CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Mar 30, 2012

Game Over!

Being pranked by a bff was the most unpredictable action i could ever think of.
What was your point actually?
Testing me?
Sigh~

Mar 26, 2012

Selamat Pengantin Baru Iza n Faris

Kakak n Adik yg excited naik bas tp Adik macam cool konon
Minum air sebaik sampai, kehausan! Perutpun dh nampak so kenala pakai baju yg baru buat takut xmuat pulak nt
Dengan pengantin yg cantik manis berbaju cokelat krim n bakal pengantin ehem ehem
bergambar ramai2 sebelum balik

Credit pix to Ms Fiona aka Pika Piping :-)

Salam Isnin, Sabtu lepas warga NKRA plus Kak Ika n Diba from other Div naik bas menghadiri maj resepsi Iza n Faris in Tg Karang. Fuh 2 jam perjalanan, bas kdn memang comfy. Kakak n Adik yg sgt jarang naik bas memang excited habislah. Dr belakang ke depan, dr depan ke belakang mengukur jln. Bertolak ke TK jam 11, sampai sana 1 tghari. Bas xleh masuk dlm sebab jln sempit so menapaklah kitorg, yg xtahan Adik mintak dukung aduhai o_O I terpaksa dukung separuh jln (dlm 250 m) then my staff Lin offer dukungkan Adik, Alhamdulillah. Sampai2 rumah pengantin minum air bergelas2 :-) Tetamu dihidangkan nasi putih n lauk kg, memang superb!

Dlm sejam kt sana then jam 2 bertolak pulang ke Putrajaya semula. Selamat Pengantin Baru kedua2nya, semoga bahagia hingga ke syurga.

P/s: Iza, jgn tgu lama2, kata nak kejar sy? :-P

Mar 23, 2012

Wanita Solehah

I terbaca ni dlm FB pg tadi, saje share dgn follower utk kebaikan bersama insy-Allah :)

‎1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.

Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.”

Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Alhamdulillah banyak kelebihan seorang wanita ni, hanya diri sendiri yg mampu berubah utk menjadi lebih baik :)

Mar 21, 2012

A Mother of 3

Ms ni Adik baru 2hari melihat dunia, thn 2009. Excited Kakak pegang Adik :-)

Alhamdulillah i pregnant 4minggu. Memang merancang utk dpt baby thn ni tp xsangka secepat ni dpt berita gembira :-) Kakaklah yg plg happy sekali. Hubby sampai kata kena tukar MPV sebab ahli keluarga dh bertambah. Tp i cakap lbh baik beli rumah dulu. Kereta makin lama makin susut nilai, xmacam rumah. Cuma Adik yg nampak xberapa happy, macam tergugatla sket kedudukan dia. Selamani dialah yg plg kecik, apa dia nak sume dpt. Bl tanya dia td, Adik nak baby boy ke girl? Dia kata tak nak, Adik nak Ummi je. Alahai :'( xpelah sooner or later oklah dia tu.

So far i xde morning sickness lg, sama macam 2 pregnancy dulupun xde masalah cuma time lunch break suka tdo je. Time pregnant memang xde masalah, cuma ujian hadir ms nak bersalin - kena ikut tingkap sebab pintu xbukak. Perut dh nampak sket (selamani pun nampak cuma cover ngan PB) hehehe. Mengah sket2 tu biasalah sebab mendukung Adik dr atas ke bawah, dr bawah ke atas. So sekarang i kena cepat2 pakai baju2 kurung moden yg baru buat, takut nt dh xmuat pulak.

Semoga kandungan ni sihat dan kuat insya-Allah. Boy ke girl xkisah sebab dah ada sepasang. EDD 25 nov, or maybe boleh minta doc operate 21 nov, sekali birthday Kakak? Doakan yg baik2 aje ye.

Mar 16, 2012

Luncheon Treat



Gambaran sebelum balik. Kuda biru tu hadiah drp tuan punye kelab kpd mantan PM, Tun Dr Mahahir Mohamed.

Salam Jumaat!

Alhamdulillah murah rezeki TSUB S, Pn Roziah yg belanja kitorg kaum hawa di Kelab Equestrian, Putrajaya harini. Xpenah2 i tau ada kelab kuda kt sini, makanan kat Mangiamo Cafe pun not bad. Dr PICC tu dlm 3 minit perjalanan nk ke kelab. Lepasni turn i pulak belanja u olls ye :-)

Mar 11, 2012

Bagaikan Puteri


Salam hari Ahad!

I dlm perjalanan pulang ke Putrajaya dr Batu Pahat menghadiri majlis tahlil sempena 100 hari kepulangan arwah nenek ke rahmatullah. I nak cerita pasal novel yg i beli pd 13 Feb lepas di MPH Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, baru harini selesai baca, dekat sebulan jugak, mana taknya dekat 600 muka surat! 1st time i baca novel tulisan Ramlee Awang Murshid ni, memang best! Sblm ni ada kawan yg beli novel2 dia tp i xamik port sgt, sebab macam cerita2 dlm majalah Mustika je intipatinya. I terpanggil nk beli novel ni sebab tajuk dia n ringkasan ceitapun macam boleh tahan.

"Apabila hujan turun melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung".

Kisah tentang: Haryani dan Laksamana Sunan, pahlawan terbilang Acheh yg saling jatuh cinta. Bagaikan puteri... Penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik. Hanya kerana cinta, manusia sanggup berperang!

Haruslah lepasni i beli lg novel2 RAM kan? Selain berhibur, ia berdakwah kpd pembaca secara tidak langsung.

Mar 8, 2012

HishammuddinH20


Seperti yang dijanjikan, i post gambar2 masa i ke Kulai sempena Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Johor 2012 dan Lawatan Kerja Inisiatif NKRA oleh YAB TPM pada 6 Mac 2012 haritu. Nilah antara keje kitorg @ Bahagian NKRA KDN, mempromosikan inisiatif yang dilaksanakan bagi mengurangkan jenayah di seluruh negara. Dah byk tempat kitorg menjelajah untuk mewar-warkan kerja yang dilaksanakan oleh Kerajaan. At least xdelah yang tertanya2 apa benda Program Transformasi Kerajaan or GTP kan?

Ms lawatan TPM haritu, dia melawat kawasan pameran dulu. My bosses dh duduk kt pentas utama so i lah yg mengalu2kan kehadiran TPM with my 2 other staff. Minta dia sign guest book then lepas dia keluar tu, eh tetiba Menteri Dalam Negeri pulak datang mencelah. Dia cakap "Amboi glamournya kita...??". Eh terkejut kitorg. Dia cakap macam tu sebab i pakai spek ke yg membuatkan nampak glamour (perasan) atau apa? hehehe :P Pastu dia ajak bergambar, kitorg ok jelah. then they proceed to the main stage.




Petang tu i tweet dia, dia reply ni:

Hishammuddin Hussein ‏ @HishammuddinH2O
bangga saya “@aireen229: H2O selamat dtg ke maj perbandaran kulai, terima kasih kerana sudi singgah ke booth pameran nkra ;)”

Itu jelah, bukan gambar apa sgt pun, sejak mula bekerja thn 2001 dulu sampai sekarang dh macam2 pemimpin, selebriti yg i jupe, duduk semeja, sefunction etc. Dgn SPBYDPA dah pernah, sampai Tuanku Permaisuri panggil i cikgu hehehe. Ada karekter cikgu kot i ni? Oklah till then, take care semua :)

Mar 7, 2012

Ketam Masak Cili Berkicap

Nilah rupanya ketam yg i masak td

Salam semua, harini i cuti jd berehat di rumah, rehatla sgt (basuh baju 2kali), basuh Nyet Kakak n Moo Adik, menjemur, melipat, menyusun, memasak, mengemas & menyapu. Haisy, macam xrehat je kan? Hehehe. Isnin n Selasa i n team NKRA ke Kulai sempena Majlis Pelancaran Karnival Bandar Selamat Negeri Johor 2012 dan Lawatan Kerja Inisiatif NKRA oleh YAB TPM. Dia melawat smlm tp ada rehearsal hr Isnin so kul 10 pg kitorg bertolak ke Kulai. Penat katanya outstaton 2 hari so harini bercuti rehatlah. Ada gambar yg istimewa tau i nak share, esoklah kot i update k, mst ada staff NKRA yg gigit jari hehehe :-P

Smlm hubby n anak2 ke pasar malam beli bahan basah sementara tgu i sampai, beli ketam n yg sewaktu dengannya. So tghari td i masaklah ketam. Ni nak share resipi arwah Ayah i kalau dia masak ketam utk kitorg, i pernah cuba buat dulu tp xmenjadik so haritu balik Setiawangsa my mum btau sebenarnya itu, bukan ini. Ni bahan2nya:

Ketam dibasuh bersih
Cili kering atau cili giling
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Kicap pekat manis
Halia dihiris
Daun bawang

Cara masak:
Blendkan cili, bawang merah, bawang besar, bawang putih n kicap. Tumiskan halia sampai naik bau then masukkan bahan blend td sampai naik bau jugak. Then masukkan ketam pastu tutup kuali biar dia sebati. Last sekali masukkan daun bawang. Senang giler kan? Selamat mencuba! :-)

Mar 4, 2012

Bye2 Februari, Hello March!





Ni suma gambar2 ms bercuti di GH haritu.

Salam semua, sebulan jugak xhapdet blog, dlm hati tu teringin nak redeco itu ini tp tulah ms xmengizinkan. Siang penat keje, mlm hal rumah tangga pulak. Nilah kehidupan namanya, tp puas hatilah sebab semua diuruskan sendiri dgn bantuan hubby n family. I nak cerita benda2 best yg berlaku sepanjang bln Februari since xsempat nk berblog kan. Ada
juga cerita yg menyedihkan. Nk tau apa? Stay tuned :-)

Yg best:
1. Alhamdulillah i sambut ulang tahun perkahwinan yg ke-6 tahun pd 4hb, punyelah byk dugaan spjg 6 thn berkahwin ni, kalau takat dugaan kewangan tu i boleh tahan lg, koreklah sini sana nk topup. Plg xtahan kalau melibatkan org ke-3, fuh boleh tergugat iman dbuatnya. Nt i letak gambar org ke-3 yg dimaksudkan eh, jeng3 mst sume xsabar nak tau kan. N kalau ada info menarik yg u all tau pasal dia ni, bolehlah pm i, gitu. Bukan apa, i xnak benda yg sama berlaku pd org lain. Kesian anak2 yg xberdosa.
2. My handsome boy Syafrel Amzar dh mencecah 3thn pd 6hb, we all buat majlis kecil2an mengumpulkan adik beradik. Hubby masak sup tulang, pergh memang teangkatlah, diakan pakar masak sup :-P I tempahkan kek Cars by Bakers Cottage, sedap sgt! Macam2 hadiah dia dpt, motosikal besar warna merah Opah n Mami Ai Cek bg, kereta control Ferrari Abah Tok bg, standing microfon Ayah Dud bg, pistol besar Didi bg n Abah bg duit. Ummi bg apa? Hahaha tiap2 hari balik dr school mst nak pau Ummi mainan kt Petronas, plg murah bawah RM10, plg mahal bawah RM30. So kalau kira2 balik dh berapa? Memang meriah rumah haritu bl 6 org cucu berkumpul :-)
3. I dilantik sbg AJK Sukan BAKAT Rejimen TUDM Jugra 2012. Alhamdulillah AJKK i semuanya rajin n komited nk tolong i laksanakan perancangan aktiviti sukan tahun ni. Antara yg sdg berjalan ialah Senamrobik setiap Isnin n Khamis. Next week i try to join, nt i buat special n3 ye.
4. My TSUB is back!! Yeay, lega ahkak :-) betapa susahnya mengetuai sebuah unit, xmenang tgn dibuatnya. Cuti dibekukan sebab menanggung keje xleh amik cuti selama 28hari. So sakit2 pun kene keje uhuk2
5. Oh yes percutian pertama thn ni di Genting Highlands, overnite semalam n spend time together with my loved ones. Best3! Plg seronok of course anak2 sebab main n main n main. Bl penat mintak dukung aduyai patah pingang Ummi.
6. Penutup kegembiraan bln ni ialah hadiah Galaxy Tab 7.0 from hubby, belated anniversary kot? Ntah, dh lama xdpt hadiah hahaha. Selalu tu beli hadiah utk diri sdri je :-P benda ni menyenangkan i kalau nak taip minit or buat report sementara menunggu flight ke etc. Nway tqvm abang :-)

Manakala yg xbest i rasa ada 1 je, iaitu pulangnya ke rahmatullah makcik i belah ayah yg kitorg panggil Wancu pd tanggal 4 feb, iaitu sama tarikh dgn anniversary i. Tahun 2008 tarikh yg sama Opah i juga pergi meninggalkan kami. Memang tekejut bl dpt info ni, bergegas kitorg ke Hosp Putrajaya nak menziarahi jenazah. Rupanya ms i sampai kt bilik mandi jenazah, arwah baru je diturunkan dr wad so i ambil peluang mandikan jenazah sekali. Seumur hidup i xpernah terlibat dr mula jenazah dimandi n dikafankan. Ms arwah nenek i meninggal pun i xmerasa mandikan sebab 1 kampung dh kerumun nak menolong. So bl dpt peluang ni i betul2 gunakan sebaiknya. Sgt menginsafkan bl kita kenang dosa2 kita yg msh bernyawa ni. Selalu tu kita mandi wajib sendiri tp bl nyawa dh ditarik, kita perlukan bantuan otg lain pulak utk mandikan kita. I terkenang kalau nyawa ditarik tatkala rambut ada pewarna, kuku pun berwarna, macammana ek? Isy nauzubillahiminzalik! Alhamdulillah proses mandi dan kafan arwah sgt mudah, muka arwah pun bersih sgt macam tgh tdo. Itu bahagian arwah, bahagian kita xtau macam mana? Mudah2an kita semua sentiasa dilindungi dan memperolehi rahmat-Nya, Insya-Allah. Kepada sepupuku Kak Ena n family, semoga tabah menghadapi ujian ini ye.