CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Mar 15, 2011

Kamawas Raja Geruda vs Merong Raja Langkasuka

Smlm sempena cuti rehat, i ambil kesempatan menonton Hikayat Merong Mahawangsa @ Wangsa Walk. I perasan ada beberapa filem dlm 1 filem. Ada Troy (babak pertarungan n segerombolan kapal dtg menyerang perairan), ada Pirates of the Carribean (babak atas kapal) n ada jugak Gang: Pengembaraan Bermula (Upin Ipin), nak2 sarung tgn kuku tajam yg Kamawas pakai ms bertarung hehehe. Utk bukan seorg sarjana filem mcm i, memang filem ni best. Tp xboleh lah nak ulang sampai berbelas2 kali mcm tgk HKLBR :)

Plg meninggalkan kesan of cos lakonan Kemawas (Khir Rahman) yg crook giler. Ayat "kalau empangan sudah dibuka manakan dapat ditahan airnye" memang xboleh blah hahaha. Merong pun hebat. Memang sesuai watak tu dgn dia - susuk yg mascular, good looking n handal bertarung. Dato' Rahim Razali sbg Pak Kesum pun hebat. Dgr suara je pun dh terpikat. Tambah lg dgn Wan Hanafi Su yg pegang watak Taji, berguling2 jalankan jampi serapah, memang menjadik. Jehan Miskin pun not bad. Admiral China tu n Marcus pun best, selamba je bawak karakter. Ying Ying sbg dayang Pu3 China lawak n menghidupkan suasana. Lakonan Ummi Nazeera sbg Embok to me biasa je. Dia terpilih berlakon filem nipun sebab muka dia yg Melayu habis. Lagi 1 lakonan keras Pu3 Cina tu sendiri. Hadoilah. Overall, i boleh bg 2 thumbs up utk filem ini :)

Ni ulasan beautifulnara kenapa anda PERLU tengok filem ini:

1. Filem terbaik Malaysia dari segi CGI
2. Dialog yang mantap terutama bahasa kiasan dia
3. Lakonan yang mantap terutama dari Khir Rahman sebagai Kamawas
4. Filem Malaysia yang lain daripada yang lain. Bukan tipikal
5. Babak pergaduhan yang awesome. Darah berterabur sana sini
6. Stephen Rahman sangat handsome (menurut kata-kata tunang Abg Nara)
7. Lakonan Ummi Nazeera sangat awesome walaupun keluar sekejap je
8. Boleh belajar sejarah kerajaan Kedah
9. Boleh buat anda menangis kalau anda seorang wanita yang over sensitif
10. Skor muzik dia sangat best

Kenapa anda TAK perlu tengok filem ini:

1. Kalau anda expect kualiti filem ini macam filem Gladiator
2. Pertukaran babak ke babak yang dibuat macam nak tak nak
3. Watak Puteri China sangat tak pandai berlakon
4. Pelakon extra yang terlalu keding dan terlalu buncit dan tak pandai berlakon langsung
5. CGI time babak Merong guna cermin agak kelakar

Kesimpulannya, korang kena tengok sebab selain daripada dapat menyokong filem buatan tempatan, penilaian terhadap filem ini hanya boleh dilakukan selepas anda menontonnya. Nak kata best sangat tak adalah sampai terlalu best, nak kata tak best sangat tak lah terlalu tak best. So kena pergi tengok baru tau ok? Enjoy!!

No comments: