day to Mak jugak, Hjh Raonah binti Hj Omar ibu mentuaku. Tq kerana sudi menerima diri ini menjadi menantu drp sekalian wanita di luar sana. Wah, ramai x ramailah calon menantu dia hehehe. Terharu jugak bl dia kata tq sebab menjadi ibu utk cucu2 dia :)

Happy Mother's Day Ma, u're the best!!

Choc Indulgence

May 12, 2011

Tetamu Allah







I'm at KLIA sending off my mum to makkah 4 umrah. We were supposed to go together in 2005. I got a complimentary umrah trip from the company and decided to bring her along with me. Unfortunately something happened and the plan had to be postponed. Quite upset but He however turned the sorrow to happiness when out of blue my brother proposed her gf and we were bz preparing for the 1st time engagement ceremony in the family in that particular year weeee ;) Insya-Allah I planned to perform umrah next year ;)

May 10, 2011

Happy Birthday Buddy!!



Happy birthday to u, happy birthday to u, happy birthday to hasina terebuzzu, happy birthday to u :) thanx menjadi teman suka duka sejak balik DPA w/pun ms memula dulu aku tgk ko dgn pandangan-menyampah-sebab-rasa-ko-ni-berlagak-cam-bagus. wah gitu!! tulah xkenal maka xcinta kan? :P tu virtual birthday cum wedding cake sekali sebab doa aku utk ko - semoga bertemu apa yg dicari, AMIN!!!

May 6, 2011

NO-rth Korea

No Kad Pengenalan: xxxxxx-08-xxxx
Nama Penuh: AIREEN BINTI AHMAD SHAHUDDIN
Status: TIDAK BERJAYA

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas minat tuan/puan untuk memohon Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea Tahun 2011.

Walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya. Namun begitu, tuan/puan boleh memohon di tahun hadapan jika masih berminat dengan memenuhi syarat iklan yang ditetapkan.

Sekian.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Menerima dgn hati yang terbuka. Belum ada rezeki. Gagal sekali tidak bermakna kita gagal kali ke-2 :)
p/s: Ni alasan kukuh utk pergi sendiri, kononnya :P

May 5, 2011

Roti Kahwin

Otw balik dr Ipoh ke KL Sabtu lepas, kitorg sempatlah singgah Tg Malim, hubby nak pekena mi hainan n pau yg terkenal kt Tg Malim tu. Since perut dh kenyang makan pisang goreng, i order roti kahwin je. Sedap u olls!! x ingat pulak nama kedai dia apa? Tp memang happeninglah situ, byk jugak artikel tntg kedai tu masuk paper. Cuma kebersihan kureng sket. Kedai dia tepi jln, so dgn habuklah sampahlah merata2. Kejam mata jelah menikmati makanannya yg lazat2 tu.

Rahsia Bukak Ha

Selasa pg sblm balik KL, singgah rumah my nanny @ Kg Baru Peserai. Dapatlah lepaskan rindu, sejak dia keluar hospital bln 2 haritu, baru ni dpt jenguk dia. Borak punye borak terkeluarlah cerita yg menggelikan hati. Nak gelak guling2 pun ada jugak. Kononnya nak berahsia sgt, rupa2nya nanny yg pecah rahsia hahahahaha. Betullah janji Allah, doa org yg teraniaya cepat je Dia makbulkan. Sampai Setiawangsa sambung gelak lg kehkehkeh

Aqiqah Si Kembar

Adik pakai jubah Arab n kopiah Abah Tok belikan kat Mekah. Tetap nak menempel Moo dia

Anak Ayah

Anak Ummi

Sabtu dlm 10mlm kami sampai Bt Pahat. Ahad malam ada majlis aqiqah anak buah hubby belah lelaki, si kembar Ameen Haziq n Ameena Haziqah. Bukan senang u olls nak dapat kembar sepasang. Ramai anggota keluarga berkumpul, gegak gempita Kg Laut dibuatnya :) Gambar kembar xde, xsempat snap pun, org ramai berkerumun. Ei tp geram betullah tgk paha msg2, berketak2 hehehe

Azzah weds Zulhusni

Pelamin nan indah :)

Me n sista mengapit pengantin baru

Cucu2 Opah. Aisy n Aleya ar not in the picture

1 happy family. Tgk gelagat cucu sulung Opah yg meragam.
* Pix credit to my cousin Salwa. TQ beb :)

N3 bulan Mei dimulakan dgn kunjungan ke Ipoh tanah tumpahnya darahku, di sini aku dilahirkan dan dibesarkan (w/pun pindah randah tp tetap Ipoh di hati. Sebab? arwah ayah dikebumikan di sini, begitu juga arwah opah yg pandai masak n arwah atuk yg xpernah jupe. Dia meninggal waktu ayah darjah 3). Jenuh i mencarik hotel nak stay in 4 1 nite tp sume hotel fully booked. Dari Tambun Inn sampailah ke Impiana Casuarina Hotel. Mak ai, ada apa eh kt Ipoh masa tu? Last2 hubby dapat booking VIP Room kt TUDM Officer's Mess. Hanya bayar RM20, segala kemudahan tersedia, kecuali tv je xde. Terdengar Fira mengomel, "boringlah adik, xde tv." Adik pun keng keng je :P Double bed ada 1, single bed siap tilam tarik belah bawah ada 2. So anak2 sorang 1 katil, ummi ngan ayah sekatilan ngehngehngeh

Esoknya lepas siap2 kitorg ke Kompleks Silveritage menghadiri majlis perkahwinan sepupu yg cantik jelita, Azzah. Makan2, sembang2 ngan family members yg lain n last but not least of coslah gambaran!!! Cucu2 Opah Fuziah memang havoc, macam majlis kawen mami diorg pulak. Ni Mami Azzah punye turnlah hehehe. Selamat Pengantin Baru dear, semoga bahagia hingga ke syurga :)

Otw balik KL, singgah Kg Kepayang ziarah kubur arwah ayah, opah n atuk. Mizz u so much!! Then singgah Tmn Lapangan Terbang pulak, beli pisang goreng tersedap i penah rasa :)