CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Apr 4, 2011

Belia Korea

Khamis lepas i dapat email dr JPA suruh check sama ada berjaya ke x disenarai pendek utk sesi temuduga? Alhamdulillah pagi td i menghadiri sesi temuduga Program Pertukaran Belia Korea di Republik Korea yg dijadual berlangsung selama 10 hari: 16 - 25 Mei 2011. Saje je mintak cuba nasib. Sejak keje sini xpenah sekalipun berpeluang ke oversea. Oversea Sabah Sarawak tu biasalah, tp tu xkira. Mungkin sebab nature keje i xmembolehkan i ke luar negara. Yelah buat strategic planning n NKRA, apalah sgt kan? Eh tp tetap penting tau :) Plg jauh i penah pegipun Singapura ms Dato' CT bawak ke sana. Sudahnya jadik pencacai tukang angkat brg2 shopping dia. Hi tobat!

Nak pegi saje2 memang boleh tp hubby selalu outstation, ms kita free dia pulak xde. Sapa nak tlg jagakan komando junior 2org tu? Kalau dia ada at least sorang 1 jaga baru adil. Maybe tgu anak2 besar sikitla kalau nak pegi berjalan ke luar negara pun.
I ada jugaklah buat persediaan menghadiri sesi temuduga ni. Print out info serba sikit pasal Korea, mana tau kot2 diorg tanya nt. So pg td dgn semangat waja i keluar rumah b4 7am, hantar anak2 ke Alam Ria then terus ke JPA. Hujan gerimis ms tu. Dpt je parking terus ke bangunan C7, menuju Dewan Temuduga. Last i dtg sini Oktober 2006, ms tu mengandung Fira 8 bulan, menghadiri temuduga PTD. Alhamdulillah rezeki anak, i dpt jawatan ni :) So sampai2 je sana td, dh ada 4 calon menanti. Bg salam tanya khabar then msg2 kuar notes. Yo-yo-ow je hehehe. Pas 10 minit notes ke mana, apa ke mana mulalah bersembang. I ingatkan sampai awal dapatla masuk awal sebab i ada metg kul 9. Tp sesi temuduga mula dlm 9.30am, ada 6 bilik dan sekali masuk 4 org calon. Maknanya sekali sesi tu 24 calonla lebih kurang. Jimat masa, jimat tenaga. Kitorg difahamkan ada 240 calon terpilih menghadiri temuduga, so ada 3 hari diperuntukkan. Nak pilih hanya 20 orang, 18 kakitangan sokongan dan 2 org je Pengurusan & Profesional. Aduhai, ramai giler??

Alang2 dah sampai xkan nak patah balik kan? So i punye turn dlm pukul 10.30am, masuk dgn 4 lg calon lain – Tn Affendy PDRM, Pn Ritz dr KPDNKK, Mr Lim (x ingat dari mana) n sorang lg En Firdaus dari Sarawak. Panel temuduga 2 org wanita, i rasa gred diorg 48 je sebab nampak muda belia sgt. Mula2 kenalkan diri then perbualan bertukar dlm BI pulak sebab P & P dipilih ke sana sbg ketua kpd kakitangan sokongan nt. So diorg nak tgk sejauh mana kemampuan kita berbahasa Inggeris. Antara soalan2 yg ditanya:

1. Apakah usaha yang boleh kita lakukan sebagai belia Malaysia untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara antarabangsa seperti bahasa Jepun, Cina, Jerman dan Perancis?
2. Mengapa ingin ke Korea?
3. Apakah yang ingin dibawa pulang dari Korea?

Selain tu, kena buat persembahan 15minit depan panel ni, konon2 diorg org Korea yg xtau apa2 pasal Malaysia. Drpd hasil perbincangan kumpulan, kitorg buat fashion show pakaian tradisional Malaysia – ada pakai songket, baju Melayu, baju kurung, baju Tiongsam n baju tradisional org Iban. Lepastu kitorg menari joget sambil diiringi lagu Cindai yg dinyanyikan secara acapella. Sapa yg jadik cikgu tarian xsampai 5minit n nyanyi sukati je lagu Cindai tu dpn kawan2 yg lain? Yours truly! Hahahaha. Sebijik persembahan solo i depan Zizi Zulkiflee ms audition teater CT Zubaidah dulu!! Terpaksalah buang rasa malu n segan, perform je depan2 hikhikhik. Lepas persembahan 3org dpt pujian including yours truly, Alhamdulillah. So kita nantikan aje keputusannya nanti k w/pun in my opinion chances r very slim. Tp at least dah ada pengalaman temuduga macam ni :)

2 comments:

nihadriz said...

kak aireen pernah audition untuk siti zubaidah? huyoooo~

eh dulu time dpa akak masuk geng2 teater ke? :D

IrEnE SaNtIaGo said...

yang, apa je yg xpenah audition dulu? pembaca berita rtm, pengacara jemputan nona (shortlisted, tp economic downturn so tv3 xproceed, sampailah turn jumma menang the next year tu), then pengacara tv3 kids n last but not least teater ct zubaidah hehehe. saja suka2 tambah pengalaman :)