CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label .:Happenings:.. Show all posts
Showing posts with label .:Happenings:.. Show all posts

Mar 26, 2012

Selamat Pengantin Baru Iza n Faris

Kakak n Adik yg excited naik bas tp Adik macam cool konon
Minum air sebaik sampai, kehausan! Perutpun dh nampak so kenala pakai baju yg baru buat takut xmuat pulak nt
Dengan pengantin yg cantik manis berbaju cokelat krim n bakal pengantin ehem ehem
bergambar ramai2 sebelum balik

Credit pix to Ms Fiona aka Pika Piping :-)

Salam Isnin, Sabtu lepas warga NKRA plus Kak Ika n Diba from other Div naik bas menghadiri maj resepsi Iza n Faris in Tg Karang. Fuh 2 jam perjalanan, bas kdn memang comfy. Kakak n Adik yg sgt jarang naik bas memang excited habislah. Dr belakang ke depan, dr depan ke belakang mengukur jln. Bertolak ke TK jam 11, sampai sana 1 tghari. Bas xleh masuk dlm sebab jln sempit so menapaklah kitorg, yg xtahan Adik mintak dukung aduhai o_O I terpaksa dukung separuh jln (dlm 250 m) then my staff Lin offer dukungkan Adik, Alhamdulillah. Sampai2 rumah pengantin minum air bergelas2 :-) Tetamu dihidangkan nasi putih n lauk kg, memang superb!

Dlm sejam kt sana then jam 2 bertolak pulang ke Putrajaya semula. Selamat Pengantin Baru kedua2nya, semoga bahagia hingga ke syurga.

P/s: Iza, jgn tgu lama2, kata nak kejar sy? :-P

Mar 8, 2012

HishammuddinH20


Seperti yang dijanjikan, i post gambar2 masa i ke Kulai sempena Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Johor 2012 dan Lawatan Kerja Inisiatif NKRA oleh YAB TPM pada 6 Mac 2012 haritu. Nilah antara keje kitorg @ Bahagian NKRA KDN, mempromosikan inisiatif yang dilaksanakan bagi mengurangkan jenayah di seluruh negara. Dah byk tempat kitorg menjelajah untuk mewar-warkan kerja yang dilaksanakan oleh Kerajaan. At least xdelah yang tertanya2 apa benda Program Transformasi Kerajaan or GTP kan?

Ms lawatan TPM haritu, dia melawat kawasan pameran dulu. My bosses dh duduk kt pentas utama so i lah yg mengalu2kan kehadiran TPM with my 2 other staff. Minta dia sign guest book then lepas dia keluar tu, eh tetiba Menteri Dalam Negeri pulak datang mencelah. Dia cakap "Amboi glamournya kita...??". Eh terkejut kitorg. Dia cakap macam tu sebab i pakai spek ke yg membuatkan nampak glamour (perasan) atau apa? hehehe :P Pastu dia ajak bergambar, kitorg ok jelah. then they proceed to the main stage.




Petang tu i tweet dia, dia reply ni:

Hishammuddin Hussein ‏ @HishammuddinH2O
bangga saya “@aireen229: H2O selamat dtg ke maj perbandaran kulai, terima kasih kerana sudi singgah ke booth pameran nkra ;)”

Itu jelah, bukan gambar apa sgt pun, sejak mula bekerja thn 2001 dulu sampai sekarang dh macam2 pemimpin, selebriti yg i jupe, duduk semeja, sefunction etc. Dgn SPBYDPA dah pernah, sampai Tuanku Permaisuri panggil i cikgu hehehe. Ada karekter cikgu kot i ni? Oklah till then, take care semua :)

May 31, 2011

Happy Shopping

I berkenan yg ni tp...
end up beli yg ni :)


Ahad lepas keluar dgn my bff to Pavillion. Last pegi sana 2thn lepas, ms Airel 8bln, now Airel dhn 2thn 4bln. Mak ai, lama giler? Kalau pegi Pavi harusla bershopping kan? Tp shopping ikut kemampuanlah. I nak cari new sunglasess n perfume hubby. Sian hubby kata perfume dh habis. Bff nak cari document bag so called beg keje so oklah after Asar we went off. Memula haruslah menuju ke kereta kuda, membelek apa yg in and out plus membanding2kan harga. Sunglasses xde yg berkenan sebab labelnya kecik sgt, plus xkena dgn struktur muka. Mine yg lama dh bg my mum ms nak p umrah haritu. Naik pulak tingkat atas, wah mata tertancap ke sepasang kasut yg menjadi idaman sejak sekian lama, cuba2, carik saiz, YES, terus bayar sambil kejam mata. I penah pesan kt hubby ms dia pegi Paris dulu tp dia xsempat menyopping. Akhirnya dpt jugak kt sini, senyum sampai telingalah jawabnya. Bff pun kata cantek. Biar jelah dulu, sayang pulak nak pakai hihihi (perangai macam budak2). Ah nasib ah, kasut aku. Kau ada? Then jln2 lg, singgah Longchamp pulak. I berkenan kt small long handle Le Pliage kaler merah, memang menancap dr jauh tp dlm kepala pikir, karang Kakak ngan Adik memapanhitamkan LC itu, mau menangis xberlagu huhuhu so jalan selamat beli kaler hitam. Mlm tu jugak melaram menonton wayang :)

Then menuju ke Charles & Keith, wah not badlah beg n kasut2 dia. Bff beli 2 bag, i sambar 1 feminin backpack kaler grey. Senyum lg. Masuk Parkson pulak, konon nak redeem voucher i dpt semalamnya ms beli Clinique @ KLCC. Carik punye carik ternampak label Gyvenchy. Nampak 1 tote bag Givency hitamni macam lawa, mst kena beli perfume dia dulu baru dpt beg tu kan. So i tanya SA kt situ-

Me - Givenchy Blue ada? Dia blur. I tanya lg soalan yg sama. Dia kuarkan apa ntah then dia picit bg bau. I kata eh, ni bukan bau dia. Coffee ada? Blur lg. B4 that i dh cium bau Poison by Dior so nak make sure betul ke Givenchy Blue yg i bau tu, i mintaklah cofee. 2,3x ulang baru dia kata, oooooh coffee. Hekeleh, nak je @#% kepala dia
Me - Mcm mana nak dpt tote hitam tu?
SA - Kena beli 400 ke atas.
Me - Irresistable ada?
SA - Habis
Me - Ok, Givenchy Blue 100 ml ada x? Blur lg pastu dia tunjuk Givenchy Neo (padahal Blue tu elok je duduk sebelah Neo cuma Blue ni 50 ml, i nak 100ml). Me dh naik angin. Td u suruh i bau apa? Blue ke Neo? Dia tunjuk Neo. Eh u ni tau ke x apa i cakap ni?
SA - I baru maa...
Me - Dah tau org baru, belajarlah. Nt kalau customer tanya macam mana u nak terangkan? Xpelah, Irresistable xde, i carik tmpt lain. Geramnya SA yg xbuat homework?? 1st time jupe Chinese SA yg bimbo.

Tgh jln2, ternampak lg 1 kaunter Givenchy. Alhamdulillah dua2 perfume i nak ada. Terubat kegeraman. I suka bl hubby pakai Givenchy Blue, sampai ke ptg tahan bau dia. Hubby pulak suka i pakai Irresistable sebab? Kena tanya dia sdri hihihi. Dekat kul 9mlm baru sampai rumah. Bersiap utk menonton wayang pulak. Kalini relax sket sebab adik ipar yg drive. Hai, missing my other half sgt2. Selalu tgk berempat, kalini ber7 without him pulak.

May 5, 2011

Aqiqah Si Kembar

Adik pakai jubah Arab n kopiah Abah Tok belikan kat Mekah. Tetap nak menempel Moo dia

Anak Ayah

Anak Ummi

Sabtu dlm 10mlm kami sampai Bt Pahat. Ahad malam ada majlis aqiqah anak buah hubby belah lelaki, si kembar Ameen Haziq n Ameena Haziqah. Bukan senang u olls nak dapat kembar sepasang. Ramai anggota keluarga berkumpul, gegak gempita Kg Laut dibuatnya :) Gambar kembar xde, xsempat snap pun, org ramai berkerumun. Ei tp geram betullah tgk paha msg2, berketak2 hehehe

Azzah weds Zulhusni

Pelamin nan indah :)

Me n sista mengapit pengantin baru

Cucu2 Opah. Aisy n Aleya ar not in the picture

1 happy family. Tgk gelagat cucu sulung Opah yg meragam.
* Pix credit to my cousin Salwa. TQ beb :)

N3 bulan Mei dimulakan dgn kunjungan ke Ipoh tanah tumpahnya darahku, di sini aku dilahirkan dan dibesarkan (w/pun pindah randah tp tetap Ipoh di hati. Sebab? arwah ayah dikebumikan di sini, begitu juga arwah opah yg pandai masak n arwah atuk yg xpernah jupe. Dia meninggal waktu ayah darjah 3). Jenuh i mencarik hotel nak stay in 4 1 nite tp sume hotel fully booked. Dari Tambun Inn sampailah ke Impiana Casuarina Hotel. Mak ai, ada apa eh kt Ipoh masa tu? Last2 hubby dapat booking VIP Room kt TUDM Officer's Mess. Hanya bayar RM20, segala kemudahan tersedia, kecuali tv je xde. Terdengar Fira mengomel, "boringlah adik, xde tv." Adik pun keng keng je :P Double bed ada 1, single bed siap tilam tarik belah bawah ada 2. So anak2 sorang 1 katil, ummi ngan ayah sekatilan ngehngehngeh

Esoknya lepas siap2 kitorg ke Kompleks Silveritage menghadiri majlis perkahwinan sepupu yg cantik jelita, Azzah. Makan2, sembang2 ngan family members yg lain n last but not least of coslah gambaran!!! Cucu2 Opah Fuziah memang havoc, macam majlis kawen mami diorg pulak. Ni Mami Azzah punye turnlah hehehe. Selamat Pengantin Baru dear, semoga bahagia hingga ke syurga :)

Otw balik KL, singgah Kg Kepayang ziarah kubur arwah ayah, opah n atuk. Mizz u so much!! Then singgah Tmn Lapangan Terbang pulak, beli pisang goreng tersedap i penah rasa :)

Apr 13, 2011

Mr Kabab – Kababooom!

I ordered strawberry barbican. Rasa Apple Juice

The Chicken Biryani

The Fruit Cake

Prize Giving

Posed at the entrance

Sempena kenaikan pangkat bos n pertukaran ke Bahagian lain, bos yg willing nak belanja semua warga NKRA jamuan perpisahan. So we had lunch @ Mr Kabab & Biryani, Precinct 15 this afternoon. Suzie n I sempat ke Baker’s Cottage beli kek utk meraikan birthday boys n girls bln Mac & April. I never been to an Arab restaurant before. Pada yg xbiasa macam I, the food is like so-so. Pada yg selalu pegi Saba’ akan kata Mr Kabab is slightly better. Mmmm no comment. Lidah Melayu macam I would prefer nasi biryani biasa yg kita makan kt kenduri kawen tu hehehe

Mar 21, 2011

Lights Camera Action! in Pencarian Model Tudung Fareeda 2011

Sabtu 19 Mac 2011 @ Plaza Masalam, Shah Alam. Rombongan dr Setiawangsa sampai tepat pd masanya, kebetulan my cousin Kekna n her daughter Dania Yasmine pemenang undian Facebook ke-2 tertinggi pun baru sampai. They gave Fira hair accessory plus bunga tangan (macam yg prom nite girlies pakai tu), tq :) Then sama2 we all menghala ke stage. Wah, comel2 budak2 yg masuk bertanding ni! Berwarna warni, macam2 gaya ada. Ada gaya rugged, ada gaya muslimah, ada gaya princess, ada gaya tea party etc. Gaya Fira? Tea party or prom nite hehehe, last minute carik baju cos pengkritik tetap kata baju sedia ada cam x meletup. TQ to jinglebelliers yg menemani Jumaat lepas ke JJ Equin Park :)

Latihan catwalk start pukul 10.30pg macam tu, yelah ada peserta yg datang jauh dr JB dan Kuantan. Yg mana dekat tu oklah can b there on time. Ada jugak yg xdpt dtg. Drpd 26 peserta, 21 je yg hadir. Fira punye turn last sekali. Ms latihan, dia sempat naik 2x. Pelatih catwalk ialah pemenang model Tudung Fareeda 2010. Tinggi, plus diapun pakai lagi kasut tumit tinggi 5inci, dh melengkung jadinya, opps! TP memang lawalah, kurus je orangnya w/pun mukanya cam tembam. Tp kalau pandai pakai tudung Fareeda tu, org pp tempam pun boleh nampak runcing ppnye kikiki :P

Oh ye, sbg meraikan majlis, i pun xlepaskan peluang pakai tudung Fareeda jugak (2 layer). Ramai jugak golongan mak2 yg masuk bertanding utk kategori bawah 40thn pakai tudung Fareeda. Belah pg anak2 bertanding, ptg mak2 pulak. Sampai ada sorg staff Fareeda ni tanya i, ptg ni u masuk jugak kan? Eh x puan. I hantar anak je pg ni. Alaaa, sayangnya? Kenapa xmasuk? Pn tu tanya lg. I sengih kerang je. Dalam hati i, ms i dh berlaku kikiki :P. Dia sambung lg, rupa dh ada, makeup dh meletup, ingatkan u masuk bertanding ptg ni. I pun tersipu2 cakap insya-Allah nx year :) Hahaha ada ke org nak vote i nt? Tgu lg 8thnlah, ms tu i dh 40thn, boleh masuk kategori atas 40thn. Insya-Allah boleh beat kot yg golongan baya2 i, kalau masuk sekarang mst i kalah dgn golongan muda mudi yg bergetah tu kan? Ceh, ingat masuk bertanding nak menang jer yer? Hahahaha mestilah :P

Sampailah ms yg ditunggu, 11pg. Anak2 dh mula gelisah. Yelah, 2,3x naik atas stage tp xmula lg, apa kehenye yob? Mak2 budak gelisah 2x ganda. Pekerja Fareeda baru nak susun hadiah atas meja. Ada jugak peserta yg baru sampai. Fira dh mengeluh, lama lg ke Ummi? Dia peserta terakhir, nak tgu 20 peserta berjalan kucing atas stage, mestilah dia boring. Akhirnya, naik jugak dia, senyum2, pusing2 sket n turun balik. Lega Ummi. Walaupun x perfect macam kitorg dok train dia seminggu sblm tu, oklah tu syg. Dia xstage fright & confident. Ada jugak yg malu2 n nangis atas stage, nak kata apa? Budak kan? Yg plg kecik 2thn, yg plg besar 9thn.

Bl juri umumkan kanak2 yg layak ke final, ok semua puas hati sebab memang diorg layak. Lagipun ni bukannya Festival Filem Malaysia dik non. Hadiah berupa tudung Fareeda kids, wang tunai RM100 - 300 dan baucer belian tudung Fareeda. W/pun Fira terkandas di semi final, ni 1 pengalaman baru utk dia. Nx time boleh cuba lg. Tahniah syg Ummi. Tq Fareeda anjurkan pertandingan ni :)

Dalam perjalanan ke Plaza Masalam, venue Pencarian Model Tudung Fareeda Tahun 2011

Posed dgn pemenang tmpt ke-2, a lovely Nur Insyirah Iman yg sgt friendly n suka pegang Fira macam pegang adik dia :)

Fira atas stage

Dengan penyokong2 kuat cum trainer. Love u all!!

Hadiah Fira dapat, sehelai tudung Fareeda Kids warna merah hati diletak dalam bekas comel ada teddy bear ada cop LV u olls :)

Mar 16, 2011

Datuk Lat

Smlm I berkesempatan tgk teater Lat Kampung Boy The Musical @ Istana Budaya. Last week I ada terbaca dalam Berita Harian kalau nak tgk preview teater tu hari Selasa, 15 Mac 2011, kena kumpul 10 kepala berita (masthead) Berita Harian dari 1 – 11 Mac 2011. Tiket kena redeem hari Jumaat kat Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar. I yg memang tgh free sibuklah mencarik paper tu n menggunting mastheadnya. Then I call Ina mintak carikan jugak masthead kt Bhg dia. Dia asyik bising kata xpenah tgk teaterla hapela. So dis time dgn peluang yg ada, takkan nak lepaskan ye tak? Mengumpullah dia tiap2 hari hehe. Then Khamis I call my bff Anie cite nak p tgk teater tu. Diapun bergegas ke Unit PRO mencarik masthead. Then call pulak my mum, dia lg hebat dpt kumpul 20 keping masthead!! Friday lepas I ke Balai Berita, ingatkan 50 keping tu dpdt tukar dgn 5 keping tiket je, rupanya 10 keping tiket u olls!! Mulalah I menyenaraikan sapa2 yg perlu diajak ke teater ni. Lepas tny org tu tny org ni, last sekali smlm yg pegi – Me of cos, my mum, my sis n her hubby, Anie, Nana, Ina, Jai, Ruby kawan Ina from Shah Alam (muka ala2 Fadzlun Abas ex netballer negara) n also Capt Amy, Anie’s friend.

Sampai IB elok je Magrib pastu solat dulu. Besar surau dia, selesalah kalau nak solat sana. Telekung pun ada, depa gantung elok2. Ms nak solat tu I amik saf depan, letak dulu telekung yg I bawak n wristlet depan I sebab nak betulkan tudung (I dah amik wuduk siap2 kt umah). Tetiba kakak sebelah I dongak n tanya:

Her – Er,e xcuse me, nak tanyalah, kat mana u beli telekung tu yer (telekung satin yg boleh fold masuk dlm handbag)
Me – Er Jakarta (dlm hati, eh she looks familiar tp siapa yer?)
Her – Ic, tulah senang kan boleh masuk dlm handbag. I carik kat sini tp xde. Ada jual x agaknya kat sini?
Me – Heee xde kot (Oh baru I perasan. She’s Norzizi Zulkifli, an actress cum lecturer UiTM tu). Then I terdengar sorang young boy baya Fira tanya kat dia – Ibu, ibu lama lg ker?
Her – Dah, ibu dh habis solat dh.
Me – Is he ur eldest?
Her – Ha’a
Me – E dh besar ek? (Saje nak berbahasa hehe)

Then dia bg I tmpt dia suh solat kt situ. Memang dia peramah. Dulupun ms I cuba nasib p audition teater Siti Zubaidah back in 2000, dia yg jd penilai. Ms tu dia xbertudung lg. Lepas I nyanyi n menari zapin lagu Cindai, dia kata sori ye Aireen. U r too skinny utk watak ni. Muahahaha. Skinny u olls! Dululah, skang? Hadoilah hahaha

Pastu p lobi IB, jupe kawan Anie c Capt Amy tu. My mum borak2 dgn dia, kitorg yg lain camerawhorelah kan? Seronok dpt kuar ramai2, Jinglebelliers ada, Smartians ada :) Dh 8.30 pm baru masuk Panggung Sari. Seat kitorg belah kanan tepi menghadap stage, dlm 12 baris dr depan. Start2 je kitorg dh ketawa. Bila Awie kuar lglah, dia sempat selitkan dialog2 HKLBR, terbahak2 pecah perut kitorg! Memang selamber Awie jd Lat! Pendek kata mantaplah teater ni, yg terbaik I tgk so far (pandangan peribadi, tidak ada kena mengena dgn sesiapa). Ms interval break 15 minit, I keluar beli tshirt Lat utk hubby n i. Ms nak masuk dewan balik, I terserempak dgn Hans Issac n Harith Iskander the directors. Mulut dh tergamam tp sempat jugak tu cakap “Hi Guys, so far it’s awesome! They said tq, enjoy d show” *blushing*

So u olls tgu apa lg? Mohle beli tiket kt sini – http://online.ticket2u.biz/
Show dari 16 Mac – 5 April 2011.

With Jinglebelliers - Jai n Ina

With Smartians - Anie n Nana

Smartians again

With Datuk Lat himself in the middle

Feb 13, 2011

Vote 4 Fira!!

U all, jom kita VOTE 4 FIRA??

Step 1:

Like PAGE ni -
http://www.facebook.com/pages/FAREEDANyata-Jelita/279846494413#!/pages/FAREEDANyata-Jelita/279846494413

Step 2: Like GAMBAR ni -
http://www.facebook.com/?sk=lf#!/photo.php?fbid=10150138455144414&set=a.10150138454264414.328374.279846494413&pid=7960162&id=279846494413

Kalau ada rezeki Fira bole menang Kategori Kanak2 Pencarian FAREEDA paling popular di FACEBOOK, selain salah sorg pemenang mingguan :)

Thanx 4 voting ya :)

Butterworth Day 3: 3/2/2011


3 beranak mandi manda


Sdg berjalan berpimpin tgn menuju kereta

Chicky je dua2 :)


Ummi's lil darling muah xoxo

Harini kitorg ke Bt Ferringhi bawa anak2 swimming. I xjoin sekali, leceh nk salin baju. Anak2 bole salin kt situ aje. Hubby pun bole salin belakang keta. Me? Haisy, leceh so 1 option is, not going 2 d beach, jd observer shj. Memang meriah sgt, jln jammed pastu kaum Kelly penuh kiri kanan depan belakang. Yeah, it’s CNY so ramai ambil kesempatan bawa family keluar berjalan2.

Jan 12, 2011

Yg ditunggu dah tiba...

Apakah ia? Hehehe tghari td i dpt jemputan menghadiri Majlis Amanat Ketua Perkhidmatan Bersempena Urusan Pemangkuan M44 pada Isnin depan, 2-5pm @ JPA. Bos minit kt surat tu - Tahniah!! Tp clash dgn DTF12? So i pun mengadaplah bos btau i x pegi majlis tu bos, i pegi DTF12. Terus bos i senyum :)

Delivery Task Force (DTF) Meeting on NKRA Crime will be chaired by DPM dis coming Monday at 4-5pm. Being the secretariat eversince it started in July 2009, no 1 else has been appointed to write the minutes except ur dearest me :)

Drp i x senang duduk dlm Audi JPA tu terkenangkan mesy DTF yg xtau sapa akan ambil alih susun tagging, amik minit n everythg, baiklah i attend the metg je. So sepantas kilat ptg td i isik borang pengesahan kehadiran mengatakan i xdpt hadir n emel kpd u/setia.

Perasaan? Damn good :) Alhamdulillah bersyukur kpd Allah yg Maha Mengetahui n Maha Penyayang. TQ to hubby, Ma, siblings, children, bosses, colleagues, friends, staff n all. Cudn't ask 4 more :)

Nov 29, 2010

Erul's Wedding, 271110

Antara flower girls n boys, Nana is not ready yet. Xnak pakai baju tu katanya gatal2. Haiyer?

Mak2 Andam flower girl. Me xjoin, dh melepasi zaman hehe :)

Pasangan pengantin

Anak beranak Hj Shahuddin. Hujung thn + lg sorang pompuan, yeay!! (Missing in d pic: Hubby - outstation. Saya yg menurut perintah)

Jumaat lepas i cuti, balik kg Bt Pahat cos my cousin, Erul kawen. Nikah dh sebulan kt Segamat, majlis sambut menantu wat kt umah nenek i @ Kg Baru Peserai. Dh lama xde majlis kawen kt umah nenek ni. Last 2004 dulu ms abg si Erul ni kawen. Meriah sgt2, mlm b4 majlis tu ada joget lambak, lepasla gian kejap (mentang2 hubby outstation hehe. Tp kalau hubby ada pun pe salahnye?) Joget adik beradik n sedara mara je.. Tema majlis kawen purple. Fira jd flower girl sekali dgn aunty2 n uncle2 nye yg cilik, anak2 my cousin n Nana (her 1st cousin). Ramai gak jemputan, i xboleh nak bergerak ke mana pun? Duduk je depan pelamin tgk org datang. Airel lgsg xnak letak, nak berdukung jer.. Bl dia tdo baru dpt berjln jupe sedara mara n tgk flower girl bersiap kt umah persinggahan. Selamat pengantin baru to my dearest cousin, Erul n his wife June. Semoga berbahagia hingga ke syurga :)

Nov 19, 2010

Dora's Wedding @ Hulu Langat, 131110

Fira pose dpn kek 3 tingkat

Pengantin pose ala style dolu2, xpandang camera :)

Yellow dress Fira by Anakku

Alunan Gamelan Irama Melayu

Pose dgn MIL, tema majlis: kuning

Antara hantaran yg diterima oleh pengantin perempuan

Buah hati Ummi n Ayah :)

Salam 1 Malaysia!!

Wah, dh ramai yg tanya nape blog i menyepi tanpa berita? Sesapa yg belum jadik follower tu jadikla follower i.. up lah sket my no of followers hehe

Ok ni short en3 je cos ms xmengizinkan w/pun ada byk cite sebenarnya. 131110 cousin hubby, Dora buat majlis resepsi di Hulu Langat. Dia anak bongsu kepada Uncle Lan n Aunty Lin. Uncle Lan abag kpd my FIL. Tema: kuning diraja. Cantik!! I melaram baju Ma n tudung hijabmysuri. Fira i belikan dress kembang kaler kuning from Anakku Alamanda. Airel dh ada kemeja Osh Kosh kuning so xpayah beli baru. Hubby pun ada baju Melayu kuning zaman sebelum bertunang so boleh recycle, xperlu membazir :) I belikan Dora n pasangan hadiah sepasang wedding towel from Aussino, cantik sgt!! I tulis kt kad tu - "Enjoy ur shower moments together", wah gitu hehe

PIL n Dayah dtg umah Jumaat mlm, overnite semalam then pg tu lepas makan bfast (i goreng bihun) kitorg gerak ke Hulu Langat naik 2 kereta. Tiba sana jam 11.45 pagi. Tiba rumah jam 5 ptg. Penat tp layan... esp Alunan Gamelan Irama Melayu. Insya-Allah kalau available i nak book utk wedding my sis in Jan nx year. More pics in my FB yea

Oct 31, 2010

Jemputan Kahwin @ Tmn Kajang Baru

Fira pose ala2 model

Like mother like daughter kan? :p

Pic: Ihsan ina via Blackberry :)

Smlm i pergi jemputan kahwin @ Tmn Kajang Baru dgn Ina n Fira. Hubby tinggal umah tolong jemur kain (hekhek sekali sekala) dgn Airel. Ikut Silk Hiway xsampai 15 minitpun dh sampai umah pengantin. Mak pengantin salah sorang bos di Bhg SM. Lauk pauk dia sedap sungguh, ada ayam masak merah (menu wajib), rendang daging, dalca, sambal goreng n buah oren. Dlm 1/2 jam jugak kitorg kt sana. Fira xnak makan, nk tgk pengantin je katanya. Since pengantin xkuar lg w/pun dh 1.15 ptg (dlm kad kata bersanding 1ptg), kitorg pun masuk umah nk carik pengantin. Tgk pelamin, simple n lawa. Tema: merah campur hitam. Hantaran pun simple, guna mawar merah hidup sbg hiasan dulang, hmmm i like merah :) Then naik atas tgk pengantin kt bilik, pakai lace merah darah campur hitam. Tahniah Kapt (Dr) Aimy n pasangannya Ann :)

p/s: Tahniah jugak sepupuku Erul yg telah selamat menamatkan zaman bujangnya smlm dgn pasangannya Jun. Semoga berbahagia hingga ke syurga :)

Oct 8, 2010

Pot Luck






Harini Sektor 3P wat pot luck meraikan Kak Bada, PT yang akan naik pangkat CC di JPJ nx week. So msg2 bawaklah air tgn msg2.. macam2 ada - bihun goreng Spore, masak lemak udang, ayam masak kicap, kentang masak sambal, rendang ayam, sayur campur, sate, jambu air etc etc. I bawak ayam masak kicap resipi MIL. B4 this dh penah bawak sotong masak hitam, pun resipi MIL jugak. Alhamdulillah, sejak kawin 4thn lepas dh mcm2 masakan yg i cuba. I admit ms anak dara i bukanlah rajin sgt masak2 ni. Sebabnya? Ada 1 kejadian ms i umur 5thn yg menyebabkan terjadi kecelakaan membabitkan api kt badan i. So sejak tu my dad cam phobia n x bg i dekat2 ngan api. Sampaila i kawin, hubby belikan buku masak utk i cuba masak yg simple2. Diapun rajin ke dapur masak (askar kalau xtau masak xlayak jadik askar hehe). My mum pun lepas kawin baru pandai masak, esp my fav lontong n masak lemak ketam walaweh... ngiler!! (Dlm bhs jawa ni. Bhs kita org panggil kecur) My dad lg pandai masak drpd dia hehehe. So skang ni dgn kemudahan internet yg ada, i selalu google resipi utk cuba resipi2 baru. Fira suka masakan yg ala2 sup like bening sayur, sup ketam, sup ayam etc Hubby lak suka ayam masak kicap n my jemput2 ikan bilis cicah dgn sambal kicap :) Airel? Dia suka susu Nespray 1+ hehehe