CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Sep 15, 2010

Salam Aidilfitri 2010

Salam Aidilfitri 2010 semua!! Mohon ampun maaf zahir dan batin, mana yg terkasar bahasa, tersalah bicara, terguris rasa dan segalanya. Sesungguhnya yang terbaik itu datangnya daripada Allah swt dan yang buruk itu daripada diri sendiri. Insya-Allah blog ini akan meneruskan perjalanan dengan n3 yang baik2 sahaja :)

Raya pertama - Dimulakan dgn bermaafan dgn suami tercinta sblm beliau menunaikan solat sunat hr raya. Then ke rumah ninda aka Mak Beso di Kg Baru Peserai, bersalam dan bermaaf2an. Yg plg lekat d hati bl kekanda terchenta membisik pesanan "Jgn suka melawan suami, suami awak tu nt yg menentukan ke mana perginya awak, sama ada ke syurga atau neraka." Adus, mcm penampar jepun melekat kt telinga. Hehe insya-Allah azimat itu akan dijadikan pegangan :)

Then pulang semula ke Sri Medan, BP bertemu ahli keluarga mertua. Selepas solat Jumaat beraya ke rumah Nek Rhu, Nek Jah, Tok Da, Tok Teh n Tok Su. Pulang ke rumah bonda saudara hampir Maghrib. Hubby beli KFC sbg juadah dinner. Jam 10mlm, sambung beraya di umah Aunty Zu hingga jam 1pg setelah habis cite Sundel Bolong :P

Raya kedua - Belah siang hanya di umah Mak Beso, melayan tetamu yg datang. Sempat juga ke Tasik Y menidurkan Adik dan melayan Kakak memberi makan ikan. Jam 6ptg baru beraya ke umah Nek Jam di Kg. Tunggul dan Pak Long Leman di Kg. Muhibbah. Usai azan Maghrib kembali ke Sri Medan, berkumpul bersama ahli keluarga hubby n melayan sup ayam kampung hingga jam 12.30mlm.

Raya ketiga - Jam 11pg bertolak ke Bandar Putra Mahkota, N9 menghantar sepupu melangsungkan majlis pertunangan bersama kekasih hati. Usai majlis jam 4ptg, beraya ke umah Tok Mid di Taman Pari Jaya, Seremban. Tiba di Putrajaya jam 7.30mlm.


Di rumah Amy, tunangan Yus, Bandar Mahkota Putra


Raya ke-2, melaram dengan sari pemberian bff :)


Tema baju raya thn ni - kelabu plus shocking pink :)


My beloved family. Muah2

2 comments:

Hasina Terebuzzu said...

kasihan la si suami.. terpksa 'pink" sebab isteri! hahahha

IrEnE SaNtIaGo said...

Dia sporting haha :P