



Ni suma gambar2 ms bercuti di GH haritu.
Salam semua, sebulan jugak xhapdet blog, dlm hati tu teringin nak redeco itu ini tp tulah ms xmengizinkan. Siang penat keje, mlm hal rumah tangga pulak. Nilah kehidupan namanya, tp puas hatilah sebab semua diuruskan sendiri dgn bantuan hubby n family. I nak cerita benda2 best yg berlaku sepanjang bln Februari since xsempat nk berblog kan. Ada
juga cerita yg menyedihkan. Nk tau apa? Stay tuned :-)
Yg best:
1. Alhamdulillah i sambut ulang tahun perkahwinan yg ke-6 tahun pd 4hb, punyelah byk dugaan spjg 6 thn berkahwin ni, kalau takat dugaan kewangan tu i boleh tahan lg, koreklah sini sana nk topup. Plg xtahan kalau melibatkan org ke-3, fuh boleh tergugat iman dbuatnya. Nt i letak gambar org ke-3 yg dimaksudkan eh, jeng3 mst sume xsabar nak tau kan. N kalau ada info menarik yg u all tau pasal dia ni, bolehlah pm i, gitu. Bukan apa, i xnak benda yg sama berlaku pd org lain. Kesian anak2 yg xberdosa.
2. My handsome boy Syafrel Amzar dh mencecah 3thn pd 6hb, we all buat majlis kecil2an mengumpulkan adik beradik. Hubby masak sup tulang, pergh memang teangkatlah, diakan pakar masak sup :-P I tempahkan kek Cars by Bakers Cottage, sedap sgt! Macam2 hadiah dia dpt, motosikal besar warna merah Opah n Mami Ai Cek bg, kereta control Ferrari Abah Tok bg, standing microfon Ayah Dud bg, pistol besar Didi bg n Abah bg duit. Ummi bg apa? Hahaha tiap2 hari balik dr school mst nak pau Ummi mainan kt Petronas, plg murah bawah RM10, plg mahal bawah RM30. So kalau kira2 balik dh berapa? Memang meriah rumah haritu bl 6 org cucu berkumpul :-)
3. I dilantik sbg AJK Sukan BAKAT Rejimen TUDM Jugra 2012. Alhamdulillah AJKK i semuanya rajin n komited nk tolong i laksanakan perancangan aktiviti sukan tahun ni. Antara yg sdg berjalan ialah Senamrobik setiap Isnin n Khamis. Next week i try to join, nt i buat special n3 ye.
4. My TSUB is back!! Yeay, lega ahkak :-) betapa susahnya mengetuai sebuah unit, xmenang tgn dibuatnya. Cuti dibekukan sebab menanggung keje xleh amik cuti selama 28hari. So sakit2 pun kene keje uhuk2
5. Oh yes percutian pertama thn ni di Genting Highlands, overnite semalam n spend time together with my loved ones. Best3! Plg seronok of course anak2 sebab main n main n main. Bl penat mintak dukung aduyai patah pingang Ummi.
6. Penutup kegembiraan bln ni ialah hadiah Galaxy Tab 7.0 from hubby, belated anniversary kot? Ntah, dh lama xdpt hadiah hahaha. Selalu tu beli hadiah utk diri sdri je :-P benda ni menyenangkan i kalau nak taip minit or buat report sementara menunggu flight ke etc. Nway tqvm abang :-)
Manakala yg xbest i rasa ada 1 je, iaitu pulangnya ke rahmatullah makcik i belah ayah yg kitorg panggil Wancu pd tanggal 4 feb, iaitu sama tarikh dgn anniversary i. Tahun 2008 tarikh yg sama Opah i juga pergi meninggalkan kami. Memang tekejut bl dpt info ni, bergegas kitorg ke Hosp Putrajaya nak menziarahi jenazah. Rupanya ms i sampai kt bilik mandi jenazah, arwah baru je diturunkan dr wad so i ambil peluang mandikan jenazah sekali. Seumur hidup i xpernah terlibat dr mula jenazah dimandi n dikafankan. Ms arwah nenek i meninggal pun i xmerasa mandikan sebab 1 kampung dh kerumun nak menolong. So bl dpt peluang ni i betul2 gunakan sebaiknya. Sgt menginsafkan bl kita kenang dosa2 kita yg msh bernyawa ni. Selalu tu kita mandi wajib sendiri tp bl nyawa dh ditarik, kita perlukan bantuan otg lain pulak utk mandikan kita. I terkenang kalau nyawa ditarik tatkala rambut ada pewarna, kuku pun berwarna, macammana ek? Isy nauzubillahiminzalik! Alhamdulillah proses mandi dan kafan arwah sgt mudah, muka arwah pun bersih sgt macam tgh tdo. Itu bahagian arwah, bahagian kita xtau macam mana? Mudah2an kita semua sentiasa dilindungi dan memperolehi rahmat-Nya, Insya-Allah. Kepada sepupuku Kak Ena n family, semoga tabah menghadapi ujian ini ye.






1 comment:
correction. vroom2 merah tu mummy cutecute pun ade share tauuuu
Post a Comment