CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Apr 27, 2011

Sang Ketam

I superlove ketam masak cili yg my late father masak. Tiap2 hari Ahad (kalau xde prog keje / keluarga), my mum n anak2 pompuan dipersilakan membaca paper sambil nonton tv manakala ayah n my abg akan masak di dapur. Walaweh, sumenye best2 - ketam masak cili my fav, ayam goreng 4 my bro, tomyam 4 my sis, ikam pekasam lg. Ngilerrr!! I superlove jugak ketam masak lemak my mum, n definitely her lontong (udah ngencess)!! Dulu ms i join Operasi Khidmat Masyarakat dgn UiTM Shah Alam, we all p Pulau Payar, Langkawi. My Mak Angkat goreng bihun selamber je letak isi ketam (udah tu laut belakang umah? sgt fresh dan manis). Memang i superlove ketam, lemak manis rasa isi dia. Sifat ni now menurun kat Fira pulak.

Kenapa harini i cite pasal ketam? Sebab nak kaitkan dgn tabiat sang ketam - ketam kan nak mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan hakikatnya ketampun jalan senget. So senang je sebenarnya, kalau kita nak org lain ikut cakap kita, buat benda yg baik, kita kena tunjuk contoh yg baik dulu. Jgn org lain xboleh buat itu ini, tp kita boleh pulak? Kita pun jgn jd c tukang cucuh. Bl org lain buat bnd yg sama, kita pulak yg menggila. Apa cerita? Tepuk dada tanya selera.

Apr 22, 2011

Pender

Dialog pagi ini semasa menyiapkan anak dara:
Fira - Ummi, kawan kakak Waida dgn Balkis kata pender kakak semalam x cantek (Muka beria-ia sgt bercerita)
Ummi - Pender yg mana?
Fira - Yg macam ni (tunjuk pender dia tgh pakai td, kaler biru muda ada corak bintang kaler pink. Yg smlm pun ada corak bintang kaler pink tp pendernya kaler kuning)
Ummi - Cakap kat dia, ni opah kita yg belikan. Lagipun cantik tu subjektif (wah, pandai ngajar anak, padahal subjektif pun Fira blur...)

Hai lah bebudak tadika skang, pender (seluar dalam) pun jadikan perbandingan. Agaknya sebelum mandi tu memasing tgk pender sapa cantik, pender sapa x kot? Selalu Fira pakai pender Disney Princess atau Mothercare yg coraknya butterfly n sgt fancy, so bl semalam pakai yg ala2 coraknya bintang semata2, mst bebudak tu x puas hati. No wonder Teacher Palvinder dia selalu marah kata lambat bersiap, rerupanya membelek pender kengkawan yea? Erk, sabo jelah diorg nih.

Apr 21, 2011

Love it!


Tgn kanan pegang Adik, tgn kiri pegang sirih junjung. Multitasking :)

Baju kurung moden warna Tiffany Blue ni direka & disiapkan utk pelbagai sebab:
1. Baju tema majlis perkahwinan adinda pada 21 Jan 2011 lalu (kain beli di Jakarta, manik dan sulam di Kg Baru)
2. Baju khas kalau hubby menjejak kaki ke istana lagi tahun ni (insya-Allah, kalau ada rezeki)
3. Baju utk dipakai kalau2 ada Mes Nite (mau dijeling oleh Mak2 Datin nt)
4. Baju raya seisi keluarga thn 2011 (buat mahal2 haruslah diulang 3,4 kali pakai kan?)

Happy Birthday Mentee :)


Choc cake


She's smiling ear to ear. Haruslah :)


CC & Kak Nik membelek ros kot2 ada terselit ferrero rocher hehehe

Smlm my mentee Iza menyambut hari lahir yg ke-26 thn. Semoga bertambah rezeki seiring dgn pertambahan usia. Semoga kebahagiaan menjadi milikmu jua 1 hari nanti, insya-Allah. She got a surprise birthday cake n a bouquet of pink roses from some1. Wow, dh lama kot xde org surprisekan i macam tu (hint utk hubby) hehehe. Last dpt bunga ros besar pintu rumah tahun 2005 drp seorg TKSU sebuah Kementerian. Bukan yg masuk paper baru2 ni, TKSU ni dah pencen pun. Tu time bujanglah, ada je peminat hantar itu ini (ingat ko artis ker? Tolonglah! hahaha) Tp cake tiap2 tahun dapat hubby belikan :) I love cakes, sedap!!

Udang Galah Masak Lemak Cili Api



Harini hubby masakkan lunch - udang galah masak lemak cili api, ikan pekasam & tempe goreng cicah sambal kicap. Makan dgn nasi panas, maveles2!! Tq abg xoxo. Dr pg memang xmakan apa2, minum teh o je. Berselera sgt :) Last makan udang galah sebesar tapak tgn ms bln puasa 2006, kawan my brother kt Sabah kirim. Maveles masak sup letak asam keping. Udang galah td tu hubby dapat ms budak2 dia menjala semalam kt Sg. Jugra. Seronok balik keje dh siap makanan terhidang atas meja. Sekali sekala hehehe. Sempat pulak hubby pesan td, mlm karang jgn lupa masakkan lauk anak2 pulak. Yes sir!

Apr 18, 2011

Mentor Mentee

Naemah, Zura & Iza

My mentee & i

Batch 2/2006 :)

Pengiktirafan

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Pelantikan Mentor Mentee Siri 2 Tahun 2011 yg disempurnakan oleh KSU K*N td. I terpilih jd mentor kpd mentee yg bernama Iza & Zura. Bengkel Pementoran telah pun dijalankan pd Februari lepas di ILIM, Bangi. Setakat ni dh 3x sesi pertemuan mentor-mentee kita jalankan termasuk pg td. Kena complete kan 12 sesi dlm masa 6bln. Semoga segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ada dapat kita kongsi bersama. Yg baik jadikan tauladan, yg xelok jadikan sempadan. Plg seronok terjumpa pulak geng 2/2006 lepas habis majlis td. Dekat 2thn kot xjupe my sistas ni - Sri, Sal & An. Masing2 dah punye anak sorang dua. Last jupe Azat ms temuduga Prog Pertukaran Belia Korea haritu. Roxy lgsg xjupe. Insya-Allah lepasni kita calling2 k, p makan kat club ke? xoxo

Tadika Manja


Alam Ria Kids Uniform

Fira baru dapat 2 pasang uniform mgu lepas, warna merah hati + putih. So sekarang dh ada 4 pasang, lg 2 uniform sukan. Cantik uniform dia, tutup aurat sampai ke buku lali. Tudung je kena cari sendiri. Ms i tadika dulu (Tadika Manja Taman Keramat), uniform i warna putih + merah cili, gaun lg sampai paras lutut. Nt balik nk carik gambar dlm album lama kot2 ada. Seronok waktu tadika ni, main2, pastu belajar. Bila penat tdo hehehe

Apr 16, 2011

Pening

I menaip n3 ni dr tempat duduk sambil mendengar Forum Rakyat: Jenayah, Anda & Integriti anjuran IIM dgn kerjasama K*N. Bhg i terlibat dgn pameran so pepagi sepi'i lepas subuh td kuar umah naik bas dr pejabat. Sepjg jalan hujan renyai2, skang dh makin lebat pulak. I dh start pening kepala kena hujan. Bukan bole sket kena hujan, mst pening :( Panel penceramah adalah Presiden IIM Datuk Dr Mohd Tap Salleh, Pengarah JSJN PDRM Datuk Noor Rashid Ibrahim & Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Msia Tan Sri Lee Lam Thye. Crowd ramai jugak w/pun hujan Alhamdulillah. Forum dijangka ditangguhkan jam 11pg nt utk majlis perasmian oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri. Dah lama xkena keje hari Sabtu, dulu ms penjawat awam masih perlu bekerja separuh hari pd hari Sabtu, memang i tgu sgt2. Pakaian pun smart casual so dat lepas keje bole mengular tgk wayang ke shopping ke jln2 ;) Sabtu jugak kalau i xikut Dato' CT balik kawasan, kadang2 ada function area Lembah Klang yg Dato' CT kena rasmikan. So seronoklah jugak keje separuh hari ni (ms bujanglah). Bl dah berkeluarga ni 2hari cuti seminggu pun macam xcukup. Bos memang jarang assign i outstation sebab tau i ada anak kecik. Tq bos, bos memang memahami. Xsanggup berjauhan dgn anak2 lama2. Sehari xjupe pun i bole jd sasau. That's y kalau i dah balik rumah, ms i khusus utk anak2 & kerja rumah pulak. Insya-Allah i akan spend qty time dgn diorg. Keje2 jugak, penat2 jugak. Tp org lain pun keje, org lainpun penat. Xkan nak korbankan ms dgn keluarga demi kepentingan diri sdri kan? Tepuk dada tanya selera.

Apr 14, 2011

Bagio = Bahagia

Saje pilih tajuk tu. Nama sebenar penyanyi Bagio, vokalis Damasutra tu kan Bahagia? Hehehe. Pg td i menghadiri sesi pembelajaran bertajuk "Bahagia Itu Apabila Membahagiakan". Ustazah Syukreyah, penyampai ceremah adalah bekas rakan sepejabat i tahun 2008. Rock ustazah ni, best jadi officemate dia :) Antara intipati ceramah yg melekat di pemikiran i:

1. Sentiasa memafkan org2 di sekeliling kita, esp suami / isteri / anak2 / adik-beradik / keluarga / kawan2. Kalau boleh sebelum tdo minta maaf dgn suami/isteri takut2 ajal menjemput semasa tdo.

2. Kalau terasa hati / merajuk xperlulah lama2, bimbang kita x bertemu lg dgn org yg kita terasa hati / merajuk tu. Tapi kalau kita dah lupakan apa yg berlaku tp pihak lagi 1 masih nak bermain api, biarkanlah. Kita xrugi apa2 pun. Biarlah Allah yang tunjukkan kebenarannya nanti.

3. Bekerjalah kita seolah2 kita akan hidup 1000 thn lg & beramallah kita seolah2 kita akan mati keesokan hari.

4. Life is short so live our life to the fullest.

Balas Pantun

His Pantun in 2007 @ Berjaya Tioman Beach Resort:-
Melihat pantai & laut rasa menggeletar,
Terasa ingin berendam sepanjang hari;
Walaupun kita jumpa hanya sebentar,
Rindu terubat tidak terperi.

p/s: We spent a nite there. Coinsidently he had his diving training whereas i attended Printing Workshop organised by K*DN.

His pantun sent to me this morning:-
Buah kedondong dalam peti,
Disimpan oleh si mak dara;
Cyg & anak2 abg punya buah hati,
Sentiasa menjadi pengubat duka & lara.

p/s: He's in Gong Kedak, having a free fall exercise. We'll b back home tomorrow

Mode: Boring tahap cipan

Apr 13, 2011

Mr Kabab – Kababooom!

I ordered strawberry barbican. Rasa Apple Juice

The Chicken Biryani

The Fruit Cake

Prize Giving

Posed at the entrance

Sempena kenaikan pangkat bos n pertukaran ke Bahagian lain, bos yg willing nak belanja semua warga NKRA jamuan perpisahan. So we had lunch @ Mr Kabab & Biryani, Precinct 15 this afternoon. Suzie n I sempat ke Baker’s Cottage beli kek utk meraikan birthday boys n girls bln Mac & April. I never been to an Arab restaurant before. Pada yg xbiasa macam I, the food is like so-so. Pada yg selalu pegi Saba’ akan kata Mr Kabab is slightly better. Mmmm no comment. Lidah Melayu macam I would prefer nasi biryani biasa yg kita makan kt kenduri kawen tu hehehe

Nana’s 3rd Birthday Bash





Isnin otw back to KL, my mom called kata nak sambut birthday Nana (my niece) sekali. Her parents akan turun dr Klang so everyone will meet up in Setiawangsa. Sampai KL pun nearly Maghrib. After Isya’ baru nyanyi Happy Birthday To U Nana… Her dad belanja Dominos Pizza, Opah belikan delicious ice cream cake by Pistachios. Ummi xbelikan apa2pun, dahtu mengejut jer nak celebratenya? Xpe nx time Ummi belikan buku k? How time flies very fast. Dulu dia lahir ms I dok sibuk ngan modul tentera during DPA 2008. Now she’s already 3 years old. B a good girl k, Kakak Nana kena jaga Abg Aisy n Adik Girl Cik Puteh. Ummi doakan Nana jd anak yg solehah & membanggakan seluruh keturunan Hj Ahmad Shahuddin, Amin.

Farewell Gift

Lepas tgk Rio I ke Parkson Grand mencari hadiah farewell boss sementara hubby teman anak2 di Playland. Warga NKRA ada buat collection utk beli hadiah perpisahan. Hope boss suka apa yg I belikan mewakili kawan2 :)


Set kemeja & tie by Casseriny Italy. Lebih kurang macam ni cuma color i pilih dark purple, bg menyerlah sket. Kata dah naik Jusa, kenalah "menangkap mata" hehehe

Rio-H

Ptg Sabtu we all ke Berjaya Megamall menonton Rio, cite kartun burung macau biru jantan yang hampir pupus bertemu spesiesnya yang betina. Best gile cite ni, ada unsur2 Madagascar sket. Lagu2 pun ala2 Samba, kata shooting kt Brazil kan? Memang superblah! Kakak n Adik pun layan.







Grand Cont Kuantan

Konon2 Adik yang nyanyi padahal miming jer

Yo-yo-o jer budak tecik ni

Jumaat 9.30 malam kami 4 beranak bertolak ke Kuantan. Tiap2 tahun hubby terlibat dgn KKU Pembukaan DUN Pahang so tiap2 tahun jugaklah sejak Fira masih baby kami ke Kuantan. Sabtu 2.15 pg tiba di Grand Cont. Kalini organizer bg apartment room 2 bilik. Dr master bedroom nampak Wisma Sri Pahang tmpt berlangsungnya KKU tu nanti. Anak2 dh puas tdo dlm keta so sampai2 je diorg site visit dulu apartment tu (sebijik perangai mami yang jakun everytime check in hotel). Esok pg hubby g latihan perbarisan I bawak anak2 breakfast dgn pelampung2 sekali, senang lepas makan terus je g pool. Grand Cont xde pool kanak2, yg plg rendahpun 3kaki. Ummi dh excited nak practise freestyle. Xlah segan sgt cos kitorg anak beranak je dlm pool. Plus budak2 hubby sume terlibat perbarisan. Kalau mandi ptg2, bersidai budak2 tu tepi pool ngan tingkap bilik mengintai hehehe. 11.30 pg masuk bilik sume dh kepenatan. Adik terus tdo, Ummi layan Kakak buat homework sambil tgu Ayah balik.

Malamtu dinner tepi pool dgn budak2 hubby, had BBQ n ada live band lg. Hari Isnin before balik bawak anak2 ke Zoo Mini Tmn Teruntum.

Karoking & Jingleing

Friday the 8th, the Jinglebelliers (almost a complete team without Aney Kaede alone) had their karok n ronggeng session at Superstar Karaoke Box Alamanda. The last time I checked in Karaoke Red Box, Mutiara Damansara was in 2007 w K*N PTDs batch 2/2006 – with Azwan, Sri, Salmah & my Fira. She was only a few months old then. And the last time I sang openly was during Strategic Planning Meeting at Thistle JB, end 2009 with FS who did poco2 while Kak Nik and Dayah observing. At that time all meeting members yang gila mic dah masuk meeting room. Lama gile xkarok. M not good at singing, unlike dancing hehehe. I sang regular, regular only, definitely can’t beat Dilla-with-her-CT Nurhaliza&Mariah Carey-kind-of-voice or Ina with-her-Indon-band-wannabe-superb-voice :) I sang Bossanova (compulsory), Apa Guna Berjanji & 3 Malam. The havoc time exploded when Dilla hit Singkong & Keju. Gegak gempita bilik kecik tu hahaha. While singing we enjoyed eating pizza, besar tak hengat chicken wings, nuggets & fries and also fresh orange. All sponsored by birthday girl – Dilla. TQ buddies. We had joy, we had fun, we had seasons in the sun. Nx time kalau stress kita karok lg k :)

Apr 6, 2011

Bye Bye Boss

Td boss panggil perjumpaan segera dgn semua warga NKRA, ingatkan ada hal emergency ke apa? Rupa2nya nak btau tghari td dia p JPA mengadap big boss sana n terima surat kenaikan pangkat JUSA C. Alhamdulillah, tahniah boss! Penantian telah pun berakhir :) U deserved it! Tp malangnya boss akan bertukar Bahagian. Waaaa.... :'( I akan kehilangan boss yg plg sempoi selama i keje. X penah nak susahkan pekerja, keje very straight to the point, xsuka hanky panky, metg xpenah lebih 2jam, xsuka pegawai lelaki ambil kesempatan terhadap pekerja perempuan etc etc. Muka dia memang nampak garang tp hati baikkkk sgt. Byk yg i belajar dgn dia, daripada perancangan strategik hinggalah ke pahit manis permulaan NKRA. Pendek kata boss memang best! Suzie n i tgh plan farewell utk boss. Tupun dia kata dia yg belanja. Huhuhu semoga Allah merahmati kehidupan boss lepasni. Amin.

CUN beb!!

Kesempatan pulang ke rumah bonda tidakku sia2kan hehehe. Planned dgn bff sejak ptg utk menonton CUN. Show 8.20pm @ Wangsa Walk. So sedang elok lepas Magrib kuar umah. Best dah ada TGV dekat2 area Setiawangsa n Wangsa Maju ni, xpayah bersusah payah ke KLCC n bayar parking mahal. Review drpd press macam best, plus ada Remy Ishak n Maya Karin. Suka diorg berlakon berdua since teater Natrah, cam sesuwai gitu!

Elok tgh bersiap, Adik kt bawah tgh nenen (i planned xbawak dia n tinggalkan dgn my sis). Sekali baru nak turun dia dah terpacak depan pintu bilik opah panggil Mey, Mey (Ummi jadik Mey hehe). Nampak i tgh bersiap diapun menempel sekali, konon2 sembur perfumelah then mintak dokong takut kena tinggal. Ok fine dokong sampai bawah then i pakai tudung lagilah dia xmo letak. Sudahnya tukarkan baju n bawak sekali p amik bff. Seb baik CUN rated U. Kalau SX ke SG xtau cemana dik oi. Memang dia xbg Ummi enjoy sorang2, dia kena diselitkan sekali. Ke Ayah upah Adik jdik bodyguard Ummi? :P

CUN dibintangi oleh Maya Karin, Remy Ishak, Jehan Miskin, Faezah Elai, Kartina Aziz dan ramai lagi. Cun sesuai ditonton oleh semua lapisan umur. Ada beberapa pandangan i yg boleh i kongsikan tentang CUN:

Mesti tonton sebab:
1. Lakonan mantap dan bersahaja Remy Ishak, Maya Karin, Faezah Elai & Manis (budak lembam yg jadik Adik Atan lakonan Remy).
2. Lokasi memang cantik sgt, persekitaran suasana sawah padi.
3. Maya Karin gojes gile dlm filem ni - kecik molek, rambut pjg, cuma kadang2 ekspresi muka, especially tang mata tu mengingatkan kita pada lakonan dia dlm Pontianak Harum Sundal Malam. Kadang terkujat jugak bl dia jegilkan mata.
4. Filem kategori lite n ez, bolehlah nak release penat keje.
5. Sasa jugak Remy Ishak dlm ni, my mum yg jupe live kata dia kecik je? Bl nak jupe live nih? hehehehe

Yang xberapa best pasal CUN:
1. Kadang2 jeritan2 tu macam menenggelamkan dialog msg2.
2. Lakonan Ning Baizura stereotaip, ada ke celebrity yg gile glamour macam tu di dunia nyata?
3. Jalan cerita menarik tp lg sekali, ada ke artis yg nak kawen dgn org kg macam Atan tu? Bawak lori, berselut, berkubang dgn kerbau? (Memanglah namapun filem cereka, boleh direka2 je jalan cerita tp lg sekali, ada ke?)

So kpd u olls peminat filem tempatan, dipersilakan menonton CUN, rasai sendiri keseronokannya :)

Adik n Aunty Anie yg belanja tgk CUN, siap pakej dgn ice lemon tea n crunchy pop corn. TQ buddy!

Apr 4, 2011

Belia Korea

Khamis lepas i dapat email dr JPA suruh check sama ada berjaya ke x disenarai pendek utk sesi temuduga? Alhamdulillah pagi td i menghadiri sesi temuduga Program Pertukaran Belia Korea di Republik Korea yg dijadual berlangsung selama 10 hari: 16 - 25 Mei 2011. Saje je mintak cuba nasib. Sejak keje sini xpenah sekalipun berpeluang ke oversea. Oversea Sabah Sarawak tu biasalah, tp tu xkira. Mungkin sebab nature keje i xmembolehkan i ke luar negara. Yelah buat strategic planning n NKRA, apalah sgt kan? Eh tp tetap penting tau :) Plg jauh i penah pegipun Singapura ms Dato' CT bawak ke sana. Sudahnya jadik pencacai tukang angkat brg2 shopping dia. Hi tobat!

Nak pegi saje2 memang boleh tp hubby selalu outstation, ms kita free dia pulak xde. Sapa nak tlg jagakan komando junior 2org tu? Kalau dia ada at least sorang 1 jaga baru adil. Maybe tgu anak2 besar sikitla kalau nak pegi berjalan ke luar negara pun.
I ada jugaklah buat persediaan menghadiri sesi temuduga ni. Print out info serba sikit pasal Korea, mana tau kot2 diorg tanya nt. So pg td dgn semangat waja i keluar rumah b4 7am, hantar anak2 ke Alam Ria then terus ke JPA. Hujan gerimis ms tu. Dpt je parking terus ke bangunan C7, menuju Dewan Temuduga. Last i dtg sini Oktober 2006, ms tu mengandung Fira 8 bulan, menghadiri temuduga PTD. Alhamdulillah rezeki anak, i dpt jawatan ni :) So sampai2 je sana td, dh ada 4 calon menanti. Bg salam tanya khabar then msg2 kuar notes. Yo-yo-ow je hehehe. Pas 10 minit notes ke mana, apa ke mana mulalah bersembang. I ingatkan sampai awal dapatla masuk awal sebab i ada metg kul 9. Tp sesi temuduga mula dlm 9.30am, ada 6 bilik dan sekali masuk 4 org calon. Maknanya sekali sesi tu 24 calonla lebih kurang. Jimat masa, jimat tenaga. Kitorg difahamkan ada 240 calon terpilih menghadiri temuduga, so ada 3 hari diperuntukkan. Nak pilih hanya 20 orang, 18 kakitangan sokongan dan 2 org je Pengurusan & Profesional. Aduhai, ramai giler??

Alang2 dah sampai xkan nak patah balik kan? So i punye turn dlm pukul 10.30am, masuk dgn 4 lg calon lain – Tn Affendy PDRM, Pn Ritz dr KPDNKK, Mr Lim (x ingat dari mana) n sorang lg En Firdaus dari Sarawak. Panel temuduga 2 org wanita, i rasa gred diorg 48 je sebab nampak muda belia sgt. Mula2 kenalkan diri then perbualan bertukar dlm BI pulak sebab P & P dipilih ke sana sbg ketua kpd kakitangan sokongan nt. So diorg nak tgk sejauh mana kemampuan kita berbahasa Inggeris. Antara soalan2 yg ditanya:

1. Apakah usaha yang boleh kita lakukan sebagai belia Malaysia untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara antarabangsa seperti bahasa Jepun, Cina, Jerman dan Perancis?
2. Mengapa ingin ke Korea?
3. Apakah yang ingin dibawa pulang dari Korea?

Selain tu, kena buat persembahan 15minit depan panel ni, konon2 diorg org Korea yg xtau apa2 pasal Malaysia. Drpd hasil perbincangan kumpulan, kitorg buat fashion show pakaian tradisional Malaysia – ada pakai songket, baju Melayu, baju kurung, baju Tiongsam n baju tradisional org Iban. Lepastu kitorg menari joget sambil diiringi lagu Cindai yg dinyanyikan secara acapella. Sapa yg jadik cikgu tarian xsampai 5minit n nyanyi sukati je lagu Cindai tu dpn kawan2 yg lain? Yours truly! Hahahaha. Sebijik persembahan solo i depan Zizi Zulkiflee ms audition teater CT Zubaidah dulu!! Terpaksalah buang rasa malu n segan, perform je depan2 hikhikhik. Lepas persembahan 3org dpt pujian including yours truly, Alhamdulillah. So kita nantikan aje keputusannya nanti k w/pun in my opinion chances r very slim. Tp at least dah ada pengalaman temuduga macam ni :)