Ms bercuti ke utara 2 minggu lepas, hubby ada cakap suh activatekan blog ni semula. Wah rupanya ramai silent followers ek? Oklah insya-Allah kalau berkelapangan i isikan ms dgn ber'blog' :)
Harini nak share pencapaian suka duka thn 2011, jeng3 hehehe
Antara yg manis ialah:
1. Dari segi kerjaya - I dah disahkan gred M44 atau kalau ikut SBPA skang ni gred dia M1-2 (macam Mission Impossible lak) sejak 31 Disember 2010. Alhamdulillah rezeki anak2. Amanah dan tanggungjawab kian besar maka itu haruslah dilaksanakan sebaik mungkin insya-Allah. Gaji naik bape? ooo ada gak yg bertanya dlm hati ek? Alahai still xleh challenge private gaji org gomen ni, bl makin besar periuk nasiknya makin besarlah keraknya. Yg penting jaminan ms depan tu ada...
2. Dari segi leisure - Bercuti ke luar negara. Mana? Eropah? Australia? Xlah timah, takat Jakarta & Singapura je... tp yg penting kita sekeluarga dpt spend time sama2, Alhamdulillah. Thn ni ada perancangan ke Hong Kong Disneyland (perancangan dr 2010 lg hehehe). Kalau ada rezeki insya-Allah sampailah kami ke sana. Bercuti dlm negara byk juga - Taiping tmpt wajib, Penang, Bukit Tinggi Colmar Tropicale, Genting Highlands, PD, Melaka, Langkawi.
3. Dari segi akademik - Kakak dapat straight As dalam final exam pelajar Alam Ria Kids Thn 5, siap dpt Anugerah Pelajar Kelakuan Terbaik Perempuan lagi, keep it up sayang.
I posed dgn Fira & Airel, hubby xde, ke Gong Kedak bawa budak2 terjun
Ni rombongan yg menghadiri Konsert Akhir Tahun Alam Ria Kids @ Tmn Wetland Putrajaya. Kakak performed tarian Wonder Girls, masuk dikir barat, jadik mak dlm teater muzikal Kalau Berpacaran n jadik model fashion show.4. Dari segi keluarga - My baby sista melahirkan Mikhael pd tanggal 19 Ogos 2011, so cucu Opah Fuziah bertambah menjadi 6 org, 3 perempuan, 3 lelaki. Rezeki lagi Alhamdulillah.
5. Dari segi perhubungan - My bff belanja Tony Romas ms Krismas haritu di Pavilion KL, siap bagi hadiah body shop lg sbg tanda penghargaan sebuah persahabatan. Terharunya i, tq buddy :) Dahla jupe 2thn sekali. Dia di Terengganu, kami di KL. Insya-Allah bl dia habis belajar dptlah kami berjumpa selalu.
Tu antara yg i dpt fikirkan sekarang. Nt kalau ada lg i add ya.
Antara yg pahit pulak:
1. Dari segi akademik - i xberjaya dapat Hadiah Latihan Persekutuan utk sambung ijazah sarjana. Dulu dh elok2 sambung xboleh commit pulak. Xpelah xde rezeki, Insya-Allah nt i sambung guna duit sdri, eh duit hubby hehehe
2. Dari segi keluarga - i kehilangan arwah nenek sebelah ibu yang dipanggil mak pada 30 November 2011, meninggal setelah bertarung nyawa melawan sakit kanser paru2 tahap 4. Al-Fatihah semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beriman. Amin.
3. Dari segi harta - mak ai macam byk sgt hartanya? Emm adalah tragedi yg berlaku di Bangsar pd suatu ketika dahulu, xmau dikenang2 balik. Yg penting i dh selamat.
4. Dari segi perhubungan - fuh yg ni kalau cerita, novel Ombak Rindu pun kalah. Penuh drama dan air mata. Memang ada kaitan jugak dgn novel ni, penangannya sungguh hebat. Sesiapa yg terlibat tu i harap xkan ulangi lg kesilapan sblmni. Mudah2an Allah tetapkan iman, teguhkan hati dan lindungi kita semua serta dapat menjalani kehidupan yg penuh ujian dan dugaan ni dgn sabar dan tabah. Ingatlah bahawa doa org yg teraniaya tu sekejap je Allah makbulkan. Amin.....!!!!
Sekian dulu buat masa ini. Nt kita sambung lg. Salam :)






1 comment:
congrats & good luck Aireen! Salam 2012 =)
Post a Comment