CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Jul 29, 2010

Ahli Ahmad Shah Pahang

Turquoise pump n clutch by Vincci

Nila pingatnya

Kt dalam Balai Penghadapan

Pose depan Balairung Seri

Pose lagi. Gambar berdua ngan hubby dpn balairung ni xde softcopy. Nt i suh hubby mintak kat Supt Johari PDRM yg sama2 dpt pingat ni

Hubby balik from Paris last Sunday, sampai umah ~4.30pm. Then kitorg shoot to Kuantan at 6.30pm, singgah Mindef jap nak amik brg from hubby's fren then wat jamak Maghrib n Isya' kt Setiawangsa. Hubby belikan parfum utk ma, siblings n in-laws. Utk niece n nephew xbeli apa2, hubby kata x sempat shopping. X sempat? Kalau i, shopping comes 1st hehe. Then ~9pm gerak to Kuantan. Sampai Seri Malaysia ~12am.

The next morning hubby g rehearsal so i bawak budak2 p bfast n swimming then rest je kt hotel. Ptg after hubby puas tdo baru kuar g makan, gunting rambut hubby n carik my cluth bag to match it w my outfit. Then malam tu after hubby siapkan baju utk d event, dia gerak ke Batu Pahat pulak to pay a last visit to his anak buah yg terkorban masa latihan payung terjun @ Gong Kedak. Alhamdulillah everythg went well. Jenazah selamat dikebumikan at 3am n hubby gerak balik to Kuantan. He arrived Kuantan safely at 6am.

Lepas subuh n siap2, we had breakfast 1st then off to Pekan. Sampai sana 8.30am, masih belum ramai lg so we were loitering around. ~9.30am baru masuk Balairung Seri n i carik spot menarik nk tgk Tuanku Sultan n d recipients. Recipients dlm 100 lebih, yg menerima darjah kebesaran membawa gelaran Dato' Sri ada 4 org n Dato' ada 55 org. These recipients bole duduk sebelah wives msg2 whereas yg menerima pingat kena duduk asing2 dgn spouse. x kesahla tu, bukan senang nk masuk istana. Dlm surat jemputan, penerima dan tetamu wanita awal2 diingatkan supaya tidak memakai baju kurung / baju kebaya labuh yg sedondon head to toe / sebarang pakaian berwarna kuning / putih. Yg lain, belasah. So i memang dh tempah 1 baju kt butik in Batu Pahat ni, harga dia RM500 u ol. So baju itulah yg i pakai ke Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. Hubby kata, voguenya cyg.. Hehehehe sekali sekala. Tu baru dpt AAP, kalo dpt Datukship, lagi melaramla mak hahaha but i always believe that less is more so dat's what i was wearing. Baju pink bunga turquoise matching dgn tudung, cluth n kasut turquoise jugak :)

Seronok tgk gelagat org dlm Balairung Seri tuh, ada yg ambil gambar, ada yg sibuk bersms (or berFB like me), ada gak yg tdo. Besalah aircond sejuk, lama lak tu nak nunggu. More or less abis majlis ~12pm then majlis makan tghari n sesi bergambar. Mana2 Dato' chinese yg kaya dh appoint personal photographer awal2 so kitorg kena ikut turnla. Luckily hubby dpt info drpd kawan2 suh p Balairung Seri cepat2 pas abes makan so kitorg antara yg terawal amik gambar dlm tu :)

Last but not least, congrats hubby. May it bring u extra spirit n motivation to work more efficiently in the future.

Jul 23, 2010

Smashed Chicken aka Ayam Penyet

Tengok gambar pun dh kecur kan? *Pix from Google*

Ina n i patutnye gi ziarah our DPA colleague - Kak Yan kt Tmn Keramat yg bersalin awal bulan haritu.. we were supposed to visit her last week tp xjadik due to some reasons so we decided to visit her today during long lunch break. The thing is, either me or Ina didnt inform her earlier, konon2 nak surprise gitu! So we went off at 12.15 sharp, using my Vitara via MEX. Baru 12.30 tp dh 1/2 jalan nak masuk Bangsar exit, suddenly Kak Yan called Ina saying that she's in Seremban, visiting her sis in law. Aiyo!! So i slowed down d car, back to 80km/h. B4 dat i pecut 140 :P (well actly keta tu bawak 140 baru rasa kelajuannya, otherwise bawak 110 mcm bawak 80 jer).

Then Ina kata, kita p Mid Valleylah. I no hal, terus exit Bangsar then nk carik exit to Mid Valley x jupe2. Last2 masuk DUKE terus melencong ke Wangsa Maju n stopped at Wangsa Walk. Dh sampai sana, pekena ayam penyetla (AP) apa lg. Dahla i dh lama teringin nk makan AP ni, eversince dgr senior2 kata AP kat Bangi tu layanla etc etc. D thing is, none of the jinglebelliers knows d place of AP in Bangi. So, alang2 dh sampai Wangsa Walk, i led d way (cewah) to have AP w Ina. Selain Wangsa Walk, branch lain ada di Subang Jaya, Dataran Sunway Mentari, Bangi, Puchong, UEP Subang jaya & Mid Valley Mall. Yg paling sedap of cos sambal dia, nyum2.

Sikit info on AP - Ayam Penyet is a traditional Indonesian cuisine which originates from Surabaya. It is a popular chicken dish where the fresh chicken is specially marinated with various spices and herbs . The meat is then smashed with a wooden headed hammer and deep fried until golden light brown. One of the unique feature in preparing this funny name dish is the art of frying where it is crispy from outside and juicy inside. The other dishes served here are traditional Indonesian food which are also popular in Singapore and Indonesia. Our signature dish, Ayam Penyet-AP is served as a set. You get a quarter crispy chicken, a piece each of fried beancurd and tempe, some boiled kangkong, fresh cabbage, blazing hot sambal belachan and bits of crunchy golden brown fried fritter topping on the chicken. (From www.ayampenyet-ap.com)

I will definitely come again w hubby n kids.

A call from London

Shuz yg i berkenan - 4 official n unofficial event

Beg patchwork yg i dh aim lama since tgk Fouziah Ghous pakai dlm Spa Q :) tp kt sini out of stock

I got a call at 7.15am today from beloved hubby. What a surprise, since over the last few days we communicated via email only. His hp cant be roaming n no cheap phone card available in Paris. He flew to Paris 1st last Friday then from Paris to London 2 days ago. He asked my shoes' size *wink, wink* I told him already it's 37 but he said UK uses single number eg. 5, 6, 7, etc. So if 37 US = 5 UK. But i've to double checked again. It's summer sale u ols. Who knows i might get a pair of Coach n a handbag 4 Hari Raya? Malatop!! Hehe

Hajah Mariam Haji Tahir

She's my late granny-in-law who passed away on 21st July 2010, at 12am. I was wondering at 1st whether to go or not to go back to Sri Medan, paying her a last visit? Reasons being - Airel wud want to seat on my lap when i drive, so it will jeopardize the journey, plus i cudnt remember the exact way to the house *sigh* cos usually when hubby was driving, i must be happily sleeping hehe

Ma advised not to but since hubby is abroad, i thot that we must go.. So on Wednesday morning after having Airel checked up at Lita Alis Clinic in Presint 9 (due to skin infection), we departed at 10.15am n arrived Sri Medan safely at 12pm (after we got lost 4 a while n gone thru a few Parits - Parit Sedayu, Parit Sg. Baru n Parit Karjan). Her house is located at Parit Tegak Laman huhu (i told u b4 i was sleeping when hubby drove us back to his kg) n had to call FIL to guide us home.

However, she was buried already at ~10am. I didnt regret cos we did visit her a few weeks back when she was terribly ill. So we waited there until 5.30pm then off to Putrajaya. MIL asked me to stay until tahlil but since my nitesight is not as bright as daysight so i apologized 4 not being able to stay longer. We arrived Putrajaya safely at 7.30pm. Alhamdulillah, everything went well. Airel was sleeping w Bibik otw to Sri Medan n Fira accompanied me in the front. Then they were all sleeping when we're otw back to Putrajaya.

Alfatihah 4 her.

Jul 20, 2010

Burger King


Eni's

Ina's


Me

Ina, Eni n I had burger King 4 lunch today. I indulged myself in the taste of mushroom swiss.. yummy!! TQ frens 4 allowing me choosing the venue fo eating2 :)

Jul 19, 2010

~i miss u~


imissu..imissu..imissu.. seminggu rasa lambat berlalu..

Jul 16, 2010

ALAM MAHSYAR

Juz to share info yg i dpt from a friend - sharing is caring, rite?

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &k eagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik di hari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.aw. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

a. Pemimpin yang adil.

b. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

c. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

d. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

e. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

f. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

g. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

15. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kerusi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin di tengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak di hadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan diadili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70,000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70,000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15,000 tahun. 5,000 tahun menaik, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1,000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004.

Masya-Allah. Sangat gerun. Mcm manalah keadaan kita nt di sana? Semoga segalanya dipermudahkan. Amin

Jul 12, 2010

Sya'aban

Esok, 13 Julai 2010 kita dh masuk bulan Sya'aban. Sya'aban bulan menghapuskan dosa. Insya-Allah hubby n i akan start puasa sunat Sya'aban esok.

Sabda Rasulullah s.a.w, " Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas daripada kegelapan alam kubur, bebas daripada huru hara Munkar dan Nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya."

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama 3 hari pada permulaan Sya'aban, 3 hari di pertengahan dan 3 hari di akhir Sya'aban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti org beribadah 70 thn dan jika dia mati pada tahun itu, maka matinya seperti mati syahid." Masya-Allah, betapa senangnya nk dpt pahala.. Org lain pergi berjuang demi pembebasan Palestin n x takut langsung if ditakdirkan mati syahid. Kita kt bumi bertuah ni senang2 je nk dpt pahala mati syahid.. Caranya? Berpuasa sunat Sya'aban.

Insya-Allah kalau xde apa2, hubby n i nk try dapat seberapa byk puasa sunat Sya'aban. Nak dapatkan penuh sebulan tu mustahillah, hjg bln nt mst kibar bendera merah.. Apa2 pun puasa sunat sbg latihan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Ogos nt :)

Floria Putrajaya

Orkid dia cantik2.. geram tgk..

Ada mcm2 color carnation. Juling bijik mata :)

Background orkid ungu. Panas terik..

Fira's 1st try capturing us. Seb baik menjadik hehe

We went to Festival Bunga Dan Taman Putrajaya 2010 (Floria) last Sunday. We spent almost 1hr there, from 12 - 1pm under the hottie sun. Luckily d kids behaved themselves although d crowd was huge. Felt like being in Cameron Highlands with various of flowers, from carnation, orchid, rose etc. There were booths selling batik, souvenir, frames, plants etc s well. However, despite d colourful flowers n ambience, the organizer forgot to look after the toilet. It was stink n wet. Not good for local n outsider guests i believe. Floria is open to public from 10 - 18 July 2010. Don't miss out the chance if u r a flower lover. Entrance is free :)

Seafood @ Sg Jeram

Last Saturday, 27 Rejab was Isra' Mikraj. Kak Aida invited us to Klang, she wanted to buy us dinner since she got promoted. Congrats Kak!! So from Setiawangsa we went off after Asar and arrived Bukit Raja Klang ~6pm. Then we went off to Sg Jeram, about 22 km from Klang City / 12km from Bukit Raja n near to Kapar. Ma & Ter were fasting so we hoped by the time we arrived there, they cud breakfast on time. Luckily Kak Aida had booked d seats earlier, otherwise we might have to wait. So many people turned up that day, maybe bcos it was weekend. Unfortunately, the service was damn slow n lem.. (lembap cam siput babi or what Airel calls as snail). We made order at 7pm, we only got the drinks at 7.45pm. Tom yam campur n white rice came at 8.15pm (after 1 hour??). Then after we were full w rice n tom yam, almost 9pm they served the spicy crab, buttered prawn, squid, ikan bakar n bawal sweet sour. Very the $&%@!! It is highly not recommended having seafood in Sg. Jeram. Muara Ikan Bakar in Port Klang is better. The food is also so-so, my buttered prawn is yummier. No pix at all, no mood already waiting for d food. However tq to Kak Aida n my big bro 4 taking us to Sg. Jeram. My bro was quite patient that day (maybe bcos he's d 1 who brought us there. Otherwise, knowing him, he wud smashed the owner / service provider 4 being so damn slow). Ma cud also control herself (maybe bcos she was fasting. Otherwise, knowing her, she wud c d owner / service provider n slammed them right on their face) Huhuhu

Jul 8, 2010

Manusia Sengal

I pun mengalami situasi yg sama cam ina, Hasina bukan Rambinah tu. Ntah malaun mana yg baca blog ni, tinggalkan komen pastu bl org dh baca komen dia, dia delete lak komen tu. Memang sengal tahap cipan, buduh piang! Nk baca, baca jelah. Nak komen komen jelah. Yg nk delete komen tu pehal? Kalo nak delete serupa ko x payah komen, sengal betul! Blog ni utk suka2, sebagai perakam memori suka duka. Ada kitorg campur urusan hidup ko ke? Mangkuk tul! Dh xde keje gaknye, memang jenis gatal nk mengomen kt blog org pastu delete.. sian.. Kurang kemahiran hidup..

Jul 7, 2010

~1 year-5 months-old~

Xcited tgk cat

Dgn Opah n Kakak - raya 09

Gila stereng keta

Ngan Aisy, sepupu yg beza sebulan je

Syafrel Amzar a.k.a Airel a.k.a Adik (he's the Adik 4 d time being hehe) turned 1 year-5 months-old yesterday. X sempat i nak update smlm, bz gile terkejar sana sini tp sempat lunch n bergosip dgn Clubbians (Ina n Eni) @ the Lake Club.

Quick update on Adik's growing progress:

1. Belum boleh panggil Ayah or Ummi or Kakak. He calls me Ma, bl tanya Kakak mana, dia tunjuk Kakak. Ayah mana, dia tunjuk Ayah. Tp dia panggil Opah - Pah :)
2. Bl i pakai tudung n siap2 nak pegi keje / jalan, mst merengek nangis takut kena tinggal.
3. Cepat2 salam org yg dia akan tinggalkan n say "Ba-Ba" means Bye Bye sambil melambai tangan.
4. Makan bubur 3x sehari, nenen lebih kurang 7x sehari (sekali nenen 5-6 auns susu).
5. Suka buli kakak. Tetiba je nt pap! tgn dia pukul kepala kakak, then kakak nangis cakap adik pukul n i akan pujuk balik.
6. Mlm akan bangun plg kejap pun sekali utk nenen.
7. Kena ada somethg utk dipegang ms tgh nenen - bear kecik / bear besar / cow plushy toy yg kitorg pangil moo.
8. Sgt suka main air, berejam dlm bath tub / pool pun xpe.
9. Suka pegang benda2 yg panjang, mcm bulb lampu ke, penyapu ke. Kadang lip gloss Clinique i yg pjg tu pun dia suka.
10. Geli dgn snail. Dik, anak komando actly snail tu mcm mainan je :P
11. Suka cat sgt2.
12. Suka cium Aisy, sepupu dia. Tp kekadang kepala Aisy kena lepuk gak. Cian Aisy.
13. Xcited bl nampak i / Ayah dia balik keje, mst suh dukung. If x dukung akan nangis so called merajuk.
14. Kuat merajuk, kalau xdapat apa yg dia nak, akan terus baring kt lantai. Ayah dia cakap kuat merajuk mcm Ummi. Huh? ye ke? :P

Happy birthday sayang. Kalau stress kt ofc, ingat gelagat Adik ngan Kakak mst Ummi senyum balik :)

Jul 5, 2010

=zOO=

Lan Pet Pet n Lisa - main actors in =zOO=
(Pix from Google)

Fira n i went off to Alamanda at 12pm yesterday, planning to catch the Zoo film. Fira did c the trailer b4 we watched Toy Story 3 d other day.. Fira was only amazed by the elephant, so i thot that it might b interesting. We managed to catch d 12.30pm movie in Cinema 2. However, it was annoying if everytime has to hear Lan Pet Pet's yelling using his Kedah accent. Azlee n d partner (i can't even remember his fren's name) were trying very hard to b seen as funny (OMG). The only accepted character is En. Din aka Boss. Lisa Surihani wasn't that bad. D best part was, Fira asked to go home cos she was damn bored. Huh! It was different when we watched TS3. She waited until d last name of d crew appeared on d screen. For info on Zoo, pls click http://www.budiey.com/

To me, this is d 2nd dumb Malay movie after Gemerlapan (www.filemkita.com) back in 1997. I did comment about Gemerlapan to Prof Madya A. Razak Mohaideen when he was asking our comment during his media communications class in 1998. I said d film was ridiculous, the actors got no soul in it esp Lan A to Z etc etc without realizing Prof Razak was the director. HAHAHA :p but he accepted mine and admit the mess. Star: None

Jul 2, 2010

~Bibik is 24~

Pg semalam i terpandang birthdate kt passport Yuni, my bibik - 1st July 1986. It's her 24th birthday so i decided to buy her a cake. Sampai umah after Maghrib, Fira tanya kek sapa ni ummi? I cakap Bibik punye, harini birthday Bibik. Yg c Yuni lak tercengang2, maybe x percaya kek tu utk dia (she never celebrated her birthday w a cake b4).. How grateful we r :) So celebratela kitorg 3beranak dgn c Yuni. Excited betul dia. Budak2 pun. Airel sampai berdiri atas meja tgk lilin tu bergoyang2 hehe so sweet.. Yuni cakap tima kasih ibuk. Sama2 i balas, kalau keje ikhlas dgn i, jaga anak2 i dgn baik, sure dia bole lama keje ngan i. Tp bl sekali buat taik, siaplah!! Don't mess w me ok - it's a warning!