CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Oct 15, 2010

Menangi Percutian Percuma

Smlm i terbaca kolum ni dlm Berita Harian. Teruskan membaca..

Menjelang akhir tahun dan musim percutian, Poise, produk perlindungan lemah kawalan kencing pertama di kalangan wanita, menganjurkan peraduan yang dikenali sebagai More Travelling. Peraduan selama 2 bulan itu bermula 1 Oktober hingga 30 November 2010. Peserta bakal memenangi pakej percutian hebat ke Gold Coast, Australia serta pelbagai hadiah menarik lain. Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia untuk produk Poise, Haniza Tahir berkata, selain menjanjikan hadiah istimewa kepada pengguna, peraduan itu juga merupakan peluang terbaik untuk menggalakkan wanita yang menhadapi masalah tersebut menikmati kehidupan yang lebih baik.

"Menghadapi keadaan lemah kawalan kencing tidak bermakna mesti berkurung di rumah sahaja. Sebenarnya dengan sedikit perancangan dan beberapa barangan yang penting, tiada sebab kita tidak boleh bercuti ke mana sahaja pada musim percutian walaupun mengalami masalah ini. Setiap percutian boleh menjadi menyeronokkan dengan perlindungan yang berpatutan," katanya.

Untuk menyertai peraduan tersebut, orang ramai hanya perlu menjawab 3 soalan mudah dalam borang peraduan yang boleh dimuat turun dari www.poise.com.my atau mendapatkannya di pasar raya serta farmasi dan menghantar setiap 1 borang bersama pembungkus produk Poise.

Peraduan menawarkan hadiah utama berupa percutia 4 hari 3 malam untuk 1 keluarga seramai 4 org (me, hubby, Fira n Airel) ke Gold Coast (walaweh); percutian 4 hari 3 mlm dibiayai sepenuhnya untuk 2 org ke Gold Coast (tempat ke-2) dan tiket penerbangan 2 hala untuk 2 org ke Gold Coast (tempat ke-3). So tunggu apa lg? Jom kita masuk peraduan ni :)

I pengguna Poise sejak thn lepas lg setelah tertarik dgn kelebihan produk ni. I menghadapi masalah pundi kencing aktif yang kalau minum air banyak, akan sgt kerap membuang air kecil dan keadaan tu kadang2 membuatkan i x selesa. So produk ni at least dpt mengurangkan tekanan i dlm keadaan terdesak. Tu pasal i kurang minum air cos tau kesan dan akibat bl minum air dgn kuantiti yg byk spt yg selalu disyorkan oleh pakar (at least 8 gelas air sehari). Tp bl kurang minum air, kulit jd kering pulak. Mcm last Sunday bl Heng pakar kecantikan Clinique tu makeup kan i, dia kata kulit muka dehydrated. W/pun i dh pakai xtra thirst moisturiser, kulit still kering cos kurang air.

So nak xnak kenalah minum air byk then gunakan produk Poise yg terbukti berkesan. Cewah, promo pulak :)

No comments: