CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label ~Movies~. Show all posts
Showing posts with label ~Movies~. Show all posts

May 31, 2011

Kung Fu Panda 2

Yihaaaa, best sesangat!!! Cute n lawak giler si PO tu. Hubby balik nanti nak tgk lagi :)

Credit to google

Remi Ishak in Nur Kasih The Movie




Kakak n Adik posing di TGV Wangsa Walk

Smlm baru dpt tgk NKTM dgn Ma, sista, Fira n Airel. In my personal point of view cerita ni "macam xcukup rasa". Reason being:
1. Dr 1 bab ke 1 bab xpuas tgk, macam sume benda nak masukkan, baru nak feeling2 dh tukar ke bab lain.
2. Ada gaklah part yg sedih, hanya yg telah merasai kehilangan baru kita faham perasaan tu macam mana? Tang tu memang i terus teringat kat arwah Ayah, menusuk sampai ke ulu hati. Pada yg belum rasa bole kata sedih "biasa2" aje.
3. Xsuka ending bila RI mati duduk, macam xde cara lain pulak nak mati? Memangla mati tu pasti, walau dlm keadaan duduk ke berdiri. Even tgh berdoa depan Kaabah rumah Allah tupun kita bole mati. Arwah my fren yg tgh bersanding pun bole mati. Tu sume keje Allah. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut Dia yg tentukan. My frens yg masih bujang jgn putus harapan ok, pasangan msg2 Allah dh tentukan sejak di Loh Mahfuz lg. So usaha dan tawakal insya-Allah Dia tunjukkan jalan :)

Overall bg 5/10 je w/pun lakonan Remy Ishak, Tiz n Fizz memang mantap! Lakonan Shafie Naswip pulak, w/pun watak tanpa dialog tp pergh, terbaiklah! Yg i plg perasan adalah kegagahperkasaan Norman Hakim, watak Elias bila besar, boleh? Hahaha, w/pun dia appear cuma sekentut tp meninggalkan kesan :P Kpd peminat NKTM pergila tgk sendiri, jgn jadikan komen i ni sbg penghalang.

May 23, 2011

Sehari Di Hujung Minggu

Adik backup Kakak lagu Pakai Buang

Kakak memang suka lagu Alya ni, Tak Mungkin Kerana Sayang

Gaya kakak :)

Hubby layan lagu Bunga Angkasa, lagu khas utk yours truly :P

Sabtu, 21 Mei 2011 (birthday my bff) lepas Maghrib we all ke GSC Alamanda, berangan nak walk in catch up Pirates of the Carribean show kul 9.30pm. Sampai sana 8.30pm, semua tiket sold out so berkejaran pulak ke The Mines. Show 11.25pm tinggal 2nd row and most frontier seat dr screen. So beli jelah 2nd row seat tu. Then dinner KFC. Tgk jam baru 10.15 mlm. Haiye, ada lg sejam lebih ni, apa nak buat? Ok carik surau solat dulu. Otw ke surau tu terpandang ada karaoke room di tgkt yg sama. So lepas solat, mengunjung pulak ke sana. Sejam RM30, 1 lagu RM2.60. Hubby beli sejam, melalakla kitorg 4beranak dlm tu. Yg plg teruja anak2lah, dpt nyanyi lagu Stacy, Pakai Buang. Bukan terer nyanyi pun, ikut2 je. Adik nyanyi Bah, Bah, Bah, Bah je hehehe. Then kul 11.15 kitorg turun ke TGV, nasib baik cinema besar, xdelah mendongak macam org ja*un, dapatlah sengetkan kaki sket n landingkan badan. Pada i, siri ke-4 ni xdelah challenging mana if compared to the previous ones. Tp memang bestlah lakonan Capt Jack Sparrow, Capt Barbossa & Capy Blackbeard tu. Lakonan Penelope Cruz pun terbaik, suka dgr accent Sepanyol dia :) Habis show 1.30pg, terus balik rumah. Lepasni tgu my mum balik umrah, nak tgk Nurkasih The Movie pulak. W/pun ada kwn2 yg dh tgk n bg review macam2, tp selagi belum tgk sendiri mst xpuas. So nantikan hujung minggu ini :)

May 14, 2011

Fast 5

Sabtu 7 Mei 2011, jadual padat. Tengah hari menghadiri jemputan majlis perkahwinan ala2 wedding of the year – x pernah bayangkan betapa vass nye majlis sebegitu. Bertuah jiran i Hajar. Keluarga mentua kaya raya n down to earth pulak tu. Semoga kekayaan itu diberkati dan seisi keluarga sejahtera di dunia dan akhirat. Mlm hubby belanja dinner pra Mother’s Day di Ayam Penyet Wangsa Walk. Then menonton Fast 5 pulak. I x pernah missed siri The Fast n The Furious ni. Tahun berganti, boyfriend pun berganti sampailah dah bersuami n beranak pinak. Kalau keluar je kt wayang mst teruja nak tgk. Sgt terpesona tgk kereta2 sport yg laju n cun abis tu!

I booked tiket seawal hari Rabu lg, w/pun cadang nak menonton hari Sabtu. Pilih couple seat belah plg belakang tepi, sebab sure kena bawak Airel pegi sekali w/pun filem tu rated 18 SG. Daripada dia melalak kt umah Opah, baiklah bawak sekali. So far so good. Airel xpernah meragam kalau ajak p tgk wayang, either duduk makan popcorn or tdo je. Plg teruja siri Fast 5 kalini ialah kebijaksanaan team Dominic tukarkan peti besi yg penuh duit berjuta tu sambil drift atas j/raya. Pergh kecut perut mak! Penempatan setinggan tu macam dalam cite kartun Rio, terer ah scene tembak menembak di celah2 rumah yg rapat2 tersusun. Lg 1 tarikan is The Rock. Mak ai tough betul, berketul2 hehehe. Lepasni nak tgk Nur Kasih The Movie, Pirates of the Carribean and Kung Fu Panda pulak.

Apr 13, 2011

Rio-H

Ptg Sabtu we all ke Berjaya Megamall menonton Rio, cite kartun burung macau biru jantan yang hampir pupus bertemu spesiesnya yang betina. Best gile cite ni, ada unsur2 Madagascar sket. Lagu2 pun ala2 Samba, kata shooting kt Brazil kan? Memang superblah! Kakak n Adik pun layan.







Apr 6, 2011

CUN beb!!

Kesempatan pulang ke rumah bonda tidakku sia2kan hehehe. Planned dgn bff sejak ptg utk menonton CUN. Show 8.20pm @ Wangsa Walk. So sedang elok lepas Magrib kuar umah. Best dah ada TGV dekat2 area Setiawangsa n Wangsa Maju ni, xpayah bersusah payah ke KLCC n bayar parking mahal. Review drpd press macam best, plus ada Remy Ishak n Maya Karin. Suka diorg berlakon berdua since teater Natrah, cam sesuwai gitu!

Elok tgh bersiap, Adik kt bawah tgh nenen (i planned xbawak dia n tinggalkan dgn my sis). Sekali baru nak turun dia dah terpacak depan pintu bilik opah panggil Mey, Mey (Ummi jadik Mey hehe). Nampak i tgh bersiap diapun menempel sekali, konon2 sembur perfumelah then mintak dokong takut kena tinggal. Ok fine dokong sampai bawah then i pakai tudung lagilah dia xmo letak. Sudahnya tukarkan baju n bawak sekali p amik bff. Seb baik CUN rated U. Kalau SX ke SG xtau cemana dik oi. Memang dia xbg Ummi enjoy sorang2, dia kena diselitkan sekali. Ke Ayah upah Adik jdik bodyguard Ummi? :P

CUN dibintangi oleh Maya Karin, Remy Ishak, Jehan Miskin, Faezah Elai, Kartina Aziz dan ramai lagi. Cun sesuai ditonton oleh semua lapisan umur. Ada beberapa pandangan i yg boleh i kongsikan tentang CUN:

Mesti tonton sebab:
1. Lakonan mantap dan bersahaja Remy Ishak, Maya Karin, Faezah Elai & Manis (budak lembam yg jadik Adik Atan lakonan Remy).
2. Lokasi memang cantik sgt, persekitaran suasana sawah padi.
3. Maya Karin gojes gile dlm filem ni - kecik molek, rambut pjg, cuma kadang2 ekspresi muka, especially tang mata tu mengingatkan kita pada lakonan dia dlm Pontianak Harum Sundal Malam. Kadang terkujat jugak bl dia jegilkan mata.
4. Filem kategori lite n ez, bolehlah nak release penat keje.
5. Sasa jugak Remy Ishak dlm ni, my mum yg jupe live kata dia kecik je? Bl nak jupe live nih? hehehehe

Yang xberapa best pasal CUN:
1. Kadang2 jeritan2 tu macam menenggelamkan dialog msg2.
2. Lakonan Ning Baizura stereotaip, ada ke celebrity yg gile glamour macam tu di dunia nyata?
3. Jalan cerita menarik tp lg sekali, ada ke artis yg nak kawen dgn org kg macam Atan tu? Bawak lori, berselut, berkubang dgn kerbau? (Memanglah namapun filem cereka, boleh direka2 je jalan cerita tp lg sekali, ada ke?)

So kpd u olls peminat filem tempatan, dipersilakan menonton CUN, rasai sendiri keseronokannya :)

Adik n Aunty Anie yg belanja tgk CUN, siap pakej dgn ice lemon tea n crunchy pop corn. TQ buddy!

Mar 15, 2011

Kamawas Raja Geruda vs Merong Raja Langkasuka

Smlm sempena cuti rehat, i ambil kesempatan menonton Hikayat Merong Mahawangsa @ Wangsa Walk. I perasan ada beberapa filem dlm 1 filem. Ada Troy (babak pertarungan n segerombolan kapal dtg menyerang perairan), ada Pirates of the Carribean (babak atas kapal) n ada jugak Gang: Pengembaraan Bermula (Upin Ipin), nak2 sarung tgn kuku tajam yg Kamawas pakai ms bertarung hehehe. Utk bukan seorg sarjana filem mcm i, memang filem ni best. Tp xboleh lah nak ulang sampai berbelas2 kali mcm tgk HKLBR :)

Plg meninggalkan kesan of cos lakonan Kemawas (Khir Rahman) yg crook giler. Ayat "kalau empangan sudah dibuka manakan dapat ditahan airnye" memang xboleh blah hahaha. Merong pun hebat. Memang sesuai watak tu dgn dia - susuk yg mascular, good looking n handal bertarung. Dato' Rahim Razali sbg Pak Kesum pun hebat. Dgr suara je pun dh terpikat. Tambah lg dgn Wan Hanafi Su yg pegang watak Taji, berguling2 jalankan jampi serapah, memang menjadik. Jehan Miskin pun not bad. Admiral China tu n Marcus pun best, selamba je bawak karakter. Ying Ying sbg dayang Pu3 China lawak n menghidupkan suasana. Lakonan Ummi Nazeera sbg Embok to me biasa je. Dia terpilih berlakon filem nipun sebab muka dia yg Melayu habis. Lagi 1 lakonan keras Pu3 Cina tu sendiri. Hadoilah. Overall, i boleh bg 2 thumbs up utk filem ini :)

Ni ulasan beautifulnara kenapa anda PERLU tengok filem ini:

1. Filem terbaik Malaysia dari segi CGI
2. Dialog yang mantap terutama bahasa kiasan dia
3. Lakonan yang mantap terutama dari Khir Rahman sebagai Kamawas
4. Filem Malaysia yang lain daripada yang lain. Bukan tipikal
5. Babak pergaduhan yang awesome. Darah berterabur sana sini
6. Stephen Rahman sangat handsome (menurut kata-kata tunang Abg Nara)
7. Lakonan Ummi Nazeera sangat awesome walaupun keluar sekejap je
8. Boleh belajar sejarah kerajaan Kedah
9. Boleh buat anda menangis kalau anda seorang wanita yang over sensitif
10. Skor muzik dia sangat best

Kenapa anda TAK perlu tengok filem ini:

1. Kalau anda expect kualiti filem ini macam filem Gladiator
2. Pertukaran babak ke babak yang dibuat macam nak tak nak
3. Watak Puteri China sangat tak pandai berlakon
4. Pelakon extra yang terlalu keding dan terlalu buncit dan tak pandai berlakon langsung
5. CGI time babak Merong guna cermin agak kelakar

Kesimpulannya, korang kena tengok sebab selain daripada dapat menyokong filem buatan tempatan, penilaian terhadap filem ini hanya boleh dilakukan selepas anda menontonnya. Nak kata best sangat tak adalah sampai terlalu best, nak kata tak best sangat tak lah terlalu tak best. So kena pergi tengok baru tau ok? Enjoy!!

Feb 13, 2011

Butterworth Day 5: 5/2/2011

Harini agendanya ialah menonton wayang. We managed to get d 4th row seat b4 d screen. Oklah, xperlu mendongak sgt mcm dulu2. GSC sekarang dh byk improvement. I plg suka popcorn dia yg sweet n crispy. Movie apa? Yogi Bear of cos. 3D lg. Best jugak movie ni tp xbole lawan Rapunzel: The Tangled Tale. Msh terbayang mimik muka c Maximus tu hehe. 4 Yogi Bear i bg 3.5 bintang out of 5. Comel gile suara Justin Timberlake yg jd Boo Boo tu :)

Then pusing2 n gambaran. Dinner @ Restoran Nelayan Pantai Robina. Unfortunately ikan xde, udang n sotong pun habis so makan jelah ala kadar.


Kakak posed kat poster besar Yogi Bear


Adik dh siap2 kunyah popcorn


Y i amik gambar kt sini? Sebabnye ni muka Nasha sblm dia punya muka sekarang :P

Dec 28, 2010

Nonton

Gambaran lepas habis wayang

Adik pun dh pandai bergaya macam Kakak

Poster HKLBR

Seperti yg dijangka, we were stranded in Setiawangsa Sabtu lepas. Opah pinjam Kakak nak p ukur baju lepas Asar, gitu gini dah nak Magrib baru balik. Masuk je waktu terus solat n bertolak ke Alamanda. Wayang pukul 8.05 u oll!! Sib baik ada MEX n jln xjem so 20 minit dh sampai Alam. Cepat2 park keta, beli popcorn n masuk dlm. Seat belakang sekali hujung belah kanan. Phew, lega cos baru je start 5 minit. Adik serta merta bangun tdo padahal dlm keta siap berdengkur lg. Best n lawak gile Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sampai skang msh teringat2 gaya Ucop yg handicap tu. Kitorg penah baik dulu cos dia penah jd Special Officer SUPOL MPWKM sekejap. Memang lawak! 2 thumbs up!! Plg best Adik xmeragam. Layan je. Nx time boleh lg nonton wayang together2 :)

Dec 2, 2010

Maximus


Rapunzel, Flynn Rider aka Eugene, Maximus n Pascal. Credit pic to Google :)

Wah, exitednye nk update pasal movie ni.. dh lama xkuar nonton dgn ibunda n adinda2 tercinta, last b4 kawen kot? Mak ai lama gle?? Since hubby is away so smlm sista beli tiket couple seat to watch Rapunzel: The Tangled Tale. Saje letak nama n3 Maximus sebab sgt lawak watak c Max, kuda perang itu hahahaha gelak sampai pecah perut. Mcm2 mimik muka dia boleh buat. Memang 5thumbs up lah!! Pascal, sesumpah yg cute tupun pun best :) I risau jugak takut Airel buat perangai, nangis n etc tp Alhamdulillah start je wayang dia pun peluk Moo, nenen n zzzz sampailah habis cerita baru dia bukak mata so dapatla i enjoy the movie. Fira duduk in between Opah n Mami Cute2, Airel baring in between me and Mami Ai Chek. Hubby kata nak bawak anak2 tgk lg after he comes back nt, yeay!! p/s: Corrie pelakon crook tupun ada smlm dgn wife dia. Xde gambar sekeluarga pun, sista xbawak pink Sony tu.

Jul 5, 2010

=zOO=

Lan Pet Pet n Lisa - main actors in =zOO=
(Pix from Google)

Fira n i went off to Alamanda at 12pm yesterday, planning to catch the Zoo film. Fira did c the trailer b4 we watched Toy Story 3 d other day.. Fira was only amazed by the elephant, so i thot that it might b interesting. We managed to catch d 12.30pm movie in Cinema 2. However, it was annoying if everytime has to hear Lan Pet Pet's yelling using his Kedah accent. Azlee n d partner (i can't even remember his fren's name) were trying very hard to b seen as funny (OMG). The only accepted character is En. Din aka Boss. Lisa Surihani wasn't that bad. D best part was, Fira asked to go home cos she was damn bored. Huh! It was different when we watched TS3. She waited until d last name of d crew appeared on d screen. For info on Zoo, pls click http://www.budiey.com/

To me, this is d 2nd dumb Malay movie after Gemerlapan (www.filemkita.com) back in 1997. I did comment about Gemerlapan to Prof Madya A. Razak Mohaideen when he was asking our comment during his media communications class in 1998. I said d film was ridiculous, the actors got no soul in it esp Lan A to Z etc etc without realizing Prof Razak was the director. HAHAHA :p but he accepted mine and admit the mess. Star: None

Jun 23, 2010

Toy Story 3

Isnin lepas i p GSC Alamanda tgk wayang dgn bff kenit i, sapa lagi kalau bukan Fira? Ms tgk LBS lg dia dh ternampak teaser TS3 tu ada terselit karakter Barbie, n dia btau nk tgk. So since hubby lum balik lg fm Kuantan, malam tu kitorg pegilah ber-2. Dh mcm org besar dh, tgk wayang nk makan popcorn hehe then tgh2 story, nk tershishilah, tepaksalah we all belari ke d other corner cos toilet yg dekat tu rosak. Seb baik sempat. Memang riuh mulut dia tny itu ini, dhlah suaranya nyaring. Luckily ada gak 4,5 parents yg bawak anak baya2 Fira dtg tgk mlm tu, anak2 diorg pun mulut riuh tanya itu ini so adalah gang hehe. Show 8mlm, dekat kul 10 baru abes. Hbs show je demand nk big apple, ngam2 je tinggal 6bijik. Sempat tanya lg tu, kalau nk beli kasut tinggi sempat x? I kata kan kedai byk dh tutup, nx timelah kita dtg lg... (Sempat plan rupanya dia, alang2 dtg Alamanda tgk wayang ngan ummi, bole demand mcm2. amboi2...) Sampai umah pas tukar baju n nenen sket, dia terus pengsan :)

Memang best TS3 ni, i bg 41/2 bintang out of 5 - cite pasal ketaatan kpd tuan, teamwork, friendship, lovey dovey ada gak sket. Pendek kata memang sesuai utk anak2 kita :)

p/s: Tq roomate 4 suggesting this movie :)

Jun 10, 2010

Lagenda Budak Setan vs Villu

~ LBS ~

Smlm i kuar ngan Fira (best buddy), around 1pm to KLCC. 1/2 jam pusing carik parking penuh so ajak Fira g Wangsa Walk, dia ikut jerk, baiknye anak ummi smlm :) Smpai terus ke TGV, beli tiket Lagenda Budak Setan kul 2.10, couple seat. Memang nk tgk dh lama, sejak kuar lg tp hubby xtgk cite Melayu, bff lak bz so Firalah mangsa peneman :P Before show makan dulu kt Hainan Heritage, Fira mintak n.lemak rendang, i makan rojak buah. Then b4 masuk dlm beli popcorn n mineral water. Punyela bising mulut dia tanya itu ini - nape muka Ayu dulu lain, skang lain? Nape rambut Kasyah kejap bertocang kejap kembang? hehe org belah kiri asyik pandang2 je. Nasiblah :P

Overall i bg 3 bintang je out of 5. Reasons being -
  • watak Emylia sgt lemah, cam nak x nak je berlakon. Ekpresi muka pun x kuat, cam blur2 je.
  • watak ibu Ayu cam x sesuai ngan Sheila Mambo, terlalu moden ngan rambut pendek cam tomboi. Ms sakit tgk cam dh nak mati tp bl dh sihat cam xpenah sakit lak dia ni.
  • watak Suzana cam dibuat2 time dia gembira (cam xnatural), tp time sedih oklah bole terima.
  • watak Kasyah so-so, boleh diperbaiki.
  • watak Azmi - superb!! aku sayang kaula bodoh!! hehehe
  • watak Kate - 2 thumbs up!! memang berbakat n semulajadi - body language, gaya cakap, pakaian etc memang cool :)

Lagu "Bila Cinta" tu memang best gler. Tp x logikla thn 2009 xde hp? (wedding date Ayu & Azmi kat kad jemputan tu xsilap 20 Jun 2009). xkanla dok ceruk kg mana ntah xde line hp kot? xkan kena main hantar surat lg? Sampai Azmi tepaksa dtg inform Ayu mak dia tgh sakit? Hmm... *wondering*

In conclusion, i xpuas hati tgk LBS. Baca novel dia lg touching n meleleh air mata, although dlm movie smlm ramai je yg nangis teresak2 tp cam dibuat2 je? Maklumlah tgk ngan balak msg2, nk tarik perhatianla tue. Yg remaja budak sekolah tgk cam xde perasaan. Fira lagila, suka je bl ajak balik hehe. Apapun, congrats to Ahadiat Akasyah, Sharad Sharan n his team :)

~ Villu ~

Mlm lak, pas dinner buttered prawn, sup su'un w kentang n ikan kering, i layan Tamil. Memang melekat dr 9 - 11.30pm depan channel 202 - tajuk dia "Villu". Yg berlakon lak Vijay, memangla layan... cite yg sgt best, karakter sume kuat, sound effect xyah cakaplah, taraf filem antarabangsa. Mesej pasal pengkhianatan terhadap negara, n c hero memburu pengkhianat yg telah membunuh bapanya. Happy ending yg sgt sedih sampai meleleh air mata i huhuhu. Tu pasallah i ngan hubby suka layan Tamil, although setiap 20 minit ada lagu n tarian kejar2 sambil tukar2 baju hehe. For more info click http://movies.sulekha.com/tamil/villu/default.htm

In conclusion, Villu best gler!!! 5 bintang hokay :)

May 23, 2010

Robin Hood

My hubby n i juz came back from TGV Wangsa Walk, watching Robin Hood stars by Russel Crowe & Cate Blanchett. We sat at the last row with a very convenient couple seat left for us. 2 thumbs up!! I used to watch Robin Hood cartoon version when i was small, where the Robin Hood and Lady Marion were acted by foxes, and the Father Tuck was acted by a bear, they're so cute :) The film version is definitely different from the cartoon version, so i can't compare both. The most important thing is, we enjoyed. Stars: 4 out of 5 :) TQ hubby 4 ur time. Muah!

p/s: Next - Shrek 4 or Prince of Persia.