CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Jun 28, 2010

Puasa Sunat Rejab

Hubby n me puasa sunat rejab harini cum menggantikan puasa Ramadhan last yr. I ganti 2 hari je, hubby seminggu cos last yr dia kena chicken pox yg agak teruk. So kena sentiasa makan ubat. Fira pun kena gak last yr, 2 hari lg nk raya baru discharge Ampang Pu3, kalo x beraya kt spitallah jawabnye.. So last yr i kena pisahkan anak2 dgn Ayah diorg takut berjangkit lak kt Airel, dia ms tu kecik lg, baru 6-7 bln.. So anak2 n me tdo Setiawangsa, whereas Ayahnye tdo Putrajaya tp every lunch hr i balikla umah Putrajaya nk tlg sapukan ubat kt belakang badan dia.. Fira xnmpak sgt parutnye cos sempat bg injection to control d disease.. Plus kulit dia pun msh muda.. Tp hubby? Hmm dh mcm rimau bintang, yelah kulit dh liat hehe
Target nk puasa harini - Jumaat, teman hubby. Sabtu Ahad break cos ada jemputan majlis pertunangan jiran sebelah umah @ Setiawangsa plus nk jalan2 :)
Untuk pengetahuan, bulan Rejab ini dikenali juga sbg Bulan Allah. Kelebihan berpuasa pada bulan ini ialah:
1. Puasa 1 hari - diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga serta diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Jika puasa sehari ditambah dengan ibadat bersedekah maka pahalanya ditambah seperti 1,000 kali ibadat haji dan umrah.
2. Puasa 2 hari - akan dipergandakan pahala ibadatnya.
3. Puasa 3 hari - akan dibinakan benteng yang menghalang ke neraka pada hari kiamat.
4. Puasa 4 hari - akan menjauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajal pada hari kiamat.
5. Puasa 5 hari - akan diamankan dari azab kubur.
6. Puasa 6 hari - akan dikeluarkan dari azab kubur pada hari kiamat.
7. Puasa 7 hari - akan ditutupkan 7 pintu neraka pada hari kiamat.
8. Puasa 8 hari - akan dibuka 8 pintu syurga pada hari kiamat.
9. Puasa 9 hari - akan dapat mengucap ketika keluar dari kubur dan ditolak masuk ke syurga.
10. Puasa 10 hari - akan diberi dua sayap (kepak) untuk terbang seperti kilat di atas titian siratulmustaqim pada hari kiamat.
11. Puasa 13 hari - diberi pahala seperti berpuasa 3,000 tahun (menurut Sayidina Ali).
12. Puasa 14 hari - diberi pahala seperti berpuasa 10,000 tahun (menurut Sayidina Ali).
13. Puasa 15 hari - diberi pahala seperti berpuasa 100,000 tahun (menurut Sayidina Ali).
14. Puasa 16 hari - akan dapat melihat Allah di dalam syurga.
15. Puasa 19 hari - dibinakan sebuah mahligai di syurga.
16. Puasa 20 hari - diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
17. Berpuasa sunat rejab sehari pada 27 rejab (hari israk mikraj) diberi pahala seperti berpuasa 1,000 tahun. Jika disertai dengan ibadatbersedekah, diberi pahala seperti berpuasa 1,000 tahun.
Petikan daripada buku Kelebihan Amalan Bulan Rejab, Syaaban, Ramadhan oleh Haji Johari Haji Alias - Darul Nu'man. Marilah bersama-sama meningkatkan amalan ibadat kita untuk dunia dan akhirat. Credit to: http://groups.yahoo.com/group/Iqrak/message/294
p/s: Ayah meninggal pun dlm bulan Rejab 13 thn lepas. Alfatihah Ayah, miss u so damn much.

No comments: