CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Jan 29, 2012

The Dragon Year

Comel tak dragon ni? Esp hidung dia. Anda agak ada iras2 sapa? Kihkihkih :P
/
Saje je post n3 tajuk ni, kan thn ni thn naga? MS dh bg hint suruh bersedia, apakah? tungguuuu!!! :)

Get Well Soon Dearest!!

Sejak balik bercuti rehat dr PD sempena CNY haritu, Kakak n Adik demam. Since Wednesday i bawak Kakak ke ofc. Otw back from a clinic in Precinct 15, we had an accident. Nasib baik xcedera, cuma bumper depan crack sikit. Kereta Wira Aeroback yg i tersondol tu kemeklah bumper dia. Melayang RM350, tupun seb baik hubby yg setelkan dgn owner. Kalau i yg naif (gitu) ni, mau terbang RM1300!! Adik ikut Ayah ke school naik scooter, seronokla dia dpt angin pegi n balik school. However Khamis ptg tu teacher Adik called up kata Adik pun demam so Jumaat haritu both Kakak n Adik i angkut sekali ke ofc. TQ big boss kerana sgt memahami :) Riuh rendah ofc dibuatnya. Nak cuti xboleh sebab i tanggung keje my boss. Dh lama diorg xdemam ni, since Oct last year. Esok Ummi outstation 2hari, harap2 diorg cepat sembuh, insya-Allah.

Jan 15, 2012

Happy Birthday Abang

"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu suamiku, Allah selamatkan kamu..."

Awal2 thn lg hubby dh 35thn. Semoga pertambahan usia seiring dgn perubahan ke arah perkara2 yg lebih baik dan meninggalkan jauh perkara2 yg melalaikan. Semoga Allah merahmatimu selalu Abang. Terima kasih krn menjadi seorg suami dan ayah yg bertanggungjawab dan penyayang kpd cyg dan anak2 kita. Cyg berdoa 5x setiap hari spy rumahtangga kita sentiasa aman bahagia tanpa ada fitnah dan gangguan drpd pihak ke-3.

Sayang selalu:
Isteri dunia dan akhiratmu

Jan 4, 2012

Aaron Aziz Raikan Cinta Bersama Isteri Di Kota Paris

Memang diketahui ramai yang family man Aaron Aziz digilai ramai wanita, tetapi nampaknya dia tetap setia pada yang satu. Ramai yang bertanya sama ada Diyana Halik, isteri beliau merangkap pengurus kariernya berasa cemburu kerana Aaron berlakon dengan wanita-wanita lain, tetapi kami pernah membaca yang Diyana berkata dia tidak cemburu. Sukar untuk dipercayai?

Sebenarnya ini tidak mustahil kerana jika kita berasa secure dengan perhubungan dengan pasangan, tidak ada apa yang perlu diragukan lagi. Menyemak e-mel kami, ada pula insan yang mahu nama dirahsiakan menghantar gambar Aaron dan Diyana sedang berkucup di hadapan Menara Eiffel di Paris. (Credit to beautifulnara.com)

Memang i minat gila dgn AA ni sejak dia berlakon Seth Tan dlm drama Nora Elena. Dahlah lakonan mantap, selamba je muka dia bawak watak suami yg konon2 xdicintai oleh si isteri. Plg xtahan sebab dia ni family man, mencintai isteri n anak2 melebihi segala2nya. Wpun kalau ikut pandangan mata i Diyana tu biasa2 je, tp tulah cinta xmengenal paras rupa. Yg penting perkahwinan direstui kedua2 belah keluarga, dan pasangan itu sendiri tau amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan sebaik mungkin.

Isteri mana yg xcemburu kalau si suami ada hubungan dgn wanita lain kan? Wpun atas dasar kawan atau sekadar dlm lakonan. Justeru, setiap pasangan perlu saling menjaga hubungan masing2, hubungan antara kawan pun perlu ada etika. Dgn cara ni, pasangan akan lebih dihormati dan disayangi. Pada i, xsalah pun kalau nak berkucup depan Menara Eiffel tu sbg tanda cinta, kan dah halal? Tp tulah kita org Melayu ni ada taboo nya. Kalau benda baik org bercerita, benda xbaik apatah lg kan? I dgn hubby kalau duduk rapat2 sambil tgk tv n bergurau senda pun mst Adik ngan Kakak akan kata "eeee Ummi ngan Ayah tengah bercinta..." padahal bukan buat apa pun, main tolak2 bahu je hehehe. Bl diorg dh sound macamtu kitapun jd segan dgn anak2. Msg2 nt berlari2 dptkan kitorg n duduk beriba pulak. Betapa indahnya dunia perkahwinan sekiranya ia dijaga dgn sempurna, insya-Allah.


Buah hati pengarang jantung Ummi & Ayah

Jan 3, 2012

Salam Tahun Baru 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia (ni pembuka kata standard kalau nak hantar emel rasmi hehehe). Diam xdiam kita dh menjengah ke thn baru 2012. Alhamdulillah syukur dgn segala nikmat rezeki, kesihatan, kebahagiaan yg Allah kurniakan. Setelah lebih 6bln xbersiaran, kini i kembali... Bukan xnak update n masukkan n3 baru tp kekangan keje xmengizinkan padahal i memang suka menulis. Pantang ada ms terluang memang menulislah kejenya. Tu pasal amik mass comm majoring in journalism. Kalau xjadik ptd gaknya skang dh jadik wartawan senior dah, nak2 ruangan gosip siti jarum ke, joyah sport ke kan? Memang sesuai :P

Ms bercuti ke utara 2 minggu lepas, hubby ada cakap suh activatekan blog ni semula. Wah rupanya ramai silent followers ek? Oklah insya-Allah kalau berkelapangan i isikan ms dgn ber'blog' :)

Harini nak share pencapaian suka duka thn 2011, jeng3 hehehe

Antara yg manis ialah:

1. Dari segi kerjaya - I dah disahkan gred M44 atau kalau ikut SBPA skang ni gred dia M1-2 (macam Mission Impossible lak) sejak 31 Disember 2010. Alhamdulillah rezeki anak2. Amanah dan tanggungjawab kian besar maka itu haruslah dilaksanakan sebaik mungkin insya-Allah. Gaji naik bape? ooo ada gak yg bertanya dlm hati ek? Alahai still xleh challenge private gaji org gomen ni, bl makin besar periuk nasiknya makin besarlah keraknya. Yg penting jaminan ms depan tu ada...

2. Dari segi leisure - Bercuti ke luar negara. Mana? Eropah? Australia? Xlah timah, takat Jakarta & Singapura je... tp yg penting kita sekeluarga dpt spend time sama2, Alhamdulillah. Thn ni ada perancangan ke Hong Kong Disneyland (perancangan dr 2010 lg hehehe). Kalau ada rezeki insya-Allah sampailah kami ke sana. Bercuti dlm negara byk juga - Taiping tmpt wajib, Penang, Bukit Tinggi Colmar Tropicale, Genting Highlands, PD, Melaka, Langkawi.

3. Dari segi akademik - Kakak dapat straight As dalam final exam pelajar Alam Ria Kids Thn 5, siap dpt Anugerah Pelajar Kelakuan Terbaik Perempuan lagi, keep it up sayang.

I posed dgn Fira & Airel, hubby xde, ke Gong Kedak bawa budak2 terjun

Ni rombongan yg menghadiri Konsert Akhir Tahun Alam Ria Kids @ Tmn Wetland Putrajaya. Kakak performed tarian Wonder Girls, masuk dikir barat, jadik mak dlm teater muzikal Kalau Berpacaran n jadik model fashion show.

4. Dari segi keluarga - My baby sista melahirkan Mikhael pd tanggal 19 Ogos 2011, so cucu Opah Fuziah bertambah menjadi 6 org, 3 perempuan, 3 lelaki. Rezeki lagi Alhamdulillah.

5. Dari segi perhubungan - My bff belanja Tony Romas ms Krismas haritu di Pavilion KL, siap bagi hadiah body shop lg sbg tanda penghargaan sebuah persahabatan. Terharunya i, tq buddy :) Dahla jupe 2thn sekali. Dia di Terengganu, kami di KL. Insya-Allah bl dia habis belajar dptlah kami berjumpa selalu.

Tu antara yg i dpt fikirkan sekarang. Nt kalau ada lg i add ya.

Antara yg pahit pulak:

1. Dari segi akademik - i xberjaya dapat Hadiah Latihan Persekutuan utk sambung ijazah sarjana. Dulu dh elok2 sambung xboleh commit pulak. Xpelah xde rezeki, Insya-Allah nt i sambung guna duit sdri, eh duit hubby hehehe

2. Dari segi keluarga - i kehilangan arwah nenek sebelah ibu yang dipanggil mak pada 30 November 2011, meninggal setelah bertarung nyawa melawan sakit kanser paru2 tahap 4. Al-Fatihah semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beriman. Amin.

3. Dari segi harta - mak ai macam byk sgt hartanya? Emm adalah tragedi yg berlaku di Bangsar pd suatu ketika dahulu, xmau dikenang2 balik. Yg penting i dh selamat.

4. Dari segi perhubungan - fuh yg ni kalau cerita, novel Ombak Rindu pun kalah. Penuh drama dan air mata. Memang ada kaitan jugak dgn novel ni, penangannya sungguh hebat. Sesiapa yg terlibat tu i harap xkan ulangi lg kesilapan sblmni. Mudah2an Allah tetapkan iman, teguhkan hati dan lindungi kita semua serta dapat menjalani kehidupan yg penuh ujian dan dugaan ni dgn sabar dan tabah. Ingatlah bahawa doa org yg teraniaya tu sekejap je Allah makbulkan. Amin.....!!!!

Sekian dulu buat masa ini. Nt kita sambung lg. Salam :)