CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Dec 30, 2010

2010 Ups n Downs

Let's see my 2010 resolutions as belows:

1. To reshape "something" - Done w help from Premium Beautiful :)
2. To wear kebaya for couple of weddings - Done, wore kebaya a few times this year - Aidil Fitri in Bt Pahat, Sector 3P Aidil Fitri Open House, Yaya's wedding n couple of times to ofc
3. To berjinggle bell w hubby n kids in Disneyland Hong Kong - Insya-Allah in 2011 :)
4. To perform umrah - Later, msh mengumpul duit utk buat haji kecil ni
5. To sponsor Ma 4 her 2nd haj (partly) - Still got time. She's flying in 2012
6. To shop Coach - Done, got 4 coaches this year - OP art wristlet, red spec, pink choc sateen convertible n tiffany blue large wristlet. Alhamdulillah :)

Selain KPI yg dah tercapai, antara momen yg menggembirakan thn ni:

1. APC 2010 :)
2. Dpt adik ipar n anak buah baru
3. Isik borang pemangkuan 44
4. Hubby quits smoking :)
5. Family Day @ Villa D'Armour

Ada jugak momen2 yg xmenggembirakan, such as:

1. Bibik bongok yg lari ikut jantan w/pun dapat majikan baik macam i
2. Revenge of d fallen, during 1st BLT event
3. Cold War dgn Mej S, lama jugakla dekat 2 mgu
4. Persengketaan yg dipanjang2kan oleh manusia yg tidak bertanggungjawab. Kesian, budak mentah yg saje nak tarik perhatian
5. Adik kena macam2 - skin allergi kat dagu n jari kaki, tgn kena iron, pecah bibir, last but not least penutup 2010, kena gegata pulak. Sian badan merah2

Harapan 2011 - semoga memberikan kecemerlangan dalam kehidupan, keluarga, kerjaya dan segala2nya, insya-Allah :)

Dec 28, 2010

Santai Bersama Cruise Tasik





Dh 4 thn i duduk Putrajaya, baru kalini dapat merasa naik Cruise Tasik. Bayaran RM30 utk dewasa n RM20 utk kanak2 3 - 12thn. Pelayaran 45 minit keliling tasik buatan tu. Memula cuaca elok, pastu hujan lebat n elok xsampai lg 15 minit nak berenti, hujan reda so merasalah naik dek. Beranganla kejap macam cite Titanic tu :)

Nonton

Gambaran lepas habis wayang

Adik pun dh pandai bergaya macam Kakak

Poster HKLBR

Seperti yg dijangka, we were stranded in Setiawangsa Sabtu lepas. Opah pinjam Kakak nak p ukur baju lepas Asar, gitu gini dah nak Magrib baru balik. Masuk je waktu terus solat n bertolak ke Alamanda. Wayang pukul 8.05 u oll!! Sib baik ada MEX n jln xjem so 20 minit dh sampai Alam. Cepat2 park keta, beli popcorn n masuk dlm. Seat belakang sekali hujung belah kanan. Phew, lega cos baru je start 5 minit. Adik serta merta bangun tdo padahal dlm keta siap berdengkur lg. Best n lawak gile Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sampai skang msh teringat2 gaya Ucop yg handicap tu. Kitorg penah baik dulu cos dia penah jd Special Officer SUPOL MPWKM sekejap. Memang lawak! 2 thumbs up!! Plg best Adik xmeragam. Layan je. Nx time boleh lg nonton wayang together2 :)

Baby Aleya

Bestnye gomol2

Baby Aleya fresh from oven, merah lg

Kakak pangku sepupu terbaru

Adik sempat bergaya kt tengah2 w/pun cemburu

23 Dis 2010 jam 6.45ptg lebih kurang Kak Aida selamat melahirkan baby Aleya (nama penuh masih belum didaftarkan) @ Hosp Ptjy. So esoknya i ke sana melawat depa. Olololo gewamnya budak 3.62 kg tu, pp gebu, kaki ketak2. Bau? uisy toksah cakapla, sgt wangiiiii!!!

Esoknya balik dr wedding anak bos hubby @ Bandar Tasik Pu3, kitorg menyinggah Setiawangsa bawak anak2 pulak tgk sepupu terbaru diorg. Kakak memang excited gle, Adik yg macam confuse n ala2 jeles bl Ummi dukung n cium2 Aleya. Cemana nak ada adik ni? Hihihi :P

Dec 24, 2010

Greatest Gift of All

Ni hadiah pertama utk mulakan 2011:-



Ni plak hadiah ke-2, baby Aleya:-



Last but not least, hadiah ke-3, a hard-to-find-tiffany-blue-coach which i'll be getting nx week:-



Alhamdulillah :)

Dec 22, 2010

Alfatihah

Arwah melaksanakan tugas terakhir sbg Pengerusi BAKAT

N3 ni khas utk arwah Pn Saharima Malik, isteri Pegawai Memerintah Rejimen TUDM Jugra yg telah kembali ke rahmatullah pd 18 Dis 2010. We all dpt berita tu ms di Melaka, terus Sabtu mlm tu hubby ajak balik KL nak p ziarah. Sampai Tmn Putra Ampang 2.30pg. Esoknye kitorang mengiringi jenazah ke tanah perkuburan di Kuala Pilah. Arwah meninggalkan suami tersayang dan 5 org cahaya mata. Yg sulung baru form 4, yg bongsu baru 4thn :( Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beriman. Alfatihah.

p/s: Arwah selalu msg kalau ada prog2 BAKAT yg i boleh join. Malangnye boleh kira dgn jari berapa sgt program yg i dpt join. Tupun kalau prog belah malam. Aktiviti masakan sekalipun i xpernah organize padahal arwah lantik i jadi AJK Masakan BAKAT Tahun 2010 huhu

Minute Writer

I dh siapkan minit mesy smlm dgn jayanya jam 11.35 pg td. Boleh je sebenarnya nak siapkan smlm tp byk lak maklum balas nak kena buat. Lagipun buat minit ni kena ada feel. Nasib baik mood pagini ok, tu yg bersemangat waja nak siapkan. Dah siap td i hantar ke pej TSUB utk semakan. I pass kat PA dia je since he's not in. Xsampai 20 minit TSUB tu sdri dtg balik hantar kt i kata ok. Dia cakap ni -

T - Ok Aireen, boleh proceed utk kelulusan (cos pasni kena dptkan sign SUB pulak). Baguslah minit u, u memang dilahirkan utk buat minit eh?
Me - Erk? x terkata i. Hehehe i sengih kerang jer :P

Wah ni yg x tahan ni hehehe. TQ to my previous bosses - Dato' R n Tan Sri W yg byk mengajar cemana nak buat minit yg bagus. 1st time i sambung buat minit mesy yg peg sblm i tinggalkan ms thn 2007 dulu, 12 kali i kena ngadap Dato' R utk semak-betulkan-semak-betulkan. Dia kata, jgn serik Aireen. This is 4 ur own good. Now that i'm doing minutes of meetings chaired by PM n TPM n KSN n KSU, i'm damn proud of myself(bak kata Ina, masuk lif tekan sendiri. Eleh, ada aku kisah? Memangla kena tekan sdri kan? hahaha. Mst Ina xbg i naik keta dia lg pasni ****Lari!!!***)

So let's celebrate. I'm drooling 4 Prosperity Beef :)

Dec 21, 2010

Loan Shark

Pg td ms i tgh bermesy, tetiba ada call in from a lady but i ignored cos tgh catat keputusan mesy (biasalah pencatat minit). Xlama lepas tu dia msg pulak - Salam aireen, cemana ngan penyata tu, dh dpt ke? Note - kan i ada minta penyata dari sebuah bank last week utk setelkan personal loan i kan? Actually i buat overlap utk kecikkan potongan bulanan so dat potongan bulanan xbesar sgt n ada lebihan utk buat saving 4 Airel. Kakak dh ada saving. The text msg came from a lady who does consultancy 4 overlapping. Let's named her s P (Pengor). I ignored jugak d msg then out of blue she sent this 1 - Emm nape xbtau dh buat loan baru? Kalau btau kan senang xpayahla sy dok sibuk2 flow up tny? (Note: I rasa dia checked dlm sistem by using my ID no. The system can tell u either the person's loan has been approved or what not).

Wah, i got pissed off!! So enjoyed the "mean" conversation below:

Me - Eh kenapa nak marah2 ni? Ur job is to follow up. I’ve got a better offer so i'm using my rite. U r not professional. I'm having a meetg now. I’ll col u afterwards. Very rude n kuang ajar.

P - Sy xkisah xbuat dgn sy tp jgn tipu cakap penyata xdpt lg ke apa? Bgtau terus terang dh buat tmpt lain so sayapun xpayah nak tny2 lg. Jgn cakap org kurang ajar, awak yg kurang ajar sbb cakap org lain kuang ajar. (Note: Penyata here refers to penyata penyelesaian awal bg personal loan)

Me - Masalahnya i xcakap pun penyata belum dpt? Last time u col i dlm metg kan? I pun xtau loan i dh clear ke belum?

P - Emm... pk secara logikla sikit, dh tau masuk meetg offla handset tu, org lain yg col bukannya tau awak buat apa? Xkan xtau adab / peraturan bla ada majlis rasmi. Huh nak tergelak rasa.

Me - Peg kerajaan ni flexible, xbole jawab col tp bole text msg. I xrugi u pun xrugi apa2 cume terserlah sikap u berurusan dgn client mcm mana? I lg gelak guling2 hahaha

P - Sy dulu peg ker berpangkat, xpayah cite sume tu, kla byk keje nak buat.

Me - Xpayah jugak mention berpangkat. Kalau pangkat tinggi u x ada sikap mcm ni. Anggap jelah rezeki u dgn org lain. Nasib baik xambik dgn u, it shows ur true colors.

Hah, penuh diplomasi i "bagi" dia. Kalau ikut hati nak je kuar meetg room tu n maki hamun tp kang terlepas plak sume keputusan penting. Haiye, teruk betullah ini loan shark!! What the J? (bak kata En. P, but not this P haha)

Dec 20, 2010

I love Coach

Designer bags clearance sale

Kakak tgh ushar wristlet

Pelbagai pilihan

Makcik2 tgh memilih

Ni yg kitorg berkenan tp sudahnya xbeli pun :)

B4 kuar umah ke KLCC Jumaat lepas, i terima text msg from my cousin kata ada clearance bags sale kt Putrajaya Marriot Hotel fm 10am to 5pm. Ada Coach u oll!! Bergegas ajak hubby ke sana. Sampai2 je org dh ramai berkerumun so kitorgpun memilihla apa yg patut. I dh berkenan 2 beg ni, hubby berkenan 1 wallet, Fira pun ada berkenan 1 wristlet. Bl membelek2 alamak mcm rushing je nak membeli? Plus mcm x byk choice. Eventually kitorg terus ke KLCC w/pun dh sampai turn nak membayar cos hati berbelah bahagi. Kalau dh hati kata begitu, memanglah xpayah menunggu lama, angkat kaki saja hehehe. Nway tq to cousin yg memaklumkannya. At least kalau nak beli kt blog i dah tau ukuran beg2 Coach tu cemana. To me still lg murah beli authentic Coach via blog. Ada jugak yg price tu sama je mcm beli kt boutique. Apapun tepuk dada tanya selera. Kalau mampu beli jelah yea?

Mr Bean is in town

Pandangan backdrop 4 Mr Bean's Christmas dr tingkat atas

Nampak kan mini Mr Bean yg kuning tu?

Front cover pamphlet

Fira dgn keta Mr Bean

Bunting Mr Bean's event

Lepas i buka puasa Khamis lepas (sekadar minum milo n cicah ngan biskut alas perut, kitorg ke Mines Shopping Fair nak membeli toc. Sambil tu dinner sekali kt KFC. Ada pameran Mr Bean n his stuff sempena Christmas. Disebabkan stok toc xde so kitorg just snap photo anak2. Esoknye pg2 dah ke KLCC membeli apa yg dihajati :)

2010 Family Getaway

Villa 838

Poolside at the villa

2009 family Hjh Fuziah ke Desaru, so thn ni our family decided ke A'Famosa pulak.

Itinerary day 1 - Checked in at 6pm, hujan renyai2 sepanjang jln. Sampai je villa 838 terus teruja tgk swimming pool, mak org pun teruja gak hahaha. Apa lg, elok je hujan berenti terus terjun dlm pool syiok wooo!! Masuk je azan i pun buka puasa, hubby siapkan milo panas then munching buah mata kucing. Ada gak nasi impit n rendang daging wat alas perut.

Then lepas Maghrib kuar dinner to Alor Gajah. Hajat di hati nak makan Seafood kat Naan Restaurant near Pantai Tg Pu3 (tempat my dad selalu bawak makan time gaji ms we all dok Melaka dulu) tp bcos big bro kata jauh so makan jelah apa yg ada kt Alor Gajah tu. Sgt mengecewakan :( Sayur je byk, seafood boleh dpt celah2 sayur je huhuhu

Mlm pas Airel n Aisy tdo kepenatan, belasah durian plak. Walaweh dapat plak yg pahit2 tu pergh... layan. Dahla bukan musim durian skang, hubby terjupe durian ms singgah beli buah petang tu kt pekan Alor Gajah so terus sambar 5 bijik. Alhamdulillah ;)

Airel pengsan kepenatan

Belasah durian, ngiler!!

Itinerary Day 2 - Pg2 Aisy dah bangun ajak mandi kolam. So kitorg tgu Airel bangun then 3 beranak terjun kolam balik :) Bl perut dh lapar baru naik, mandi n siap2 nak p lunch pulak. Pusingla kejap p Pantai Tg Pu3 tu carik kot2 ada seafood yg bukak time lunch tp xde. So p Pantai Klebang pulak carik makan. Last2 berenti bawah pokok makan rojak. Ada yg makan mi kari, bihun sup etc. Destinasi seterusnya - Bandar Hilir. Merasalah naik beca w/pun parking penuh. Then membeli belah props utk dipakai mlmnye ke Cowboy Town. Yihaa!!

Balik dr Bandar Hilir singgah villa jap mandi n solat then ke tapak BBQ menikmati dinner. Yummy!! Pastu balik villa lg bersiap dgn pakaian cowboy, hahaha ala2 masqueradelah plak :) Masuk je Cowboy Town org dh penuh so cepat2 carik seat utk tgk Carnival, perarakan binatang n manusia berpakaian beragam :) Kuar balik villa dlm 11 mlm then i kemas brg utk balik KL mlm tu jugak. Hubby dpt call his CO's wife aka my Pengerusi BAKAT passed away after Maghrib due to heart failure. Sempat jugak dlm sibuk2 tu kitorg celebrate birthday Kak Aida in advance. Patutnye 24 Dis tp takut dia terberanak nt so celebrate awal hihihi.

Mcm pro je ummi pakai swimming suit tu hehe

Gambaran di Pantai Klebang lepas lunch bawah pokok

Beca yg kitorg naik ber-3

BBQ time!!

Cowboy ladies :)

We all bertolak balik ke KL 12.30am, sampai Tmn Putra Ampang 1.30am. Hubby je yg berjupe CO dia menyampaikan ucapan takziah. I jaga Airel yg tgh tdo dlm keta. Fira xikut balik, tinggal dgn Opah dia utk mewakili kitorg ke Wedding Yus, my cousin yg buat wedding reception belah pompuan kt SACC Ahad t/hari tu.

Memang best family day kalini. Last i p A' Famosa 2007, ms Fira belum pandai jalan lg. Nx year ke mana pulak yea? Mari senaraikan tmpt2 menarik utk dilawati :)

Dec 17, 2010

Tragedi Disember

Ptg smlm lepas amik anak2 balik school, i meround la kejap kt Presint 11 tu since xboleh nak p playground, hujan renyai2. Sekali tu nak membelok ke kiri ada 1 keta ni nk lalu jln yg sama tp berlawanan arah. D thing is ada keta lain park kt tepi jln tu (dpn umah dia gaknya) so i bglah pompuan tu jln dulu sebab i tgk kalau i jln dulu mcm xmuat je. Since keta dia kecik sket, i bglah dia jln dulu. Tp pompuan tu macam hati kering, dia statik je dungu dok dlm keta dia. Isy, awat xjalan2 lg ni? Dia bg i jln dulu ke? Muat ke? Kang tergarit keta dia cane? Dekat 2minit camtu bl tgk i pun xjalan jugak, dia bg signal ke kanan. Rupanya jln yg i himpit kiri tu block jln masuk parking umah dia. Apelah lahabau sgt? Ko xboleh ke bg signal dr awal? Mcm haram? I pantang sungguh driver yg xbg signal, hatta nak belok ke rumah sdiri. Pantang itu semakin memuncak bl lady driver pulak yg buat? Kang kalau kata lady driver ni lemb... marah, though i pun lady kan? Tp beragaklah kalau dh nampak i nak meneruskan perjalanan ke arah bertentangan. Dgn muka keringnye, dgn xangkat tangannya bl i dh berundur bg jln, memang ngok!

Airel pulak ms tu tgh dok atas riba i, memang salah meriba anak w/pun dlm kawasan perumahan. Tp drpd dia melalak lebih baik i pangku dia. Tgh kelam kabut nk mereverse keta tulah dia pulak melangkah nak ke seat sebelah. Sudahnya, dia terjatuh terantuk kt pintu seat penumpang. Dahla lg kuat melalak. I pull over berenti tepi, tgk mulut dh berdarah. Cepat2 balik umah i letakkan ais. Dia makan pulak ais tu, haiye adik ni! Pecah jugaklah bibir tu. Tgu hubby balik nak bawak p klinik cos i carik ubat surut bengkak dh habis pulak. Sudahnye i EL harini nak bawak dia p check up kt Ampang Pu3. Dahla cuti i tinggal sekentut je huhuhu :(

Kesian anak Ummi, muncungnye lebih pjg drp biasa. Tp luckily Airel ni anak yg kuat. Terantuklah macam mana pun, terjatuhlah macam mana pun, dia nangis kejap je, tupun utk tarik perhatian bukannya sakit sgt pun. Kena penangan DiPiEA gaknye? Yelah i "terasa" kehadiran dia ms baru habis modul polis. Dh 3 bulan pun i masih lg berlari 2.4km keliling EinTone. Semoga bibir anak Ummi cepat sembuh, Amin.

Dec 16, 2010

Sesekali Kurasa Teringin

Harini i puasa sunat 10 Muharram atau jugak dikenali sbg Hari Asyura, insya-Allah. Sedapnya kalau berbuka nt dpt makan bubur Asyura nyum nyum. Ni antara wishlist juadah untuk berbuka ptg karang, dpt merasa 1 pun jadikla hehehe.

1. Ayam penyet

Pg2 baca blog my cousin ada cita pasal AP, terus letak AP di wishlist pertama hehe

2. McD Prosperity Burger

I nak yg single sahaja, kerana mulut mungil ini hanya boleh diisi 1 burger shj pd satu2 ms ahaks

3. Bubur lambuk

I nak yg dimasak oleh Mak Besor, my ninda huhuhu tp mustahil krn harini beliau di BP, cucunda pulak di Ptjy :(

Rasanya yg plg cepat is wishlish no 2 :) Best kalau buka puasa ramai2 :)

Dec 15, 2010

Yaya's Wedding, 10 & 11 Dec 2010

Sedang merewang...

My cousin Siti Sarah aka Yaya (she's only 25, sebaya my baby sis) telah selamat melangsungkan pernikahan dan persandingan last weekend @ Tmn Murni, BP. I went back to BP rite after work last Thursday n terus ke rumah pengantin untuk rewang memasukkan telur pindang dlm bekas yg cantik berwarna pink sambil dibantu oleh Fira. Mentang2lah Opah balik lewat kemain manja lg dgn Ummi yea.

Esoknye majlis nikah dijadualkan lepas Isya' so b4 Magrib we all bertolak dr kg hubby @ Sri Medan, singgah solat jamak di surau Tmn Murni then terus ke rumah pengantin. Sempat pose atas pelamin lg. Rerupanya tok imam kena menyampaikan ceramah dulu baru dtg menikahkan pengantin so dekat 11 malaM jugaklah majlis selesai. Congrats dear. Semoga berkekalan hingga ke syurga :)

Pose atas pelamin, tema pink putih

Yaya with Fira, senyum serupa tp x sama

Esoknye majlis persandingan, 1 keluarga mengenakan pakaian berwarna pink. Pengantin perempuan nampak berseri2. Pandai dia bawak diri bersalaman dgn semua sedara mara yg telah sudi hadir dr jauh w/pun xdapat nak menolong apa2. Tulah tanda manusia yg bijak, yg tidak menongkat langit dan merasa diri tu dh hebat sgt.

Pasangan pengantin, sama cantik sama padan :)

I frust jugak majlis gathering family Hj Ahmad hari tu x seceria yg diharapkan. Yg i pelik hari pertama n kedua i sampai, amboi bukan main lg bersalam-salaman, berlaga-laga pipian. But then bl turn my mum n sis sampai keadaan berubah pulak. Xkanlah sebab nila setitik rosak susu sebelanga? Apa salah i n my mum sampai ada sepupu sepapat yg menjuih muka? I boleh rasa my mum sgt terasa hati. Byk actually dia dh tlg my sepupu sepapat yg xsedar diri ni. Kalau ikut hati memang i laserkan aje diorg ni tp masing2 dh besar pjg. Dh bersekolah tinggi, dh bekerja pun. Tp ah xheranlah kalau belum graduasi n berjawatan tinggi perangai korang dah macam ni? So dgn berat hati kitorg pun pergi membawa diri... ceh poyolah!

Senang cite mcm nilah - yg muda disayangi, yg tua dihormati. Kita kena hormat org lain dulu kalau kita nak org lain hormatkan kita balik. Moral of d story is, kalau korang rasa korang dh bagus sgt, ada lg org yg lebih bagus drp korang. He pays cash nowadays. Jgn lepas ni ada apa2 urusan pasal Kerajaan, korang mintak tolong dgn Kak Inn yea. After all, Kak Inn ni PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK gred 41 je. Korang ada? Hahaha evil sekejap :P

Family members of Ahmad Shahuddin. Not in d pic - Hubby yg tgh tdokan Airel dlm keta, Fira n Nana yg hilang merayap ntah ke mana, Ayah Dude yg bekerja n Didi (Cokelat) yg tgh snap photo

E-Cigarettes

Sempena Maal Hijrah 1432 Selasa lepas, hubby pun melakukan penghijrahan terbesar dlm hidupnye dgn tidak lg merokok sebaliknye menggantikannya dgn e-cigarettes. Boleh surf http://ecigaretteschoice.com nak tau lebih lanjut. Alhamdulillah bersyukur sgt2 dgn perubahan yg berlaku. Heavy smoker ni bukan shj membahayakan nyawa diri sendiri tp org2 d sekeliling. Kalau diri sendiri yg sakit xpelah jugak tp passive smokers yg sebenarnya menerima kesan lebih teruk. Seronok rasanya dh xde lg bau asap cos wap yg dikeluarkan bau vanilla. Cuma mulut sentiasa nak mengunyah menghilangkan gian dan kesannya dlm seminggu dh nampak perut (sblm ni bukan xnmpk perut tp perut itu tidak membukit hehe). Ada canla escape perbarisan nx yr :P Yg plg best mestilah sebab bibir itu berperisa vanilla sekarang (18sx) weeeee..... :)

Dec 9, 2010

Setelkan awal

Smlm i ke sebuah bank di Presint 8 utk dapatkan penyata penyelesaian awal. Dh 2thn i buat personal loan. I mohon penyata tu Jumaat lepas n lepas bayar RM50, i ke tingkat 1 utk isi borang permohonan. Lepas isi nama n ic no, peg wanita tu kata "u dtg amik Rabu depan ye". Aik, cepatnye? 2 hari bekerja (Isnin & Rabu. Selasa cuti Ma'al Hijrah) dh boleh siap? Padahal polisi kata 7 hari bekerja? Kira baguslah tu.

So smlm lunch hr i ke sana lg dgn harapan penyata tu dh ada. Peg lelaki yg betugas ms tu keluar masuk pej pentadbiran nak carik borang permohonan i cos penyata masih belum ada. Siap tanya lg bl submit borang & siapa yg suruh dtg harini (Rabu)? Semak punye semak, la?? X submit pun lg borangnye? Ada dok tercongok atas CPU kt kaunter tu. I dh mula nak hangin. Korang yg suh dtg harini, tup tap belum submit pun lg? Then keluarlah peg wanita yg i jupe Jumaat lepas tu.

Dia tanya, "bg pada siapa ye borang tu?" I dgn sopannya gunakan ibu jari tunjuk kat diri dia sambil sengih sumbing. Termalu kejap. Terus dia printkan penyata i n masuk dlm suruh bos dia sahkan. Ceh, sehari pun boleh buat rupanya? Xpayahla kata 7 hari kan? Sekarang kan dh byk touchpoints utk rakyat sempena gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan? JIM pun dh boleh siapkan passport dlm ms 1 jam, xkan pihak perbankan xboleh proses penyata tu dlm sehari ye tak?

Dec 8, 2010

Suluhkan Sinar



Tolong, saya mau itu!!

Dec 6, 2010

Aircraft Pegi Mana?

Tgh mlm td hubby called btau dia naik aircraft jam 10 pg n insya-Allah sampai Subang t/hari. Gitu gini p amik keta kt Jugra dlm jam 2/3 ptg akan sampai umah di Putrajaya. So i assume lepas keje terus jupe hubby di umah then solat Asar berjemaah pastu sama2 baca doa akhir tahun. Then sama2 solat Magrib berjemaah pastu baca doa awal tahun pulak. Lepas Magrib baru pulang ke Setiawangsa amik anak2 then pulang ke Putrajaya semula. Tu rancangan i tp rancangan Allah lebih baik.

Bl kul 8pg td hubby called kata harini xde aircraft, i pissed off kejap. Xde aircraft? Nak balik ke xnak balik sebenarnya nih? Dahla sepatutnya diorg dijadualkan balik dr ________, Sabah semalam. Pastu delay harini pulak. Pg2 buat darah org menyirap kata xjadik pulak sbb aircraft xde. Aircraft tu pegi mana agaknya? Sebanyak2 aircraft milik kerajaan Msia, 1 pun xde? 1 pun xavailable? 1 pun xboleh nak bawak balik diorg yg dh habis latihan di negeri Sabah tu? Mcm mana perancangan diorg ni? Sapa organizer sebenarnya? Kalau delay msh boleh terima lg. Tp ni, aircraft xde? What the fish? Esokpun belum tentu diorg balik, cos esok cuti umum, Maal Hijrah. Katalah balik Rabu, tup tap xde aircraft jugak? Nak balik guna tambang sendiri? Pantang seorang ketua meninggalkan anak2 buahnya di medan perang. W/pun dh xde perang sekarang, tp tu polisi. Jeneral tulah org yg terawal sampai & dia jugak org yg terakhir meninggalkan medan peperangan (sempat berfalsafah w/pun hati tgh geram).

Senangla org bercakap, ada hikmah d sebaliknya xjd balik harini? xperlu besarkan benda kecik. Huh! I yg dh berjanji dgn anak2 kata ptgni balik dgn Ayah tu sapa nak jawab? Ingat budak2 xde perasaan ker? Mangkuk betul! Ni kesimpulan yg i buat - mentang2lah diorg tu bukan VIP, sesuka hati je nak suh diorg balik bila ye? Kalau VIP, awal2 lg dh balik. Habis je keje tercongok aircraft menunggu. Lepas tu kalau dh "berlaku apa2" baru nak kaji balik itu ini. Podah!!

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun: (Baca 3x sebelum penghujung waktu Asar)

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun: (Baca 3x selepas solat Magrib)

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Dec 4, 2010

Minyak Campur Air

Airel dgn Diddy aka Cokelat

Sista tersengih, mentang2lah yg kt belakang semua dh turu (tido)

Cokelat cepat2 nak kuar check apa kejadian?

Lepak tgu pomen sampai

Kisah ni berlaku otw kitorg nak balik BP last week sempena menghadiri majlis perkahwinan sepupu i, Erul. Cokelat (bakal adik ipar i) yg drive keta since hubby is away. Sista dok kt seat penumpang depan. Me, Airel, Baby Sista, Ma n Fira dok seat belakang. Kuar je tol Pagoh, i cakap kat Cokelat nt kita isik minyak kt Petronas Pagoh. So Cokelatpun berentilah kt Petronas Pagoh (terletak di Pekan Pagoh, lebih kurang 100meter sblm susur kanan ke Dusun Damai). Isik minyak RM100, full tank sebab simbol minyak dh blinking. Tp by the time nk start keta balik, eh eh pesal mcm xsampai nih? Xkan bateri kong kot? Padahal hubby baru je tukar bateri last week? Cokelat bukakla boot depan tu konon2 mcm terer nk cek itu ini tp xboleh start jugak. So diapun tolaklah keta ke tepi sket n berlari pergi carik mekanik kt bengkel berdekatan. Masatu dh 6ptg lebih dh, nasib baik bukak lg bengkel tu.

Bl mekanik sampai, aik dia kata diapun xtau apa yg xkena but definitely bukan bateri n diapun xberani nk buat pape kt keta i. Dia kata kalau takat Wira tu dia beranilah pegang. Alamak mekanik gred apa ni? Terusla i call my bro yg terer bab2 keta mcm Macgyver tu n cite kt dia problem keta i. My bro dh selamat sampai BP dh from Klang.
Dia tanya "Awak isik minyak kt Petronas Pagoh ke?"
"A,ah, nape?"
"Abgpun isik kt situ td, tp lepas isik keta jln sangkut2 cos maybe minyak dia dh bercampur air."

What the fish? Minyak campur air? Abis cemana ni? Tetiba tgh dok kalut call dia tu, ternampaklah sebuah Unser ni baru lepas isik minyak jugak tp terus xbole start n kena tolak jugak ke tepi. La? Pahal ni? I pun beranikan dirilah masuk kaunter dlm Petronas tu & inform pemilik Petronas tu problem i. Pak Hj tu xcakap byk, terus check tangki minyak belakang premis dia n dtg btau yg memang tangki minyak dia bocor & dh bercampur air. Wah..... kalau i x buat aduan, sampai bila2lah kan dia x tau masalah yg berlaku kt tangki minyak dia? Credit to myself, clap, clap!!

My bro pakai Vios 1.6 so msh boleh bergerak lglah kalau minyak bercampur air. Mine 2.0, Unser tu pulak 1.8. Bl tangki makin besar susahlah enjin nak inject petrol yg dh bercampur air kot? (my own theory).So penyelesaiannya, dia panggil pomen dia utk check keta kitorg (me & pemilik Unser tu). Bila pomen sampai, diorg decide utk sedut balik minyak tu & tukar minyak baru. Masalahnya ialah keta i ni fully computerized plus xde saluran kt bawah keta utk disedut minyak tu kuar. Kalau sedut dr lubang masuk minyak pulak, xsemua minyak dpt disedut keluar. Mcm2 daa... Unlike the Unser, keta tu ada saluran kt bawah keta n boleh sedut minyak so setellah. Penyudahnya, Pak Hj tu offer pakai keta anak dia, Vios baru utk tukar pakai buat bawak balik BP sementara diorg bukak enjin keta i & tukar minyak baru. Semua perbelanjaan Pak Hj tu tanggung (patutlah kan cos salah dia). Dekat 2jam 1/2 jugaklah berkampung kt Petronas tu. Kitorg selamat sampai BP dlm kul 10.30 mlm. Sampai2 je carik nasik dulu, kebuluran.

Esoknya Cokelat turun balik Pagoh utk amik keta yg dh siap bukak enjin & tukar minyak baru. Alhamdulillah, semua selamat. Moral of d story utk semua pemilik stesen minyak, perlu selalu check tangki minyak anda. Pak Hj tu beria2 check tangki dia lepas i buat aduan 2 kereta yg terlibat (plus cara i buat aduan yg sgt bersungguh2 gayanya). Cuba kalau keta i sorg je yg terkena, mau dia nak layan? Tp kalau xlayan i buat report polis jelahkan? Pedehal? I pun xjadi nak post Surat kpd Pengarang menceritakan kisah ni mengenangkan i sekeluarga dh selamat n segala perbelanjaan ditanggung. Kalau tidak, harusla buat aduan biar 1 Malaysia berhati2 dgn kejadian seperti ini.

Kisah Natrah

Gambaran dgn patung pelakon utama, Mansur Adabi & Natrah

Habis teater, para pelakon diperkenalkan kpd penonton

Dr kiri Nik, Nurul, Anie n me

Gambaran lg dgn poster besar Natrah

Tiket RM50 tp dpt diskaun RM41.50 sebab beli awal

Smlm i berkesempatan menonton teater Natrah 2 @ Istana Budaya. Tayangan Natrah kali pertama i dulu xdpt pegi so kalini since hubby is away, awal2 i dh pesan kt my BFF utk booking tiket. Alhamdulillah w/pun lewat beli drp diorg rezeki tu msh ada :) Lepas amik my BFF kt umah dia terpaksa menempuh traffic jam di Jalan Tun Razak. Keta kena park kt luar cos belah dlm dh penuh. 8.15 dh masuk IB tgu lg sorg BFF n kawan dia yg pegang tiket. Tgu punye tgu punye tgu, sampai teater dh start kawan kpd BFF tu belum lg muncul. I dh kecut perut takut xdpt masuk, mcm sia2 jelah kan i bersiap n beria2 nk tgk Natrah tp kesudahannya xdpt masuk? Bl kawan tu dh sampai, lewat sbb traffic jam jugak, dlm 20 minit camtu kitorg kena tgu kt luar dulu baru CC IB bawak masuk. Seat kitorg 5 row dr depan stage so memang nampak jelaslah segala2nya. Duduk2 je Sofea Jane (Natrah sewaktu berusia 70thn) sdg bermonolog. Barulah paham kenapala kisah Natrah ni dijadikan isu besar zaman 50an dulu? 2jam lebih jugaklah duduk kt dlm tu. Plg best semestinya ms Remy Ishak & Natrah menari lagu ala2 Bollywood. Ala sweetnya... menjerit2 kitorg bersorak. Pandailah Erma Fatima masukkan elemen muzikal tertentu pd babak tertentu so xdelah membosankan sgt tgk cite yg serius mcm tu.

Overall i bg 5bintang utk semua tenaga produksi & para pelakon yg menjayakan teater ni. Tayangan disambung hingga 7 Disember 2010 disebabkan permintaan yg menggalakkan. So apa tgu lg? Cuma frust xberkesempatan amik gambar dgn RI huhuhu. Memangla b4 masuk teater tu dh amik gambar siap2 dgn patung2 diorg kt luar tu tp xsama kan? I beli poster & 2 soundtrack cos my BFF sorg lg pesan. Ms tgh beratur nk dptkan t/tgn para pelakon, tetiba budak2 kt depan i menjerit. Rupanya RI & Maya Karin keluar kejap dlm 2 minit camtu nak sign autograph & gambaran dgn peminat. Kejap je then diorg masuk balik, maybe kena menghadap Tuanku Najihah yg turut menonton smlm. Hai, kalau dulu sesenang je nak jupe pelakon2 teater ni kt Bilik VVIP. IB ada nak pakai PSU 41/44 x? hehehe