"Hidup bermadu ini tidak seindah yang dibayangkan. Ingin saya nasihatkan kepada saudari, sebelum kita terlanjur bercinta dengan suami orang dan bersedia untuk hidup bermadu, pertama sekali ambil cermin muka dan tataplah wajah anda sedalam-dalamnya. Bukan sekadar melihat kulit tapi melihat sampai ke air muka. Tanya soalan pada wajah itu, adakah wajah itu mempamerkan hati yang ikhlas? Adakah wajah itu pasrah menerima ketentuan tidak adil dan tidak diperhatikan? Adakah wajah itu mampu tersenyum jika diserang, dikeji isteri dan anak-anak isteri lain? Adakah wajah itu bersedia andai kata dipinngirkan suami yang sibuk melayan isteri lain? Adakah wajah itu boleh bersyukur jika suami tidak mengikut giliran yang adil dan mampukah berdepan dengan isteri yang ada andai kata suami sakit di rumah isteri yang lain? Adakah wajah itu mampu tersenyum andai kata disisih dan dipulaukan keluarga si suami? Adakah wajah itu ceria jika tidak dibenarkan melawat jenazah suami yang dikapankan di rumah isteri yang lain? Adakah wajah itu masih boleh tersenyum dengan ikhlas jika suami tidak pernah berhari raya dengan anda kerana memberi tumpuan kepada isteri lain? Adakah wajah itu mampu tersenyum jika nama anda tiada dalam wasiat atau mendapat bahagian paling sedikit dan adakah masih boleh tersenyum jika terpaksa memandu sendiri ke hospital kerana diri atau anak sakit disebabkan suami bersama isteri lain?"
Sumber: Luahan Rasa Bersama Puteri, Mingguan Malaysia Ahad 21 Mac 2010, m/s: 23).
Petikan di atas merupakan sedikit gambaran mengenai Pn ZAM dari Kuala Lumpur yang telah hidup bermadu sejak 11 thn lalu. Beliau isteri ke-2 dan hampir setiap masa merupakan ayah dan ibu kepada 4org anaknya.
Mengambil kira pengalaman beliau, pelbagai persoalan yg perlu dijawab dengan ikhlas oleh seorang rakan karibku.. Berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul.. Pengalaman buruk beberapa kali terjebak dengan "milik" org membuatkanku terpaksa memikirkan perkara ini agar yg terindah buat rakan karibku itu bukanlah hanya sementara.. Dia masih muda, bijaksana, anak yg baik buat ibu bapanya serta pekerja yang mengkagumkan ketua dan jabatannya..
Aku percaya dia berhak mendapat lelaki yang lebih baik daripada yg sebelum-sebelumnya serta yang kini didambakannya.. Bukankah manusia itu Allah ciptakan untuk hidup berpasangan? Jika bukan sekarang, mungkin pada masa hadapan. Dia menguji kita dengan pasangan terdahulu supaya kita mendapat pasangan yang lebih baik pada masa akan datang.
Tetapi sekiranya memang "itu" yang terbaik untuk rakan karibku, aku pasrah dan mendoakan hanya yang terbaik utk dirinya..
Apa yang dicari tak jumpa
1 year ago






2 comments:
adeh.. aku tak mampu utk jwb soalan yg tubi2 itu makcik..
tuler pasai. den pun terkodu. gulp!
Post a Comment